Masa: 19-22 ok 2009 Tempat Main : Endah Parade, KL Tempat tido: Hotel Plaza KL Tempat Lepak: Kedai Mamak Jalan Lorong haji Taib..
Berbaloi-baloi jadi guru pengiring Kejohanan Boling Pend Khas Peringkat Kebangsaan 2009 kali ni..Selain dapat merehatkan minda, dapat jugak aku merasa bermain boling dalam suasana sebenar yang melibatkan tekanan, harapan dan usaha yang bersungguh2..Maklumlah pertandingan katakan..biasanya main suka2 je ngan kawan2..Hari kedua pertandingan,ada acara untuk pegawai. Seronok betul main ngan guru2 dari negeri lain yang macam2 gayanya..Pegawai dari pahang antara yang paling kecoh..awal2 lagi dah saiko..last2 dia yang out..hahahahaha..Kontigen labuan pula antara yang paling meriah..Macam tengok bola diaorang bersorak..Tapi setakat sorak la kan..main belakang cerita..nampak macam selalu je bola menyapu longkang..hehehehe..Alhamdulillah team aku dapat no 4 dari 13 pasukan..Beza jatuhan pin memang x banyak..Apapun kejohanan kali ni memang best..Budak2 pun ada yang dapat hadiah tahun ni..Tahun lepas satu pun x dapat..
Murid Masalah Pendengaran..Yang hujung tu awek aku..hahaha
Budak aku tengah tunggu giliran..
Letih aku layan budak ni..dari pagi sampai malam asyik bercakap je..hahaha
Nak gi jamuan makan malam..rimas betul la pakai baju batik..rasa macam YB pulak..
Kontigen dari N9..
Budak aku ni ( dulu aku sempat mengajar masa sekolah rendah) dapat hadiah high score..rasanya 198 jatuhan pin..dasyat2..
Bergambar bersama pelajar yang mendapat tempat kedua(masalah pendengaran individu lelaki) dan tempat keempat(masalah pembelajaran individu perempuan)
Pasukan pegawai dari kontigen N9..dapat hadiah tu..Tempat keempat je..Ok la tu dari x dapat lgsung..hahahahah(ditujukan khas buat kontigen pahang yang terlebih saiko..hahahahah)
Tiba2 je aku dilantik menjadi guru pengiring merangkap jurulatih boling budak2 aku setelah guru asalnya ada komitmen lain yang lebih utama. Dua orang budak bermasalah penglihatan sekolah aku berjaya dipilih ke Pertandingan Boling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur minggu depan..Dengan ini secara automatik aku adalah seorang jurulatih kebangsaan!hahahaha..gelihati aku rasa..Bukan nak merendahkan kemampuan diri malah jauh sekali nak bersikap low profil yang munafik, tapi kalau diibaratkan dengan percintaan, aku dan boling ni baru je berkenalan tahun lepas..Tu pun baru berapa kali dating.x jatuh cinta sangat pun berbanding ngan bolasepak..hahahaha..walau banyak jugak la peningkatan, tapi aku rasa jatuhan pin itu bukannya dengan kehebatan skil balingan aku, tapi lebih kepada sifat nasib. Bayangkan lah jika balingan manusia lain di lane sebelah boleh mencecah 130 km sejam kelajuannya, bola aku pulak masih terhegeh2 ditengah2 lorong..Tu pun kira bernasib baik kalau bola itu tidak memilih longkang ditepinya..lantak la..hahahaaah.
Apapun amanah tetap aku jalankan..Jurulatih tidak semestinya hebat main..Tapi perlu ada strategi dan percaturan yang baik..Oleh yang demikian aku telah menyertai latihan pusat di pusat boling Jaya Jusco Seremban dari pagi sampai petang hari ni..Penat wooo..Kira boleh la budak2 aku main..Aku pun kira ok la..Berjaya tidak memalukan diri didepan budak2 aku dan cikgu suhaimi..Walaupun buta, cikgu Suhaimi mampu jugala buat kejutan pada aku.ok gak jatuhan pinnya..kadang2 ada la jugak tanda pangkah kat monitor tu..x la panjang macam pembaris kat sekolah je..hehehe.Woi mi, Jangan berlagak lama2..nasib je tu..hahahahaha..
