"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Akhirnya termakbul jugak doa aku nak berpuasa kat kampung halaman..Sudah lepas hajat nak berbuka dengan "LAWA" iaitu sejenis makanan kerabu orang kelantan..Dan masih lagi dapat berjemaah serta bertarawih di balaisah baru sebelah rumah aku..Alhamdulillah..Tapi aku rasa x puas sebab terlalu singkat masa aku kat kampung..

Walau cuti sekolah dah lama bermula,tapi aku terpaksa tunggu 3 hari untuk pulang ke kampung..Semuanya gara-gara Peperiksaan PTK yang terpaksa aku hadapi..Dah 3 kali sangkut,harap kali ni lepas la..Tapi rasa macam payah je..Ye la,x sempat nak baca dan bercampur dengan malas.hahahaha..

Pagi 25hb tu aku terus kemas barang, ambik gaji dan bayar hutang apa yang patut dan terus bawak orang umah aku gi kat pusat peperiksaan PTK. Kesian dia sebab terpaksa tunggu aku peksa. Peperiksaan bermula pukul 11.00-12.00, tapi aku dah keluar dewan x sampai setengah jam pun. Bukan nak berlagak tapi memang aku dah x boleh bagi tumpuan..Kat kepala aku dah sarat dengan bayangan kampung halaman..Nampak soalan pun macam papan tanda jalan, gambar-gambar dalam dewan dah nampak macam highway..Tu belum muka pengawas peksa..Nampak macam polis tengah buat speed trap je..hahahaah

Aku terus pecut je keta bila masuk highway..berenti sekali je kat R&R Rawang. Aku rasa aku dah kena satu speed trap..sebab aku tengok polis dok atas menara tu bukan main girang lagi dok hala kamera dia kat keta aku..dah dekat baru perasan..lantak la.bukan laju pun..130 je..Dalam pukul 5 lebih aku dah sampai umah mertua aku kat Pengkalan Hulu..Kira ok la tu..Dok kat situ sehari je.27hb pagi2 lagi aku bertolak balik kampung..Alhamdulillah jalan dan cuaca amat elok.x la terasa penat dan haus..
Aku sampai kat bachok lebih kurang pukul 2 petang..

Tapi aku terpaksa balik seremban esok..aku ada kelas kat UKM hari ahad..aduuuh..x puas dok kat kg..Dok kat seremban nanti pun mesti boring sebab jadi bujang..Sebabnya aku tinggal orang umah aku kat kg..Tunggu due date dia nak bersalin.InsyaAllah dekat raya nanti jadi ayah le aku..Semoga semuanya selamat dan semoga aku dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah nanti..amin..





Aku sempat join budak2 kampung aku main bola waktu petang..Pose pun diorang hentam main..teruk betul la.


Kuih yang jadi sebutan di bulan Ramadhan ni..


Nekbat..Aku x berapa minat sangat kuih ni..manis..


Aku sedang memujuk beruk ni supaya panjat pokok kelapa muda..Oleh kerana beruk ni degil, aku panjat sendiri la..hahahahaha


Padang bola kampung aku..Aku tabik kat budak2 ni..Sanggup bersihkan semak samun demi membina stadium tertutup ni..Tapi x leh sepak kuat2. Takut masuk dalam hutan atau jatuh dalam sawah kat belakang tu..Rumputnya x berapa ada dan tanahnya berbojol-bonjol..Sesuai untuk player yang berkaki ayam macam aku ni..Hahaahahaha..Main x sampai lima minit dah pancit bola terkena duri nibung..hahahaha

3 comments

  1. akula  

    Salam ziarah...blog yang menarik

  2. K I R I M A R U~  

    MMG ZIFFI MINAT SANGAT...

    HAHAH JADI BUJANG YE BANG..

    BAHAYA NEH.. NAK KENA SUROH CIKGU SUHAIMI TGK2KAN NI...

    HAHAHA SALAM AIDIL FITRI

  3. pB  

    salam ziaroh

    Lawa tu gapo dio ?? Tok rajing la pulok dengar ....

    pB dhe kelik seminggu sebelum poso.
    Makae macae macae ...

    Klatae lek mano ???

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..