"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Showing posts with label Bolasepak. Show all posts


Terbaikkk!!!

MAL 2-1 LUBNAN

Senarai Pemain:

1. Khairul Fahmi Che Mat - 30
2.Mohd Shahrizan Ismail - 22
3. Azizi Mat Rose - 2
4. Subramaniam a/l Sooryapard - 3
5. Khairan Eroza Razali - 5
6. Mohd Farisham Ismail - 6
7. Mohd Nizad Ayub - 7
8. Mohd Shakir Shaari - 8
9. Norshahrul Idlan Talaha - 9
10. Mohd Nor Farhan Muhammad - 10
11. Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin - 12
12. S Chanturu a/l Suppiah - 13
13. Mohd Daudsu Jamaludin - 15
14. Mohd Badhri Mohd Radzi - 16
15. Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid - 17
16. Wan Zaman Wan Mustapha - 18
17. Zul Yusri Che Harun - 19
18. Indraputra Mahayuddin - 23
19. Zairul Fitree Ishak - 24
20. Mohd Zamri Ramli
21. K. Soley ( Baru )
22. Mohamad Abdul Aziz Ismail ( Baru)
23. Mohd Nurul Azwan Roya ( Baru )
24. Mohd Ramzul Zahini Adnan

BETUL KO DOK,X TAHU LA..TUNGGU DAN LIHAT!

Gambar :epiq Kelate.Net

PAKAT TURUN BELAKO!


Buat semua penyokong bolasepak kelantan khususnya dan peminat bolasepak seluruh Malaysia amnya..Jadikan diri anda seorang yang bertamadun..Kami pasti anda tidak mahukan anak-anak anda mengikut jejak langkah anda sebagai pengganas bolasepak..Jadikan diri anda contoh pada generasi seterusnya..GOMO KELATE GOMO!


Home


Away




Gambar oleh: Userun dan Betterman dari KDN

Secara peribadi aku rasa agak kecewa dengan design terbaru jersi kelantan musim 2010 ini..Seolah-olah mengundur ke belakang dari segi rekabentuk dan identiti.Yang maju hanyalah dari segi jenama dan mungkin kualiti agaknya (belum dapat merasa kualiti kain..Dengar kata selesa dipakai).Selain itu yang tinggal hanya warna bendera kelantan sahaja yang kekal..Tetap merah dan garang..Tahun lepas lagi cantik dan menunjukkan kebangkitan identiti yang jelas dan sejajar prestasi pasukan kelantan itu sendiri..Siap dengan batik lagi..Tapi tahun ini digantikan dengan petak2 ala jersi crotia dan di hiasi dengan lambang ideologi parti politik yang kononnya tidak perlu x campur adukkan dalam sukan..

Tapi itu semua benda kecil yang x perlu aku dan semua penyokong The Red Warriors fikirkan.Dah tempah pun..hehehe.Yang mahu aku lihat ialah prestasi dan gaya permainan yang menarik..Sekurang-kurangnya satu piala dapat dibawa balik ke Kota Bharu!Dan penonton pulak x yah la merusuh sampai merugikan pasukan!Kitakan satu Malaysia!hahahaha

- Kemenangan didahulukan, penonton diutamakan-



Satu lagi sejarah terlakar tahun ini!GOMO KELATE GOMO!

Sesuatu yang indah dan tidak mampu untuk diluahkan oleh kata-kata!Jika selama ini aku beberapa kali menyaksikan perlawanan akhir Piala malaysia, tetapi bukan negeri aku sendiri!Kali ini peluang aku melibatkan diri dalam sejarah terbuka luas!InsyaAllah jika tiada aral, aku pasti akan menghadirkan diri ke Bukit Jalil nanti!Pasal game tadi, x perlu aku ulas sebab semua blh lihat dalam TV kan?hahahaah..


Doa Tok Guru mengiringi penyokong dari Kuala Lumpur-Sumber kelate.net

Dan malam ini aku nak cerita sedikit pasal penyokong Perlis malam ni. Lu penyokong Perlis yang buat hal kat stadium tu nak marah, aku peduli apa? Hati aku panas ngan LU orang yang x bertamadun!Aku panas jugak kat FRU!Aku panas jugak kat Polis!Aku hangin gak dekat FAM kalau buat x tahu pasal ni!

Lihat la Dunia! Macamana orang dok cakap penyokong Kelantan jahat,ganas!Tapi malam ni korang tengok sendirikan orang yang x leh terima kekalahan?hahahaah..Bangang!Yang baling mercun memang dah nampak dalam TV..Yang dok baling bata,pecahkan cermin bas, pecahkan semua cermin kete yang ada plat Kel apa kes? Walhal masa kat KB hari tu x de pun penyokong kel buat hal ngan penyokong Perlis. Sejarah pun memang x de fan kelantan buat hal ngan penyokong Perlis!

LAIN KALI JANGAN CAKAP RAKYAT ORANG JAHAT KALAU RAKYAT KITA PUN X BERTAMADUN!

