"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Akhirnya..aku di situ untuk menjadi sebahagian dari sejarah yang akan diceritakan kepada anak cucu..

Dari kiri : orang hensem RTM, orang kuat PERSADA, webmaster Kelate.net dan KDNers..


Aku, Abe Jera dan Nik Pejal..


Dengan org sekampung dan penyokong dari perak..


Gumbira..


Bersama lagenda kelantan, Hashim Mustapha selepas perlawanan..


Dengan Hafizal Ahmad..


KDNers..terbaikkk!!


Kdners..


Ambil feel dalam padang..hahahaha



GOMO KELATE GOMO!



- Alhamdulillah..Sekali lagi ke Final..Ulangan Final tahun lepas..Peluang untuk membalas dendam
- Agak terencat sebab kehilangan jurulatih sebab digantung 6 bulan oleh FAM..apa la FAM nih..
- Jangan bakar stadium, jangan gaduh, jangan tinggal solat..

gambar :userun KDN






Bodoh!

Itu ungkapan pertama apabila mendengar khabar ada pertempuran antara penyokong selangor dan kelantan di Stadium Shah Alam..Bergaduh sakan hanya untuk sukan bolasepak yang tidak langsung boleh dibanggakan adalah satu perbuatan yang bangang!!Bukannya kelayakan piala dunia, tetapi cuma perlawanan pertama Suku akhir Piala Malaysia!

Al- Fatihah..

Dikhabarkan juga seorang penyokong kelantan terkena serangan jantung dan meninggal dunia sejurus perlawanan berakhir..Mungkin sesak nafas setelah bersesak2 untuk keluar dari stadium..Ini kali kedua aku dengar kematian penyokong di stadium.Kejadian pertama ialah pada tahun lepas apabila penyokong N. Sembilan terkena serangan jantung akibat terkejut dengan bunyi mercun..

Astaghfirullah..

Terdengar juga khabar yang belum tentu sahihnya, seorang penyokong kelantan meninggal dunia dibelasah oleh penyokong selangor..Wahai peminat2 bolasepak, tidak bolehkan anda lupakan seketika kuman gedebe dan samseng dalam darah anda itu?Apa pulangan yang anda dapat?Mana maruah yang anda dapat tegakkkan?Bilakah masa anda pengiktirafan?

Peminat bolasepak yang "baik" sekalian..Lupakan hasrat anda untuk bersuka ria di Stadium..Silap haribulan anda yang terkena..

P/s: sape nak tengok gambar fan sel dan kel gaduh,tengok berita sukan TV1 dan FB..belambak dan pelbagai versi..


Penghibur TRW..hahaha


Semua teruja..


Aku x rela..awwww...hahahaha


Hahaha..lawak sungguh dua org ni..dengar cerita adik beradik..


Presiden KDN, orang hensem RTM dan penuda harapan bangsa..hahaha

Kredit: Jurugambar KDN..

Sudah lama aku tidak menulis di sini,dan sudah lama jugak aku x merasai kemeriahan bolasepak Malaysia di stadium. Sebelum ni aku terpaksa "menipihkan" diri aku disebabkan beberapa perkara yang lebih penting..Result game tu kira ok la..Kalau N. Sembilan main 11 orang harus kalah kelantan tadi..hehe

Malam tadi pertama kali aku kembali menjejaki ke Stadium Paroi untuk menyaksikan The Red Warriors beraksi setelah lama dok tengok dalam TV je..Dapat la berjumpa dengan rakan kelate.net yang terasa sudah berkurun tidak jumpa.hahhahaha..Dan malam tadi juga pertama kali aku rasa seperti "main tteri" atau "bageh" di stadium paroi..Dengan hanya bermodalkan RM8 sebagai umpan untuk mendapatkan sekeping kertas yang bernama tiket, aku bersama sehelai "supik rokrat" dengan jayanya berjaya masuk ke stadium dengan iringan paluan gendang dan "sunai"..Untuk makluman supik rokrat adalah sebagai persedian untuk menyimpan hanset yang diikat getah dan beg duit jika hujan turun macam malam2 sebelumnya..Dengan hanya bermodalkan RM8 dan RM4 untuk belanja air rakan-rakan, aku boleh melihat banyak perkara yang menarik berlaku dalam stadium..Macam2 ada..hahahah..Aku pun dapat la melompat2 lepaskan angin dalam badan..

