"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Bangga dapat mendengar ucapan yang terkeluar dari mulut orang tua ini..Tutur kata yang lemah lembut, penuh dengan kiasan-kiasan yang cukup mudah untuk difaham oleh manusia2 yang mahu berfikir..Setiap patah perkataan langsung tiada terlontar perkataan yang sia2 malah setiap yang terhambur pastinya mengundang akal untuk berfikir sekaligus dapat merumuskan sesuatu persoalan..Kata-katanya yang membuatkan manusia terus berfikir tentang kekuasaan Allah dan tanggungjawab kepada agama Allah..Setiap hujahnya bersulamkan ayat al-Quran, setiap pandangannya berlandaskan As-Sunnah..

Aku bersyukur kerana dihayat aku ini aku bertembung dengan manusia seperti ini..Aku pasti akan menceritakan kisah manusia ini kepada anak cucuku suatu hari nanti seperti mana datuk nenek ku bercerita perihal ulama tersohor masa dulu seperti Tok kenali, Tok Khurasan, Tok Selehor dan ramai lagi..Setiap perkataannya terkesan dihati walau pidatonya tidak sesinis Mat Sabu, tidak selantang Ustaz Nasarudin Daud, malah tidak sepetah Anuar Ibrahim..Tapi bagi ku, percakapannya adalah lebih hebat dan berisi dari sesiapapun di Malaysia pada hari ini!Bukan aku taksub,bukan aku fanatik malah jauh untuk memuja, tetapi aku perlu mengakui setiap kata2nya amat indah kalau kita cuba untuk menghayati!Tidak salah jika aku meminati dan taat kepada ajaranya kerana ajarannya aku yakin adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah.Lebih baik dari meminati Siti Nurhaliza kan?

"Saya bukan memerintah, tapi saya hanya mentadbir kelantan. Bila sebut kelantan, bukan negerinya,tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu manusia. Kita mesti jaga qalbu manusia, kerana qalbu manusia ini sengaja Allah ciptakan untuk diisi dengan baik dan buruk. Dengan kita jaga qalbu manusia, automatik terjaga habis ekonomi manusia,sosial manusia, budaya manusia dan aqidah manusia"

Kata2 inilah yang menjadi contoh bahawa orang tua ini tidak mengejar kemewahan dan pangkat semata2, tapi mempunyai misi dan pandangan yang jauh terhadap penyembuhan aqidah manusia..

Wahai orang tua, aku kagum dengan segala tindak-tanduk dan strategi politik mu..Seperti mana yang telah disebut oleh kamu sendiri, kamu berjaya mencampak budaya kapak kecik dan tongkat 69 yang telah sekian lama bertapak di Kelantan!Bukan dengan kekuatan fizikal, tapi dengan pemurnian jiwa dan usaha kamu mendekatkan manusia kelantan dengan ajaran Al-Quran..Syukur Alhamdulillah kamu dilahirkan di Kelantan,bukan dimana2 negeri lain..Caramu yang unik mudah untuk diterima..Pondok diatas jalan setiap hari jumaat di kota bharu, cukup untuk menarik ribuan pendengar. Bukan untuk mencari publisiti, malah jauh untuk mengeji, tetapi untuk menyampaikan ilmu2 dengan kuliah yang ringkas..

Ayuhlah wahai manusia, mari kita mengenal dulu manusia tua ini sebelum kita mengeji, mencaci dan mengejek..Cuba lah mengkaji dan menilai apa yang telah dibuat, dilaksanakan..Janganlah dengan sedikit pembangunan yang kamu dambakan, kamu rela menukar seorang yang berilmu dengan perkataan yang buruk dan hina..Kalau kita tidak mengikut ulamak, siapa lagi yang harus kita ikut? Pemakan rasuah? Penipu? Pencipta maksiat? Pembuka aurat? Fikirkan lah..






Gambar yang sempat aku ambil semasa di Bagan Pinang dengan hanset buruk..

P/s: Terima kasih kepada pejuang2 kerana sudi merebahkan badan di teratak aku semalam..InsyaAllah setiap usaha dan zikir anda sekalian semalam mampu merebahkan kemungkaran di muka bumi ini..

3 comments

  1. abu muaz  

    Salam. Memang lelaki tua ini seorang yang hebat.

  2. abah aman  

    salam,
    abah pun suka dengan orang tua ini...

  3. Anak Tumpat  

    salam..lama dah x ngadap orang tua ni dengar dia ceramah..rindu jgk rasanya nk tgk kerut wajah suci dia ni..

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..