"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories


Cerita yang berlaku di Perak sudah nampak macam baru nak berakhir..Tapi yang pasti ia bukan babak akhir..mungkin ada lagi sambungannya..Cerita di Penanti dan Manek Urai baru nak mula..Baru nak tulis skrip dan nak cari pelakon..Takpe,kita tinggalkan dulu cerita yang mungkin tidak akan mencecah box office seperti cerita Perang di Perak..X balik modal dan akan bazirkan duit rakyat tu(orang lain yang kata..bukan aku)hehehehe..

Bagi aku aku lebih berminat dengan cerita yang boleh buat aku berfikir dan santai..Contohnya cerita baru yang bertajuk " X Army Origins: Judinverine "..Syok wooo..Lakonan pelakon lama..Dulu dia pernah berlakon dalam filem bercorak keagamaan skit..lupa la tajuk.." Behind The Referee Line " kalau x salah..Cerita pasal hujan dan banjir rasanya.Penggambaran tu dibuat kat Kota Bharu..Rasanya kat Stadium SSM4.Ada lagi ke Stadium tu?dah lama x dengar..

Cerita ni mudah nak faham..Tgk tajuk dan pelakon pun dah tahu jalan ceritanya..Ceritanya bermula apabila Mutan Perwira Merah telah berjaya menakluki daerah2 jajahan kumpulan mutan lain seperti Sang Penyu Hitam, Sang Kenari Treble, Sang Seladang Mamak, Gajah Timur dan banyak lagi..Keadaan ini menimbulkan keadaan tidak senang seorang pemerintah yang bergelar Sang Angkuh( dia ada kuasa dasyat woo..kuku besi tuu..)pelbagai cara yang dibuatnya untuk menyekat kemaraan Sang wira merah ni..Sehinggalah terjadinya suatu peristiwa dimana orang-orang dari jajahan Perwira Merah telah mencetuskan onar serta membakar kuda tunggangan pengawal..

Sang Perwira Merah akhirnya dihukum buang daerah ke suatu tempat baru yang berbukit..Walaupun tempatnya luas dan selesa, perwira Merah menjadi lemah dan kurang mendapat sokongan dari sekutunya di tanah asal..Bantuan makanan dan keperluan menjadi kurang dan perwira merah menjadi amat letih berkelana ke tanah asal untuk berjumpa sanak saudara dan berpatah balik untuk menghadapi musuh di tempat buangan..Lama kelamaan Perwira Merah makin lemah dan makin mudah dijajah oleh musuh..Walaupun pelbagai cara dilakukan oleh Perwira Merah untuk kembali ke tanah asal,tetapi tetap ditolak oleh Sang Angkuh..Setakat tu je la aku blh ceritakan..Nanti tengok la sendiri..

Cerita ini belum berakhir!

2 comments

  1. SangKunang  

    kisah tragis ini takkan berakhir selagimana empayar sang angkuh masih bertahan dan tiada siapa yg berani ambik tindakan drastik menumbangkan empayar mereka yg diketahui ramai terlalu korup itu.
    percubaan jentera wira merah untuk membawa sinar baru mengembangkan nusantara dicantas awal-awal oleh mereka yg busuk hati di istana sang angkuh.. begini laa nasib, begini laa kesudahan.. wira merah perlu mengangkat mengisytiharkan gencatan senjata untuk seketika. bukan bermakna mengalah, tp pulang dari perantauan untuk mengumpul kudrat baru, mengumpul soldadu yg lebih perkasa dalam perang yang dijangka akan lebih sengit tak lama lagi.

  2. gulaikawah  

    nampaknya sangkunang juga telah melihat cerita terbaru ni..he2..kita tunggu endingnya..

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..