"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Dah lama x keluar rumah hujung minggu..Jadi bila akak2 PPM sekolah ajak gi berkelah kat air terjun, aku pun rasa teruja la..Ye la,dulu selalu camping pengakap kat Jeram pasu..Dah lama dah x mandi air terjun..Syok jugak la air terjun kat perkampungan orang asli Pantai tu.X ramai orang dan agak bersih kawasan dia..Cuma bagi yang nak cari lubuk dalam2 nak berenang x de la.. Paras dada je paling dalam..

Layan gambar je la..penat..


Pagi2 lagi adik bangun..Sengih je..Macam tahu je nak gi berkelah..



Abang pun x sabar2..Nasib baik x jatuh buai..


Jalan yang sangat mencabar..Ala,lebih kurang kampung aku je la..hahah


Abang sedang belajar berenang..


Abang ngan Ummi..Ummi x mandi..takut tanggal make up..hahahaha


Adik ngan Ummi


Ramai gak orang..


Akhirnya..Kembar tertidur sebb penat..


Tiba2 aku ditagkan dengan gambar ni di laman sosial MukaBuku(FB)..X sangka cute jugak aku zaman kecik2 dulu.hahahahaha..Sekarang gambar ni berada dalam simpanan mak saudara aku yang berada di Maran Pahang..Secara kebetulan gambar ni ditemui oleh abang aku yang menziarahi mak sedara aku tu minggu lepas..Mungkin inilah satu2nya gambar semasa aku kecil yang tinggal..Sangat bernilai bagi aku walaupun bukan berada dalam simpanan sendiri.

Jika dilihat pada gambr tersebut, jelas tercetak "March 1982"..Ini bermakna aku berumur setahun semasa gambar ini "dipukul" (diambil gambar). Apa yang menarik perhatian aku ialah keadaan sekitar yang agak nostalgia bagi aku..Aku rasa gambar tu diambil di jalan masuk utama ke kawasan rumah aku. Jalannya masih tidak bertar dan hanya muat2 motosikal sahaja(seingat aku la)..Apa yang masih tidak berubah sekarang hanyalah hamparan bendang@sawah sahaja..Yang lain 100% berubah..Jalan sudah bertar dan agak luas untuk sebuah kereta..

Aku masih ingat,semasa aku mula2 pandai keluar bermain dari rumah, jalan ini lah yang mengorbankan sebatang gigi aku setelah aku tersungkur dari basikal roda 3 milik kawan aku Ise Pokloh(Wan Razirul Hisyam). Bayangkan kelasakan seorang budak lelaki yang sedang membesar sedang melakukan aksi2 rempit, tersembam ke tanah yang dipenuhi dengan batu..kira ganas la tu..Tapi aku cukup hairan, pada umur sebegitu itulah satu2nya peristiwa yang aku ingat sampai sekarang..Mungkin betul la peribahasa yang berbunyi "tempat jatuh lagikan dikenang...".

Gambar ini menggamit seribu nostalgia bagi aku..Mungkin dilain masa aku akan cuba curahkan kenangan aku di blog ini..



Agak2 la, sama tak muka aku ngan anak aku yang lelaki ni?

Akhirnya termakbul jugak doa aku nak berpuasa kat kampung halaman..Sudah lepas hajat nak berbuka dengan "LAWA" iaitu sejenis makanan kerabu orang kelantan..Dan masih lagi dapat berjemaah serta bertarawih di balaisah baru sebelah rumah aku..Alhamdulillah..Tapi aku rasa x puas sebab terlalu singkat masa aku kat kampung..

Walau cuti sekolah dah lama bermula,tapi aku terpaksa tunggu 3 hari untuk pulang ke kampung..Semuanya gara-gara Peperiksaan PTK yang terpaksa aku hadapi..Dah 3 kali sangkut,harap kali ni lepas la..Tapi rasa macam payah je..Ye la,x sempat nak baca dan bercampur dengan malas.hahahaha..

