"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories


Adapun perbuatan berkecek (berborak-borak) ini telah di petik dan dizahirkan oleh aku dalam bentuk tulisan untuk tatapan kita bersama sekaligus mengisi masa boring aku dimusim bah(banjir) ini..Tatkala mula apabila tertubiklah(terkeluarlah) dari mulut anak-anak kembarku kecek berkira yang berbunyi….

Pengkalan Hulu, Perak

Isnin ( 23.11.2009 )

8.30am


Abang Khalef: Adik,pelik betul abang akan perbuatan ummi dan abi yang nampak kalut mengemas dan menyusun botol2 susu santapan kita pada pagi ini..


Adik Khalefa: Ye la abang wei..Entah kenapa tiba2 kekalutan melanda dalam rumah ini.Bukan saja abi dan ummi menunjukkan sifat itu, malah tok wan dan opah turut sama ke sana kemari..


Abang: Pasti kita akan berjalan jauh kali ini..Abang sudah dapat rasakan tatkala kita dimandikan dengan semberono oleh abi pada pagi ini..Biasanya pukul 9 baru kita disirami..Sampaikan ada air yang termasuk kedalam hidung abang ni..


9.30am


Adik: Macam tiada perkembangan saje adik lihat..Melihatkan saja sifat abi yang tenang dan sempat beradu disofa berwarna coklat..


Abang: Kita tunggu dan lihat..biasa abi suka berbuat demikian..bersusah dahulu dan bersenang kemudian.Tidak macam ummi yang agak perlahan gerak sifatnya..


Adik: Syyy…Sungguh berani abang berkata demikian..Tidakkah abang mahu merasa hidangan istimewa susu badan?Ummi dengar baru tahu..Terpaksala kita merasa bebelac sepanjang hari..Mahal pun x sedap sangat rasanya..Apatah lagi bila abi yang buat..Selalu x cukup sukatannya..


10.30am


Abang: Ha, kan abang dah kata..nampaknya kita akan menaiki Perodua kali ini..Kemana kita usah ditanya..sudah lama abang tidak merasa naik kenderaan ini..


Adik: ooo..Inikah kereta Alza yang abi selalu tuturkan?


Abang: Bukan..Mungkin itu perancangan abi dimasa depan..Itu buka urusan kita..Terasa mengantuk pula rasanya..Opah yang riba terasa selasa..Bagaimana adik di atas ribaan ummi?


Adik: Ok la..


5.55pm


Adik: Nampaknya sudah sampai kita ke destinasi mereka..Agaknya apa nama tempat ini ya?Nampak beradat pada luarannya..


Abang: Abang rasa inilah negeri tempat abi mencari rezeki..Negeri yang tewaskan pasukan kesayangan abi pada perlawanan menyepak bola baru-baru ini..


Adik: Mungkin betul juga. Tengok papan tanda terconteng nama muzium adat diseberang sana. Hanya ada satu negeri yang bercogankata biar "biar mati anak jangan mati adat"..


Abang: Habis kalau mati anak,siapa yang mahu menjaga adat?


Adik: Itupun bukan urusan kita berdua..Cuba fokus pada rumah didepan kita..Nampak macam abi ada kuncinya..Selamba sahaja membuka mangga..Adakah ini juga rumah kita?


Abang: Abang rasa begitu juga..Wah, cantik juga ya..Dua tingkat ada beranda..TV ada astro tersedia..Cuma sofa sahaja nampak macam tiada..Lagi satu yang menggusarkan hati..Kemana pergi buaian berkuasa kuda kita?


Adik: Entahlah..biarkanlah sahaja..Adik masih terasa lapar dahaga..bebelac sahaja tidak mengenyangkan adik..harap merasa dari ummi kita..


Abang: Beradulah kita sepanjang malam..Badan penat tidak hilang..Duduk atas ribaan x sama macam buaian..


Seremban, N.Sembilan

Selasa ( 24.11.2009 )

8.00am-1.30pm


TIDAK DAPAT AKU MENUKILKAN KATA2 MEREKA PADA WAKTU INI KERANA AKU BERTUGAS DI SEKOLAH..ENTAH APA YANG DIBUALKAN MEREKA BERDUA..MUNGKIN LEBIH NYARING SUARA MEREKA..APATAH LAGI SUSU LAMBAT TIBA..


