Esok pulak aku akan hadiri mesyuarat di Sekolah baru aku..Kira pertama kali la aku bertugas di sekolah baru esok. Macam2 perasaan ada..Macam guru baru posting pun ada, macam naik pangkat pun ada, macam kena denda pun ada..hahaha..Apapun aku hepi bab balik kampung..Hanya 3 jam drive berbanding dengan 8 jam semasa berada di Seremban.Ada can balik tiap2 minggu kat kampung.Kasi muak orang kampung tengok muka aku..Hahaha..
Jarak rumah baru ngan sekolah agak jauh sedikit..15 min drive..Tapi kira ok la sebab pagi2 boleh layan panorama pantai sepanjang perjalanan ke sekolah..Tengahari boleh singgah solat kat Masjid Tuan Guru haji Hadi kat Rusila..Masjid tu dalam 5 minit perjalanan dari rumah aku..Jiran sebelah rumah pun sangat ramah dan baik..Dia yang banyak tolong pasal cari rumah sewa ni..
Lepas mesyuarat esok aku akan bertolak ke Seremban..Nak angkut barang sebab semua barang masih ada kat rumah lama..Pastu lusa terus balik Marang..Malam tu terus balik kelantan antar budak2 yang aku bawak teman angkat barang..Keesokan harinya terus datang balik Marang ngan Family..kira secara rasmi la tu dok kat rumah baru..Nampak macam penat je xtvt aku cuti kali ni..Habis,bila nak study?peksa lagi seminggu....emmm...