Gambar akibat perbuatan segelintir penyokong x bertamadun PERLIS!


Lempar bata, sembunyi tangan..Dasar penakut dan x bermoral!Yang herannya macamana batu bata blh bawak masuk stadium?Jawab Shahidan woi!


Asal nampak kete penyokong kelantan je diorang baling..Ada yang sanggup sembunyi dalam sawah semata2 nak balin fan kelantan..x de batu punya orang!


No plat kelantan semua jadi mangsa..bangang!






Nak tunggu respon dari FAM dan Shahidan!




Amat menarik..Tiada isu UG di sini..


Pemain meraikan penyokong..

Tahniah Sang Kijang!

Aku lebih suka kembali menggunakan gelaran Sang Kijang kepada skuad Kelantan sekarang!Ini kerana sesuai dengan elemen kejutan yang ada pada skuad ini. Kemampuannya menundukkan pasukan yang berpengalaman dan lebih besar namanya amat mengejutkan!Singa Utara..Singa Utara dikalahkan oleh Kijang Muda! Kalau Singa Utara dibunuh oleh pahlawan Merah, nampak macam biasa je.Ye la, Red Giant disepak oleh penyu, bukankah juga satu kejutan?hahahaha.

Kalau dilihat dari keputusan perlawanan semalam, sudah dapat dicongak jalan mana yang patut untuk dituju ke Bukit Jalil nanti..Harap janganlah Sang Kijang memilih jalan hutan yang berliku lagi..Lorong dan denai sudah terbuka untuk ke final..Apatah lagi pasukan highway sudah membuka seluas-luas2 jalan buat Sang Kijang..Jadi perlu apa membunuh diri kepada Sang Singa "tepok"( tempang)?Seharusnya Sang Kijang menggunakan peluang ini dengan membalas jasa jaringan gol Indra yang agak cerdik dalam permainan politik bolasepaknya. Masakan kita tidak terfikir, jika rehat satu perlawanan seterusnya dalam situasi bekalan gol yang sudah agak selesa, pastinya perlawanan akhir beliau dapat beraksi kembali!Tapi jika beliau mendapat anugerah kad kuning pada perlawanan seterusnya, maka bersama-samalah kita bergambar dengan Indra ditempat duduk penonton!Bukan begitu?Kalau x betul maaf la..

Pasal game aku x leh nak ulas..Aku x tengok..Semalam aku membawa jasadku untuk menyaksikan perlawanan antara N9 vs Ganu di Paroi.Tapi hatiku tetap di KB..Terima kasih Poktar kerana berjaya menghabiskan prepaid untuk update keputusan semalam..

Ayuh Sang Kijang!Lakarkan kami satu lagi sejarah!Bawakan kami ke Bukit Jalil!

Gambar adalah ehsan dari USERUN ( Rakan dari kelate.net)


PAKAT GI BELAKO!


Lupakan seketika kemenangan membenam ATM semalam, kerana itu hanyalah sekadar pencetus semangat untuk cabaran yang seterusnya yang awal2 lagi sudah disahkan layak! Umpama cicah buah pauh putik nga garam, x cicah pun masam dah abe weiii!!Yang pasti, Stadium Cheras sekali lagi akan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Pahlawan Merah!Yang pasti Penyokong Pahlawan Merah akan lebih ramai kerana jika dihitung,berapa keratkah penyokong pasukan tol itu?Tapi itu tidak bermakna penyokong kita boleh menunjukkan sikap kurang ajar atau gedebe yang sememangnya susah nak dibuang!Jauhkanlah sikap buruk seperti membaling botol, mercun dan aksi2 yang boleh memualkan orang lain! Jadikan perlawanan ini sebagai hiburan, bukannya medan pertempuran!

Aku berharap benar kelantan akan mara sehingga ke final pada kali ini..Dan aku rasa itulah juga harapan seluruh peminat bolasepak kelantan setelah beberapa lama terpaksa menunggu untuk merasai nikmat ini..Tapi awal2 lagi aku sudah kecewa..Kecewa dengan peluang yang tidak hadir dalam hidup aku..Anugerah masa tidak memihak pada aku kali ini..Kerja aku pastinya tidak akan menjadikan aku sebahagian dari penyokong mahupun penonton bagi perlawanan tersebut! Pastinya aku rasa amat kecewa kerana tidak dapat bersama2 dengan warga kelate.net lain di Cheras nanti..Apapun. GOMO KELATE GOMO!

Mampukah kijang melepasi tol di lebuhraya Kuala lumpur nanti?
Mampukah lebuhraya menyekat laluan sang kijang untuk ke destinasi seterusnya?

Sama2 kita nantikan..


Tempat: Hotel Juita Inn KB
Tarikh: Hari Raya ke 3

Ramai gak ahli2 KDN yang datang hari tu..Semoga persaudaraan kita semakin kukuh..bersama2 kita martabatkan bolasepak kelantan!Gomo kelate Gomo!

-foto dari galeri kelate.net-

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..