Apapun dengan amanah inilah yang membawa aku jauh dari peluang untuk aku memenuhkan Stadium Cheras nanti..Geram betul la..Tapi yang pasti aku akan dapat baju free..Jabatan bagi..hehehehe
Layan gambar jap..
Wakil sekolah aku..Naim dan Hidayah.."Ekau nampak ko pin yang ekau nak baling tu?Asyik longkang yo poinya!"
Kata je buta, main boling macam orang celik!Guna aura ke auta mi?hahahah
Den dok ushar cikgu sekolah menengah..cun gak..hahahahha
Semua x muat tangan aku..hampeh..saiz budak2..
Mungkin sebab kualiti lane yang tidak elok membuatkan prestasi aku merudum..hehe
Beg aku..x de kena mengena ngan boling pun..
Budak2 bisu ni semuanya bekas murid aku dulu..sekarang diaorang dah kat sek menengah..
Aksi posing yang melebihi prestasi balingan..
Cikgu Halim..Orang kuat Pend Khas N9 cuba menghasut Cikgu Suhaimi supaya baling ke longkang supaya beliau tidak merasa malu kerana beliau x pernah mendapat markah lebih dari 80 pun..hahahha
Cikgu Suhaimi cuba menjampi bola supaya tidak menuju ke longkang..Jin apa kau pakai mi?
Masa aku baru posting,aku dibenarkan tinggal di asrama bersama murid2 aku..Aku dok kat situ lebih kurang tiga bulan..Tiga bulan yang penuh dengan cabaran dan pengalaman yang baru. Aku tinggal dalam bilik kecil yang penuh dengan tilam dan katil yang tidak digunakan di aras tiga.Untuk makluman,asrama sekolah aku tu ada 3 tingkat dan hanya dihuni oleh murid-murid pada aras dua sahaja..Ini bermakna aras tiga tiada penghuni selain dari aku!
Keadaan agak menyeramkan dengan cermin tingkap yang pecah dan lampu koridor yang tidak menyala..Keadaan asrama pada masa itu tidak lah elok seperti sekarang..Malah tandas yang aku gunakan untuk mandi pun tidak berfungsi lampunya.Malah tiada langsir dan pemandangannya tembus terus ke luar yang dihiasai oleh pokok buluh serta kegelapan malam...(sekarang asrama sudah cantik dan lengkap).
Pada malam pertama aku kat situ,aku x dapat tido dengan aman..biasala,tempat baru..macam2 terfikir kat kepala..dengan keadaannya yang sunyi dan pokok buluh berdekatan asrama mengingatkan semua cerita-cerita seram yang pernah aku tengok..adusss..masa ni la semua benda karut dan seram dok berlegar kat fikiran aku..Aku tido dalam 5 minit mesti terjaga..tension betul la..Seingat aku, aku betul2 dapat tido lena pukul 3 pagi..Itupun dapat bertahan 1 jam sahaja!
Dalam pukul 4 pagi lebih kurang,ketukan kuat kat pintu betul2 mengejutkan aku!Bukan ketukan biasa tetapi yang betul2 kuat!Seolah2 pintu tu diketuk dengan tukul..Untuk pengetahuan semua, pintu tu aku kunci sebelah dalam dengan mangga..Betul2 terkejut dan menakutkan!SAH, memang sah apa yang aku dengar siang tadi!Sebelum masuk asrama memang warden ada cerita yang asrama ini berhantu dan keras!Memang aku telah jadi mangsa pada malam ni..
Aku buat tak tahu je..cuba tido sekali dengan peluh jantan keluar walau cuaca amat sejuk..Tapi mata aku tetap tak mahu lelap..Tiba2 pintu diketuk sekali lagi dengan ketukan lebih kuat dan lama..kali ini aku sudah bersedia!Aku cuba beranikan diri buka lampu dan melihat makhluk apakah yang cuba nak menguji orang yang separa berani macam aku ni..Aku terus membuka mangga sambil mulut terkumat kamit membaca apa sahaja ayat Al-Quran yang terlintas kat kepala aku ni..Aku terus membuka pintu dan dengan jelas tercegat satu lembaga separas pinggang aku..di tangan kanannya terkepit seekor kucing putih bertompok hitam..AllahuAkbar!
