"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Salam..



Sudah lama aku bercadang untuk menulis tentang pengalaman aku dengan kelompok manusia yang sentiasa aku hadapi setiap hari..Kelompok yang terlalu istimewa..kelompok yang mampu membuat aku rasa insaf dan bersyukur dengan anugerah dari Allah..


Kisah bermula pada tahun 2004 dimana aku dipostingkan disebuah sekolah di Bandar Seremban. Dengan kecetekan ilmu perguruan aku, aku rasa bersyukur kerana tidak perlu bersusah payah kerana bandar Seremban tidak asing lagi bagi aku kerana aku pernah praktikum di negeri ini. suatu ketika dulu.Aku juga rasa amat beruntung kerana tidak perlu mengikuti jejak rakan-rakan sekelasku yang dipostingkan dikawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.


Walaubagaimanapun, terdapat cabaran yang berbeza menanti aku di sini. Jika rakan-rakanku dicabar dengan onak duri hutan dan semak, dicabar dengan lautan luas yang tiada henti gelombangnya, diuji dengan alunan sungai yang penuh dengan buaya, diasak dengan perbezaan budaya dan amalan, aku pula dicabar dengan 2 kumpulan manusia yang tahu berfikir tanpa pandai mengolahnya, pandai bersuara tapi tiada iramanya, boleh ketawa tapi dalam kelompok sahaja..Kelompok manusia kedua aku ibaratkan sebagai manusia yang terlalu pantas belajar, dapat mendengar cepat mengingat, tidak mampu melihat tapi boleh merasa dan boleh berkawan tapi ada egonya, malah setiap mereka ada tabiatnya sendiri..Kedua-dua kelompok insan ini amat aku kagumi dalam beberapa aspek..



Hari pertama persekolahan aku masuk ke kelas tahun 6. Entah mengapa aku rasakan seperti mengajar disebuah sekolah menengah. Dengan susuk tubuh yang besar dan tinggi, malahan bermuka matang seolah2 mereka adalah bukan dari sekolah rendah. Ada yang lebih besar dan tinggi dari aku.. Rupanya mereka berumur 14 tahun,bukan 12 tahun macam sekolah biasa!Ini kerana murid khas macam mereka dibenarkan mengambil UPSR semasa berumur 14 tahun!


Aku tidak mengajar. Aku cuma duduk dan memerhati tingkahlaku mereka dengan penuh minat.Ada yang diam tanpa banyak bergerak..ada yang mengacau rakan-rakan lain.Ada yang berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dengan menggerak-gerakkan tangan mereka. Sepatah pun aku x faham. Siapa yang cacat dan pelik kat sini?aku atau mereka?Adakah mereka cacat kerana tidak dapat bercakap?adakah aku yang pelik kerana tidak faham apa yang mereka bualkan?ntah la..


Akhirnya aku cuba menulis beberapa perkataan di papan putih dan suruh mereka membuat isyarat berdasarkan perkataan tersebut.Ada yang meletakkan tangan ke kepala dan menggeleng2..Ada yang berebut2 nak jawab dan ada yang buat x kisah seolah-olah aku x wujud pun kat situ..Akhirnya aku tahu beberapa perkataan dalam bahasa isyarat seperti GURU, SEKOLAH, AYAH, IBU dan beberapa perkataan lagi. Malah ada perkataan yang kita sedia maklum tanpa perlu belajar seperti MAKAN( letakkan tangan ke mulut seolah2 menyuap nasi), TIDUR( letak tangan kat telinga, sengetkan kepala dan pejamkan mata).



