"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories


Mungkin ini gambaran Peter Butler..



Salahkan padang

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, apabila ditemui selepas perlawanan, berkata sudah menjadi adat pasukan yang kalah akan mencari pelbagai alasan untuk menyedapkan hati mereka.

“Pasukan lain juga bermain di padang yang sama, namun kita tidak mendengar komen negatif seperti itu.


Secara peribadi,aku dapat terima kekalahan kelantan kat ganung 2 hari lepas. Aku pun x de masalah ngan pasukan ganung..Cuma bila baca je kenyataan dia ni,terus jadi hangin.
Geramnya hati aku bila dengar kenyataan kebudak-budakan macam ni..kalau macam ni cara statement orang FAM, x mustahil la bolasepak negara kita boleh maju macam hari ni..hehehe..ye la,janji ada je keluar ikut mulut!Orang kritik bukan sebab kalah semata2, cuma orang nampak ketidakadilan dan ketelusan!Kalau kita ambik mudah kritikan orang,maknanya kita tak kisah la apa nak jadi ngan mutu bolasepak kita.Padang macam padang ragut,ada hati nak masuk Piala Dunia?Macam padang sekolah je aku tengok..tapi yang main tu pasukan Liga Super!

Aku ada beberapa persoalan yang nak di tanya...

1. Adakah padang SSNIS ni menepati piawaian dari FAM?
2.Kalau SSMIV dulu dikatakan tidak menepati kehendak FAM dan kena bermain di Bukit Jalil, mengapa tidak pasukan Terengganu bermain di sana sebagai tuan rumah?Rasanya bumbung Stadium Bukit Jalil kukuh lagi kan?
3.
Mengapa kawalan keselamatan tidak ketat?Nampak sangat botol dan mercun berterbangan kat padang!
4.Mengapa tiada tindakan atau denda sebab penyokong membaling botol dan mercun?Adakah hanya penyokong kelantan saje yang perlu didenda jika membaling mercun dan botol?

Mungkin ada betulnya kata Peter Butler :

PADANG di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, cuma sesuai dijadikan padang ragut lembu dan bukannya pentas perlawanan bola sepak Liga Super. Demikian pandangan jurulatih Kelantan, Peter Butler, yang kecewa dengan keadaan padang yang menurutnya, tidak rata dan mempunyai tompokan tidak berumput. Selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 0-2 di tangan Terengganu, jurulatih Inggeris itu berkata, padang di stadium itu tidak sepatutnya digunakan untuk perlawanan bola sepak. “Ia lebih sesuai digunakan sebagai padang ragut untuk lembu dan bukannya tempat pemain profesional berlari dan menunjukkan kebolehan dan kemahiran mereka. “Saya belum pernah melihat keadaan padang seburuk ini sejak berada di negara ini dan sepatutnya tidak dijadikan medan perlawanan bola sepak,” katanya apabila ditemui selepas perlawanan. Kata Butler lagi, beliau berani bersemuka dengan sesiapa saja yang berpendapat padang stadium itu layak diluluskan sebagai memenuhi syarat pertandingan. “Keadaan padang menyukarkan pemain Kelantan untuk mempamerkan permainan biasa dan ia seperti pasukan Arsenal cuba bermain bola sepak dengan Stoke City di atas padang kampung. “Jika itu tidak cukup sukar, beberapa keputusan pengadil juga meragukan, terutama sekali apabila penyerang Indra Putra Mahayuddin dilayangkan kad merah pada minit ke-79,” katanya. Butler berkata, rayuan akan dibuat ke atas kad merah yang diterima Indra kerana dia tidak menyentuh pemain tengah Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, yang tiba-tiba jatuh sambil meraung kesakitan. “Sepatutnya, perlawanan di antara Terengganu dan Kelantan diadakan di padang lain walaupun pihak tuan rumah tidak mempunyai banyak pilihan selepas bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. “Kami juga tidak mempunyai pilihan sebelum ini apabila FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) melarang penggunaan Stadium Sultan Mohamad (IV) dan kami terpaksa akur dengan arahan untuk bermain permainan tempat sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya.


Kata kawan aku pulak "main je la..apa nak kisah..padang cantik pun main macam hampeh gak"


Photobucket

3 comments

  1. Anonymous  

    huduh banga padde ... hahaha ..
    meme sesuai utk lembu meragut sengoti.. malu la malaya laguneh ..

  2. gulaikawah  

    hahahaha..tu kata.

  3. awesulong  

    baik main dipade huduh pada main distadium baru loni..takut runtuh bumbung xdok pasal....

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..