Aku betul2 terkejut!Kaku tidak bersuara..Tapi sekejap je..Perasaan takut bertukar menjadi marah!aku betul2 marah..apalagi dalam keadaan aku yang x cukup tido ni..Betul2 buat aku naik angin!Aku terus tanya lembaga tu " Nak apa?" Lembaga tu x menjawab..cuma senyuman terukir dibibir...Tenang..Tiba2 lembaga tu mengangkat kedua2 belah tangan ke kepala(seolah2 sedang mengangkat takbir)..Aku termenung sekejap..berfikir apa yang dimaksudkan oleh lembaga tu..Akhirnya aku buat kesimpulan bahawa lembaga itu mengajak aku sembahyang subuh!
Ceh,apada solat subuh pukul 4 pagi ni..Aku mintak dengan baik supaya lembaga tu beredar sebab aku nak sambung tido..Lembaga tu faham dan terus berlalu sambil mengejar kucingnya yang terlepas semasa dia angkat takbir tadi..Aku kunci pintu dan sambung tido sampai pagi..
Pagi esok baru la aku tahu siapa makhluk tu..Namanya Loo Shi Kong. Murid bermasalah pendengaran.Kat sekolah ni orang panggil dia Apek je..Berbangsa cina dan amat meminati kucing..Mengikut warden, Apek ni suka tido awal malam dan bangun merayau lebih kurang pukul 3 pagi hingga la waktu subuh..Dia akan sambung tido bila masuk je waktu pertama kelas!Waktu merayau tu, kucing warden la yang jadi mangsa permainannya..(Aku dengar kucing tu mati sbb kena kurung dala mesin basuh selama 3 hari oleh Apek ni!)
Apapun aku rasa bangga sebb dia cuba kejutkan aku solat subuh, walaupun dia x tahu bila waktunya!Ikut suka dia je bila dia nak ketuk pintu bilik aku..kadang2 pukul 3 dah ketuk!Mungkin dia tahu orang islam solat subuh pagi2 mengikut pemerhatiannya terhadap rakan2nya yang beragama islam....Semoga Allah memberi hidayah kepadanya..
Sudah lama aku bercadang untuk menulis tentang pengalaman aku dengan kelompok manusia yang sentiasa aku hadapi setiap hari..Kelompok yang terlalu istimewa..kelompok yang mampu membuat aku rasa insaf dan bersyukur dengan anugerah dari Allah..
Kisah bermula pada tahun 2004 dimana aku dipostingkan disebuah sekolah di Bandar Seremban. Dengan kecetekan ilmu perguruan aku, aku rasa bersyukur kerana tidak perlu bersusah payah kerana bandar Seremban tidak asing lagi bagi aku kerana aku pernah praktikum di negeri ini. suatu ketika dulu.Aku juga rasa amat beruntung kerana tidak perlu mengikuti jejak rakan-rakan sekelasku yang dipostingkan dikawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.
Walaubagaimanapun, terdapat cabaran yang berbeza menanti aku di sini. Jika rakan-rakanku dicabar dengan onak duri hutan dan semak, dicabar dengan lautan luas yang tiada henti gelombangnya, diuji dengan alunan sungai yang penuh dengan buaya, diasak dengan perbezaan budaya dan amalan, aku pula dicabar dengan 2 kumpulan manusia yang tahu berfikir tanpa pandai mengolahnya, pandai bersuara tapi tiada iramanya, boleh ketawa tapi dalam kelompok sahaja..Kelompok manusia kedua aku ibaratkan sebagai manusia yang terlalu pantas belajar, dapat mendengar cepat mengingat, tidak mampu melihat tapi boleh merasa dan boleh berkawan tapi ada egonya, malah setiap mereka ada tabiatnya sendiri..Kedua-dua kelompok insan ini amat aku kagumi dalam beberapa aspek..