Tiba-tiba aku melihat mereka membuat bahasa isyarat sesama mereka dan menunjuk-nunjuk kearah aku. Aku langsung tidak faham tetapi aku tidak sempat bertanya kerana masa sudah habis..Tapi aksi bahasa isyarat tersebut sempat aku ingat ( Mengepal tangan kanan dan meletak betul2 kat dahi).Walau aku tidak faham tetapi hati kecil aku rasa macam seolah2 mereka memberi penghargaan kepada guru baru macam aku ni..Hati aku berbunga2 dan gembira sekali..Keesokan harinya barulah aku tahu makna bahasa isyarat tersebut.Itupun setelah terdetik dihati nak Tanya guru-guru lama. memang aku takkan lupaka isyarat itu.Maknanya adalah BODOH!hahahahaha..padan muka aku..Barangkali mereka bosan aku asyik bertanya saja.hahahahaha


Itulah uniknya mereka..JUJUR, BERTERUS TERANG DAN SELAMBA..Rasa bersalah? Nak jaga hati?Jauh sekali!Mereka tidak dapat mengolah apa yang difikirnya..Tidak tahu=BODOH..Tenung=GATAL!..Paksa buat

kerja sekolah=JAHAT..Pakai baju x cantik atau nampak murah=MISKIN!..Malah mereka

juga tidak segan silu mengatakan bahawa gurunya berwajah hodoh atau

gemuk!Hahahaha..Tapi pada aku x pulak kata hodoh( mungkin aku hensem pada mata mereka..hehehehe) Merekalah pengkritik yang agung bagi aku!tiada belas kasihan dan

agak kejam.hahahahaha


Aku juga diberi tanda nama mengikut bahasa Isyarat..Mereka yang letakkan nama baru mengikut pemerhatian mereka.Mereka melihat aku berjanggut..Nama bermula dengan huruf A..Jadi mereka buat isyarat kepalkan tangan tetapi ibu jari diatas..letakkan ke dagu dan tarik kebawah.. Bangganya aku!Tapi kadang-kadang terbayang macaman jika guru yang datang itu berhidung luas atau bergigi jongang?Apa isyarat yang diberi mengikut pemerhatian mereka?hahahahaahahha..






Nantikan sambungannya..Mungkin aku akan ceritakan keunikan setiap orang dari mereka mengikut pandangan aku..



Antara yang masih ada di sana..Perhatikan wajah yang terlalu istimewa ini..Renungkan pada mata mereka, dan beri satu sebb mengapa perlu kita membantu mereka tanpa rasa prejudis dan rasa terbeban..

7 comments

  1. SangKunang  

    walau mereka punya kekurangan, tapi mereka ada seribu satu kelebihan yg xda ada pada manusia normal yg lain.

    Allah itu Maha Adil. mencipta makhluknya penuh dengan fungsi tersendiri.
    hatta seekor nyamuk sekalipun, setiap ciptaan Allah punya sebab dan musabab...

    tahniah cekgu...
    teroskan menyumbang bakti bersama mereka. semoga saudara mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah SWT

  2. gualaikawah  

    thanks..sang kunang pun x lama lagi akan bergelar guru..

  3. SIR ZUL  

    tapi mmg betullah, tuan punya blog ni mmg kacak..(nada serius)..haha

    hidup liverpool!!..wakaka

  4. Anonymous  

    Hurm..setuju3x walaupun budak-budak macam ni lain daripada budak-budak normal,namun tak boleh nak pandang rendah..bak kata orang tua-tua
    "Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah"
    Serius ni! sekali sekala kalau terkena"jarum" dari budak-budak khas ni..(contohnya..bila budak tegur bahasa isyarat cikgu salah. Atau "Cikgu, macam salah jer cikgu braille ni...")memang boleh berdarah la.. silap2 bernanah.Ceh buat malu jer.. Tapi, nama pun pendidik.. kena la cepat-cepat cover. Hehehe...

  5. gulaikawah  

    ekekeke..komen dari pakar braille tu..hahaha..untung anonymous tu ye..bahasa isyarat terer, braille pun terer..

  6. Anonymous  

    Mmg ngajar bdak2 khas ni pengalamannya tak sama. walau tak glamour tp xpe,at least hati tak sakit dgn perangai2 tak senonoh n kurang ajar spt pelajar2 skrg. Hamba juga pernah diperlekeh kerana memilih bidang pend. khas tp apapun syukur kerana hamba tahu jika guru adalah manusia yg berhati perut maka guru pendidikan khas adalah lebih dari itu.... teruskan perjuangan demi anak bangsa. Klu bukan kita siapa lagi.

  7. ~ida~  

    salam ziarah...
    ye2 jer suspen baca....hehe
    itu semua pengalaman kan...
    semoga tabah~~

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..