"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Masa aku baru posting,aku dibenarkan tinggal di asrama bersama murid2 aku..Aku dok kat situ lebih kurang tiga bulan..Tiga bulan yang penuh dengan cabaran dan pengalaman yang baru. Aku tinggal dalam bilik kecil yang penuh dengan tilam dan katil yang tidak digunakan di aras tiga.Untuk makluman,asrama sekolah aku tu ada 3 tingkat dan hanya dihuni oleh murid-murid pada aras dua sahaja..Ini bermakna aras tiga tiada penghuni selain dari aku!

Keadaan agak menyeramkan dengan cermin tingkap yang pecah dan lampu koridor yang tidak menyala..Keadaan asrama pada masa itu tidak lah elok seperti sekarang..Malah tandas yang aku gunakan untuk mandi pun tidak berfungsi lampunya.Malah tiada langsir dan pemandangannya tembus terus ke luar yang dihiasai oleh pokok buluh serta kegelapan malam...(sekarang asrama sudah cantik dan lengkap).

Pada malam pertama aku kat situ,aku x dapat tido dengan aman..biasala,tempat baru..macam2 terfikir kat kepala..dengan keadaannya yang sunyi dan pokok buluh berdekatan asrama mengingatkan semua cerita-cerita seram yang pernah aku tengok..adusss..masa ni la semua benda karut dan seram dok berlegar kat fikiran aku..Aku tido dalam 5 minit mesti terjaga..tension betul la..Seingat aku, aku betul2 dapat tido lena pukul 3 pagi..Itupun dapat bertahan 1 jam sahaja!

Dalam pukul 4 pagi lebih kurang,ketukan kuat kat pintu betul2 mengejutkan aku!Bukan ketukan biasa tetapi yang betul2 kuat!Seolah2 pintu tu diketuk dengan tukul..Untuk pengetahuan semua, pintu tu aku kunci sebelah dalam dengan mangga..Betul2 terkejut dan menakutkan!SAH, memang sah apa yang aku dengar siang tadi!Sebelum masuk asrama memang warden ada cerita yang asrama ini berhantu dan keras!Memang aku telah jadi mangsa pada malam ni..

Aku buat tak tahu je..cuba tido sekali dengan peluh jantan keluar walau cuaca amat sejuk..Tapi mata aku tetap tak mahu lelap..Tiba2 pintu diketuk sekali lagi dengan ketukan lebih kuat dan lama..kali ini aku sudah bersedia!Aku cuba beranikan diri buka lampu dan melihat makhluk apakah yang cuba nak menguji orang yang separa berani macam aku ni..Aku terus membuka mangga sambil mulut terkumat kamit membaca apa sahaja ayat Al-Quran yang terlintas kat kepala aku ni..Aku terus membuka pintu dan dengan jelas tercegat satu lembaga separas pinggang aku..di tangan kanannya terkepit seekor kucing putih bertompok hitam..AllahuAkbar!

Aku betul2 terkejut!Kaku tidak bersuara..Tapi sekejap je..Perasaan takut bertukar menjadi marah!aku betul2 marah..apalagi dalam keadaan aku yang x cukup tido ni..Betul2 buat aku naik angin!Aku terus tanya lembaga tu " Nak apa?"
Lembaga tu x menjawab..cuma senyuman terukir dibibir...Tenang..Tiba2 lembaga tu mengangkat kedua2 belah tangan ke kepala(seolah2 sedang mengangkat takbir)..Aku termenung sekejap..berfikir apa yang dimaksudkan oleh lembaga tu..Akhirnya aku buat kesimpulan bahawa lembaga itu mengajak aku sembahyang subuh!

Ceh,apada solat subuh pukul 4 pagi ni..Aku mintak dengan baik supaya lembaga tu beredar sebab aku nak sambung tido..Lembaga tu faham dan terus berlalu sambil mengejar kucingnya yang terlepas semasa dia angkat takbir tadi..Aku kunci pintu dan sambung tido sampai pagi..

Pagi esok baru la aku tahu siapa makhluk tu..Namanya Loo Shi Kong. Murid bermasalah pendengaran.Kat sekolah ni orang panggil dia Apek je..Berbangsa cina dan amat meminati kucing..Mengikut warden, Apek ni suka tido awal malam dan bangun merayau lebih kurang pukul 3 pagi hingga la waktu subuh..Dia akan sambung tido bila masuk je waktu pertama kelas!Waktu merayau tu, kucing warden la yang jadi mangsa permainannya..(Aku dengar kucing tu mati sbb kena kurung dala mesin basuh selama 3 hari oleh Apek ni!)

Apapun aku rasa bangga sebb dia cuba kejutkan aku solat subuh, walaupun dia x tahu bila waktunya!Ikut suka dia je bila dia nak ketuk pintu bilik aku..kadang2 pukul 3 dah ketuk!Mungkin dia tahu orang islam solat subuh pagi2 mengikut pemerhatiannya terhadap rakan2nya yang beragama islam....Semoga Allah memberi hidayah kepadanya..




7 comments

  1. Anonymous  

    Rindu betul la kat Loo!! Perangai dia memang pelik. Tapi cute la. Hehehe... ;) Aik,ye ke dok sorang dalam bilik tu?? Bukan dapat dok sebilik dgn 'kwn baik' ke?? hehehe...;)

  2. gulaikawah  

    hantu tu mana dok bilik..siang je..malam tido umah..penakuttttt nak m****s.hahahaha.

  3. SIR ZUL  

    cehh..mati2 ingt antu beno..kawe dah lah duk asrama..haha

  4. gulaikawah  

    hahahaha..mana ada hantu sekarang sir zul..hantu dah pindah sekolah lain..hahahahah..yang ada hantu boling je..haha

  5. abdul aziz  

    seram jugak dengar cerita kau ni.biasalah kalau duduk sorang sorang macam2 benda fikir.

  6. Unknown  

    Salam baduk.

    Salam ziarah dari saya. Tahniah kerana baduk tumpahkan jasa dan bakti terhadap insan yang memerlukan. Semuga Allah murahkan rezeki dan mencucuri rahmatNya.

  7. gulaikawah  

    terima kasih kepada uncle mountdweller kerana sudi singgah di blog saya ni..

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..