Hari pertama persekolahan aku masuk ke kelas tahun 6. Entah mengapa aku rasakan seperti mengajar disebuah sekolah menengah. Dengan susuk tubuh yang besar dan tinggi, malahan bermuka matang seolah2 mereka adalah bukan dari sekolah rendah. Ada yang lebih besar dan tinggi dari aku.. Rupanya mereka berumur 14 tahun,bukan 12 tahun macam sekolah biasa!Ini kerana murid khas macam mereka dibenarkan mengambil UPSR semasa berumur 14 tahun!
Aku tidak mengajar. Aku cuma duduk dan memerhati tingkahlaku mereka dengan penuh minat.Ada yang diam tanpa banyak bergerak..ada yang mengacau rakan-rakan lain.Ada yang berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dengan menggerak-gerakkan tangan mereka. Sepatah pun aku x faham. Siapa yang cacat dan pelik kat sini?aku atau mereka?Adakah mereka cacat kerana tidak dapat bercakap?adakah aku yang pelik kerana tidak faham apa yang mereka bualkan?ntah la..
Akhirnya aku cuba menulis beberapa perkataan di papan putih dan suruh mereka membuat isyarat berdasarkan perkataan tersebut.Ada yang meletakkan tangan ke kepala dan menggeleng2..Ada yang berebut2 nak jawab dan ada yang buat x kisah seolah-olah aku x wujud pun kat situ..Akhirnya aku tahu beberapa perkataan dalam bahasa isyarat seperti GURU, SEKOLAH, AYAH, IBU dan beberapa perkataan lagi. Malah ada perkataan yang kita sedia maklum tanpa perlu belajar seperti MAKAN( letakkan tangan ke mulut seolah2 menyuap nasi), TIDUR( letak tangan kat telinga, sengetkan kepala dan pejamkan mata).
Tiba-tiba aku melihat mereka membuat bahasa isyarat sesama mereka dan menunjuk-nunjuk kearah aku. Aku langsung tidak faham tetapi aku tidak sempat bertanya kerana masa sudah habis..Tapi aksi bahasa isyarat tersebut sempat aku ingat ( Mengepal tangan kanan dan meletak betul2 kat dahi).Walau aku tidak faham tetapi hati kecil aku rasa macam seolah2 mereka memberi penghargaan kepada guru baru macam aku ni..Hati aku berbunga2 dan gembira sekali..Keesokan harinya barulah aku tahu makna bahasa isyarat tersebut.Itupun setelah terdetik dihati nak Tanya guru-guru lama. memang aku takkan lupaka isyarat itu.Maknanya adalah BODOH!hahahahaha..padan muka aku..Barangkali mereka bosan aku asyik bertanya saja.hahahahaha
Itulah uniknya mereka..JUJUR, BERTERUS TERANG DAN SELAMBA..Rasa bersalah? Nak jaga hati?Jauh sekali!Mereka tidak dapat mengolah apa yang difikirnya..Tidak tahu=BODOH..Tenung=GATAL!..Paksa buat
kerja sekolah=JAHAT..Pakai baju x cantik atau nampak murah=MISKIN!..Malah mereka
juga tidak segan silu mengatakan bahawa gurunya berwajah hodoh atau
gemuk!Hahahaha..Tapi pada aku x pulak kata hodoh( mungkin aku hensem pada mata mereka..hehehehe) Merekalah pengkritik yang agung bagi aku!tiada belas kasihan dan
agak kejam.hahahahaha
Aku juga diberi tanda nama mengikut bahasa Isyarat..Mereka yang letakkan nama baru mengikut pemerhatian mereka.Mereka melihat aku berjanggut..Nama bermula dengan huruf A..Jadi mereka buat isyarat kepalkan tangan tetapi ibu jari diatas..letakkan ke dagu dan tarik kebawah.. Bangganya aku!Tapi kadang-kadang terbayang macaman jika guru yang datang itu berhidung luas atau bergigi jongang?Apa isyarat yang diberi mengikut pemerhatian mereka?hahahahaahahha..
Nantikan sambungannya..Mungkin aku akan ceritakan keunikan setiap orang dari mereka mengikut pandangan aku..
Antara yang masih ada di sana..Perhatikan wajah yang terlalu istimewa ini..Renungkan pada mata mereka, dan beri satu sebb mengapa perlu kita membantu mereka tanpa rasa prejudis dan rasa terbeban..