"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

X tahu nak cakap macamana perasaan aku sekarang..Sehingga entry ini di tulis aku masih di awangan..Apapun aku sentiasa bersyukur atas anugerah dari Allah ini..

Aku sampai Seremban pukul 4 petang 30hb dari kampung..sampai je kat Seremban orang umah aku tel kata dah kena masuk wad.Katanya laluan untuk bersalin dah buka 3cm..Oleh kerana aku penat dan baru je sampai,aku bersikap tunggu dan lihat dulu..Tapi aku x tenteram dan aku ambik keputusan untuk bertolak dari seremban ke Kelantan 31hb lepas Asar..Walaupun penat tapi aku kena balik jugak sebab saat2 macam ni la seorang isteri perlu ditemani oleh suaminya..

Aku sampai kat HUSM Kubang Kerian pukul 1.30 malam..Kat hospital family aku dah berkumpul tapi x dibenarkan masuk kecuali suami.Aku terus je masuk dan tengok keadaan isteri aku..masa tu dia masih ok lagi..Bila masuk je pukul 4 pagi dah keluh kesah aku tengok..aku pun x tahu macamana nak tolong selain suruh dia bersabar dan selawat banyak2..Nasib baik la nurse yang jaga orang umah aku memang baik..kira yang terbaiiiik la..

Lebih kurang pukul 7.20 baru la jalan untuk bersalin terbukak 10 cm..Masa tu baru la doktor datang dan aku diminta untuk bersama-sama..Aku dah mula risau..maklum la pertama kali dalam situasi macam ni..Tapi Alhamdulillah aku dapat hadapi dengan tenang tanpa rasa takut dan loya..Malah aku bersama doktor menolong untuk memudahkan isteri aku bersalin..Memang mudah isteri aku bersalin.Pukul 7.45am lahir la seorang putera yang disambut oleh laungan azan oleh aku sendiri..Lepas tu dalam pukul 7.55 am lahir pula seorang lagi anakku..Kali ini seorang puteri..Alhamdulillah..keduanya sihat..cuma yang adik perlu perhatian sebb kekurangan gula..mungkin esok lusa boleh la balik..Kedua2nya 2.47kg..

Pengalaman yang betul2 menginsafkan aku..Terima kasih kepada Doktor, Nurse dan family aku yang x henti2 memberi sumbangan..

aku nak tido jap..penat x tidur seharian..banyk lagi nak cerita,tapi malas..penat sgt..Ada cerita aku tengok makhluk apa ntah dok mencangkung betul2 tepi jalan dalam hutan merapoh..Cerita nyaris nak langgar budak naik motor x pakai lampu..lain kali je la..



Puteri kedua aku..


Alat untuk melegakan kesakitan..


Putera sulung..

11 comments

  1. Anonymous  

    Congrats!! Alhamdulillah semuanya selamat. Anyway, ape name baby?? -Sis Inna

  2. awesulong  

    Tahniah! kalau sebelum ini tanggungjawab hanya sebagai suami, sekarang bertambah jd suami dan bapa..siapkn diri mental & fizikal megharunginya...

  3. Hanisham Ab Halim  

    Tahniah... semoga akan jadi ayah yang bertanggungjawab nnt....

  4. SangKunang  

    tahniah boh..
    tahniah.
    rajin2 laa bawok gi stedium nanti.
    haha

  5. gulaikawah  

    to sis Inna: tanya afia la..hehehe

    Awesulong:InsyaAllah..
    Echam:Terima kasih dan InsyaAllah
    SangKunang:TQ..hahahahaha..nak bawak gi old trafford..

  6. K I R I M A R U~  

    wah tahniah ustat...
    saya tumpang gembira..
    mst seronokkan....
    neway semoga menjadi bapa yang harmoni..
    putera n puteri 2 beb..
    mmg besh..
    nnt bagi tips k ustat..
    heehehe..

    barkat salamat...

  7. gulaikawah  

    mana blh bagi kat orang bujang..hehe

  8. Anonymous  

    :p dah tny afia tp dia suruh tny awk sbb dia x ingat...amboi, pjg sgt ke nama smpai mamanyer pon x ingat...heheh

  9. Tepi Sungai Batu  

    Tahniah dari Pak Man.
    Syukur semua selamat.

  10. Anak Tumpat  

    tahniah sheikh.. member kawe hok buleh anak bule lepas pun kembar jgk.. tahu ni mybe tahun kembar kot.. heheh..apepun tahniah la..dan semoga menjadi seorang bapa yang baik..doakan agar ambo pun dipermudahkan rezeki macam demo sheikh.. :)

  11. gulaikawah  

    To Sis Inna: Tunggu entry yang seterusnya ye..he2

    Pak man: Terima Kasih banyak2..

    Anak Tumpat: Tq..InsyaAllah..terus berusaha..

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..