1.45pm


Adik: Nampaknya abi sudah pulang..Tapi nampak bukan berseorangan..Ada kawan lelaki dan perempuan.


Abang: Mungkin itu kawan abi.Mahu melihat kita pertama kali..


Adik: Mungkin juga..Tengok ditangan penuh barangan..Macam barangan keperluan kita..


Abang: Wah, banyaknya persalinan yang kita terima ye..Sampai pampers dua persalinan diberinya..


Adik: Alhamdulillah..Ada juga mainan berbunyi, botol minuman dan juga alat kecantikan kita..Nampak jenama seperti yang selalu tertayang di TV rumah opah kita..


Abang: Abang suka kasut beropol..Abang punya bergambar singa.Adik pakai sahaja berwarna hijau muda.Sesuai sangat hiasan binatangnya..


Adik: Terima ye makcik-makcik dan pakcik!


Abang: Terima kasih ye!








4.00pm


Abang: Lori apa pulak yang tiba tu?Nampak macam membawa sesuatu..Adakah ada lagi hadiah untuk kita?


Adik: Itu barangan ummi. Katanya almari kabinet dan almari persalinan..Mereka merahsiakan dari abi ketika membeli, takut abi murka kerana egonya tinggi..Asyik mertua sahaja yang beli.


Abang: Biar abi setelkan sahaja..Lebih baik kita beradu sahaja. Esok masih ada untuk berbicara..


9.00pm


TIADA PERBUALAN KERANA AKU TIDUR AWAL..HANYA BANGUN TENGAH MALAM..TETAPI X BERMINAT MENDENGAR PERBUALAN MEREKA..


Rabu ( 25.11.2009 )

9.30am


Abang: Nampaknya kita akan berkelana lagi..Entah kemana tujuan mereka..Dengar cerita ke rumah opah kembali rancangan mereka..


Adik: Beraya di Perak la abi kali ni.Mungkin helah sudah dihidu..Terpaksa mengikut kehendak ummi..Kesian abi..


Abang: Mungkin kita akan ke kelantan lagi..Hari raya bukan sehari..lagipun cuti abi panjang lagi..Raya ke 3 jumpa la kita dengan pengasuh kita di sana..Puas la kita di dukung nanti..


Adik: Itupun kalau banjir tidak melanda..Kalau tidak, jangan harap kita disana..Baju dibasuh akan kering berminggu lamanya..Sanngupkah kita pakai baju yang sama?


Abang: Harap2 tidak la..


6.00pm


Adik: Dah sampai pun kita..kesian abi penat jadi nakhoda..baik kita jangan ganggu dia..Biarla abi beradu dengan lena..


Abang: Kita lupa sebenarnya..Hari ni istimewa buat ummi kita..Mari kita ucap SELAMAT HARI LAHIR BUAT UMMI KESAYANGAN KITA!


9.00pm


AKU DAH TUMBANG..


P/S: Adapun perkecepan ini hanya dapat didengar dan di rakam dengan alat khas yang berteknologi tinggi..Dari pendengaran biasa hanyalah nada uhh..ekkk..aukk..wekkk..uaaaaa…uaaa..waaa..sahaja kedengaran dari mulut diaorang..aduuhhh penatnya melayan diorang..hahahhaahhaahahahhaaha


6 comments

  1. EFFA FARISYA  

    :) no ssuko baco..pecoh gegendang telingo baco..sakit gusi pn yo jugook..

  2. ch@  

    hehe adoiii, petah nya dorang ni berbicara, cute je :) jauh mereka berkelana yer....:)

  3. Ahmad Zulfadhli Zulkefli  

    seronok betul melayan kerenah baby nie.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

  4. Anonymous  

    biso demo wak dialog .. meh2 drama cinetron dos neh wakakaka!

  5. Anonymous  

    The restaurants list with thousands of restaurants reviewed by visitors. http://restaurants-us.com/ok/Oklahoma%20City/Joe%27s%20Crab%20Shack/73159/

  6. Anonymous  

    the Federal-State Unemployment Insurance Program provides unemployment benefits to eligible workers . http://insuranceinstates.com/pennsylvania/Allentown/Liberty%20Mutual%20Insurance%20Group/18101/

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..