Perkara pertama yang aku nak katakan ialah berkaitan dengan mercun.Jelas dan nyata balingan mercun bermula disebelah penyokong N. Sembilan. Ini adalah kenyataan dan perlu diakui kerana disaksikan berpuluh2 ribu mata di Stadium dan kaca TV..Tapi aku rasa balingan mercun dikawasan penyokong N.Sembilan tidak akan merubah pandangan penulis akhbar dan TV untuk mengatakan bahawa semuanya adalah dari pihak penyokong Kelantan..Penyokong Kelantan jugakkkk yang jahat..Sepatutnya kawalan di Stadium perlu diperketatkan kerana jumlah kehadiran penonton di Stadium malam tadi tidak la seramai mana..lebih kurang sama ramai dengan penonton di padang bola Daerah Bachok je..hehehhee..Yang aku nampak dari penyokong N.Sembilan,dua tangkapan telah dibuat..Kelantan pulak satu tangkapan..lantak korang la..orang gi tengok bola korang gi main mercun..

Yang keduanya adalah berkaitan dengan sikap Polis dan penonton..Rata2 penonton datang ke Stadium adalah untuk "bergalak" dan bersuka ria dengan cara melihat permainan bolasepak..Dalam keghairahan itu macam2 perangai boleh berlaku samada sengaja atau tidak sengaja..Contoh perlakuan sengaja ialah dengan memakai ala hawaaii dan berpakain ala perempuan..Yang tidak sengaja pulak macam aku terpeluk hasyim,presiden kelate.net kerana terlalu gembira..Perkara itu berlaku diluar jangkaan kerana aku bukanlah seorang yang GAY..hahahaah..Dalam keghairahan itu, terdapat segelintir penonton yang memanjat pagar dan duduk di atas pagar seolah2 duduk di kedai kopi. Jelas dapat dilihat betapa kurang ajarnya Pak Polisi yang akan berpangkat inspector sepuluh tahun lagi(prebet la tu..) menunjuk2 kearah muka penonton tersebut..Adakah itu caranya menegur budak2 yang sedang ghairah?Adakah pak polisi itu terasa dengan cara begitu budak2 tersebut akan mengikut cakapnya?Adakah pak polisi itu tidak sedar bahawa dalam darah budak2 kelantan ini ada kuman gedebe? Disitu bermula sifat penentangan penonton kelantan terhadap pak polisi yang bermuka bengis dan x puas bernafas setelah kena debik dua tiga biji dengan penonton..

Sikap polis yang menangkap budak bermain mercun juga boleh dipertikaikan..Budak itu hanya perlu ditangkap dan diurus mengikut undang2 bukannya dipukul..Apa lagi didepan penonton yang lain..Kan x pasal2 dapat habuan free..Jangan la terlalu over dengan pakaian seragam tu..Cuba ikut perangai Pak Polisi yang dah veteran tu..Tenang, bersopan dan bijak mengawal situasi..Lantak korang laa..

Sikap penonton kita juga boleh diubah..Jadikan bolasepak satu hiburan,bukan satu alat untuk melepas geram atau tunjuk gedebe..X de la glamer sangat pun keluar RTM jarang2 camtu..Pak Osman Kering tadi pun rilekk je layan bola..Hahahaha

Tapi aku betul2 puas walaupun seri..Dapat balas sorakan "kelantan Bodoh" dari penyokong N9..hahaha..cepat sangat nak over pun jang oii..hahahaha

P/S : korang x yah le komen den punyo blog kalau korang pun x poei tengok bola..harap time monang jo ngaku fan sejati..pembongak yo..hahahha

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..