"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Tiba2 je aku dilantik menjadi guru pengiring merangkap jurulatih boling budak2 aku setelah guru asalnya ada komitmen lain yang lebih utama. Dua orang budak bermasalah penglihatan sekolah aku berjaya dipilih ke Pertandingan Boling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur minggu depan..Dengan ini secara automatik aku adalah seorang jurulatih kebangsaan!hahahaha..gelihati aku rasa..Bukan nak merendahkan kemampuan diri malah jauh sekali nak bersikap low profil yang munafik, tapi kalau diibaratkan dengan percintaan, aku dan boling ni baru je berkenalan tahun lepas..Tu pun baru berapa kali dating.x jatuh cinta sangat pun berbanding ngan bolasepak..hahahaha..walau banyak jugak la peningkatan, tapi aku rasa jatuhan pin itu bukannya dengan kehebatan skil balingan aku, tapi lebih kepada sifat nasib. Bayangkan lah jika balingan manusia lain di lane sebelah boleh mencecah 130 km sejam kelajuannya, bola aku pulak masih terhegeh2 ditengah2 lorong..Tu pun kira bernasib baik kalau bola itu tidak memilih longkang ditepinya..lantak la..hahahaaah.

Apapun amanah tetap aku jalankan..Jurulatih tidak semestinya hebat main..Tapi perlu ada strategi dan percaturan yang baik..Oleh yang demikian aku telah menyertai latihan pusat di pusat boling Jaya Jusco Seremban dari pagi sampai petang hari ni..Penat wooo..Kira boleh la budak2 aku main..Aku pun kira ok la..Berjaya tidak memalukan diri didepan budak2 aku dan cikgu suhaimi..Walaupun buta, cikgu Suhaimi mampu jugala buat kejutan pada aku.ok gak jatuhan pinnya..kadang2 ada la jugak tanda pangkah kat monitor tu..x la panjang macam pembaris kat sekolah je..hehehe.Woi mi, Jangan berlagak lama2..nasib je tu..hahahahaha..

Apapun dengan amanah inilah yang membawa aku jauh dari peluang untuk aku memenuhkan Stadium Cheras nanti..Geram betul la..Tapi yang pasti aku akan dapat baju free..Jabatan bagi..hehehehe

Layan gambar jap..



Wakil sekolah aku..Naim dan Hidayah.."Ekau nampak ko pin yang ekau nak baling tu?Asyik longkang yo poinya!"


Kata je buta, main boling macam orang celik!Guna aura ke auta mi?hahahah


Den dok ushar cikgu sekolah menengah..cun gak..hahahahha


Semua x muat tangan aku..hampeh..saiz budak2..


Mungkin sebab kualiti lane yang tidak elok membuatkan prestasi aku merudum..hehe


Beg aku..x de kena mengena ngan boling pun..

Budak2 bisu ni semuanya bekas murid aku dulu..sekarang diaorang dah kat sek menengah..


Aksi posing yang melebihi prestasi balingan..


Cikgu Halim..Orang kuat Pend Khas N9 cuba menghasut Cikgu Suhaimi supaya baling ke longkang supaya beliau tidak merasa malu kerana beliau x pernah mendapat markah lebih dari 80 pun..hahahha

Cikgu Suhaimi cuba menjampi bola supaya tidak menuju ke longkang..Jin apa kau pakai mi?


2 comments

  1. EFFA FARISYA  

    gud luck..niat g baik dan jujur smstinya Allah suka n syg..

  2. Anak Tumpat  

    ambo goni ni x brpo reti sangat.. kalu buleh gak nk jgk ajok cekgu dio tu, kito lawan skali..hahahaha

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..