"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories





Rasa bersyukur dengan kelahiran zuriat yang baru pada 20/1/2013..Alhamdulillah..tidak dapat digambarkan dengan kata2, betapa gembiranya hati dengan kehadiran NUR KHAULAH AULIA walaupun kehadirannya tidak terjangka apabila tersasar dengan tekaan doktor..Sepatutnya secara normal, Khaulah akan dilahirkan pada akhir bulan dua, tetapi doktor mengesan masalah uri di bawah dengan tahap 3 pada usia 35 minggu dalam kandungan..Umminya segera ditahan diwad pada 15hb untuk menglakkan dari berlaku tumpah darah..

Walaupun begitu, perkara itu berlaku juga pada petang 19hb setelah 4 hari umminya berada dihospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu..Umminya dibedah pada pukul 11.50 malam dan akhirnya tepat jam 12.11 pagi maka lahirlah Khaulah dengan berat 2.46 kg..Pada awalnya Khaulah ditahan diwad untuk jgaan rapi kerana nafas tidak stabil..kemudian pada esok harinya doktor memaklumkan bhawa ususnya masih belum sempurna berfungsi dan kuning juga agak tinggi..Maka bermulanya tugas abinya menghantar susu dari ibunya sendiri kerana ibunya telah dibenarkan pulang..setelah beberapa hari, kesihatanya semakin baik dan kuningnya juga semakin turun, maka Khaulah dibenarkan pulang pada hari Ahad 27hb..Alhamdulillah..

Pada hari tu barulah si kembar abang dan kakak (Khalef dan Khalefa) mengetahui bahawa mereka dah ada adik..Terima Kasih kepada semua doktor, nurse, jaga, dan semua yang memberikan bantuan..terima kasih..Allahuakhbar..



Dah masuk 3 tahun dah kembar kawe ni..Jadi, sempena hari lahir diorang, kawe beli sebutir kek..Ok la tu, abi dia seumur hidup x pernah pun merasa kek hari jadi diri sendiri..hehehe..

INI DOA ABI DAN UMMI...


Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” Surah Ibrahim ayat 41

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74

Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).


Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22



Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.



Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24




Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha


Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan


Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah



(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.





"SEMOGA ABANG KHALEF DAN KAKAK KHALEFA MENJADI INSAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH SEPANJANG HAYAT ABANG DAN KAKAK..
































Dah lama x update..malas dan sgt sibuk...Jadi, sementara nak tunggu bola EURO(aku bukan penyokong belanda yeee..hehe), tampal gambar anak2 la kejap..

Versi abang Khalef x pakai baju..sekarang kan musim panas..

Adik Khalefa (pasni naik pangkat kakak kot..hehe) pun sama..Hidung berair je

Syok tidur lepas berebut nak main angry bird..

Sengih..




Hari2 nak main ipad..






Versi muslimah






Amin..





saje test kamera..

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..