Pagi 25hb tu aku terus kemas barang, ambik gaji dan bayar hutang apa yang patut dan terus bawak orang umah aku gi kat pusat peperiksaan PTK. Kesian dia sebab terpaksa tunggu aku peksa. Peperiksaan bermula pukul 11.00-12.00, tapi aku dah keluar dewan x sampai setengah jam pun. Bukan nak berlagak tapi memang aku dah x boleh bagi tumpuan..Kat kepala aku dah sarat dengan bayangan kampung halaman..Nampak soalan pun macam papan tanda jalan, gambar-gambar dalam dewan dah nampak macam highway..Tu belum muka pengawas peksa..Nampak macam polis tengah buat speed trap je..hahahaah

Aku terus pecut je keta bila masuk highway..berenti sekali je kat R&R Rawang. Aku rasa aku dah kena satu speed trap..sebab aku tengok polis dok atas menara tu bukan main girang lagi dok hala kamera dia kat keta aku..dah dekat baru perasan..lantak la.bukan laju pun..130 je..Dalam pukul 5 lebih aku dah sampai umah mertua aku kat Pengkalan Hulu..Kira ok la tu..Dok kat situ sehari je.27hb pagi2 lagi aku bertolak balik kampung..Alhamdulillah jalan dan cuaca amat elok.x la terasa penat dan haus..
Aku sampai kat bachok lebih kurang pukul 2 petang..

Tapi aku terpaksa balik seremban esok..aku ada kelas kat UKM hari ahad..aduuuh..x puas dok kat kg..Dok kat seremban nanti pun mesti boring sebab jadi bujang..Sebabnya aku tinggal orang umah aku kat kg..Tunggu due date dia nak bersalin.InsyaAllah dekat raya nanti jadi ayah le aku..Semoga semuanya selamat dan semoga aku dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah nanti..amin..





Aku sempat join budak2 kampung aku main bola waktu petang..Pose pun diorang hentam main..teruk betul la.


Kuih yang jadi sebutan di bulan Ramadhan ni..


Nekbat..Aku x berapa minat sangat kuih ni..manis..


Aku sedang memujuk beruk ni supaya panjat pokok kelapa muda..Oleh kerana beruk ni degil, aku panjat sendiri la..hahahahaha


Padang bola kampung aku..Aku tabik kat budak2 ni..Sanggup bersihkan semak samun demi membina stadium tertutup ni..Tapi x leh sepak kuat2. Takut masuk dalam hutan atau jatuh dalam sawah kat belakang tu..Rumputnya x berapa ada dan tanahnya berbojol-bonjol..Sesuai untuk player yang berkaki ayam macam aku ni..Hahaahahaha..Main x sampai lima minit dah pancit bola terkena duri nibung..hahahaha

Masa aku baru posting,aku dibenarkan tinggal di asrama bersama murid2 aku..Aku dok kat situ lebih kurang tiga bulan..Tiga bulan yang penuh dengan cabaran dan pengalaman yang baru. Aku tinggal dalam bilik kecil yang penuh dengan tilam dan katil yang tidak digunakan di aras tiga.Untuk makluman,asrama sekolah aku tu ada 3 tingkat dan hanya dihuni oleh murid-murid pada aras dua sahaja..Ini bermakna aras tiga tiada penghuni selain dari aku!

Keadaan agak menyeramkan dengan cermin tingkap yang pecah dan lampu koridor yang tidak menyala..Keadaan asrama pada masa itu tidak lah elok seperti sekarang..Malah tandas yang aku gunakan untuk mandi pun tidak berfungsi lampunya.Malah tiada langsir dan pemandangannya tembus terus ke luar yang dihiasai oleh pokok buluh serta kegelapan malam...(sekarang asrama sudah cantik dan lengkap).

Pada malam pertama aku kat situ,aku x dapat tido dengan aman..biasala,tempat baru..macam2 terfikir kat kepala..dengan keadaannya yang sunyi dan pokok buluh berdekatan asrama mengingatkan semua cerita-cerita seram yang pernah aku tengok..adusss..masa ni la semua benda karut dan seram dok berlegar kat fikiran aku..Aku tido dalam 5 minit mesti terjaga..tension betul la..Seingat aku, aku betul2 dapat tido lena pukul 3 pagi..Itupun dapat bertahan 1 jam sahaja!

Dalam pukul 4 pagi lebih kurang,ketukan kuat kat pintu betul2 mengejutkan aku!Bukan ketukan biasa tetapi yang betul2 kuat!Seolah2 pintu tu diketuk dengan tukul..Untuk pengetahuan semua, pintu tu aku kunci sebelah dalam dengan mangga..Betul2 terkejut dan menakutkan!SAH, memang sah apa yang aku dengar siang tadi!Sebelum masuk asrama memang warden ada cerita yang asrama ini berhantu dan keras!Memang aku telah jadi mangsa pada malam ni..

Aku buat tak tahu je..cuba tido sekali dengan peluh jantan keluar walau cuaca amat sejuk..Tapi mata aku tetap tak mahu lelap..Tiba2 pintu diketuk sekali lagi dengan ketukan lebih kuat dan lama..kali ini aku sudah bersedia!Aku cuba beranikan diri buka lampu dan melihat makhluk apakah yang cuba nak menguji orang yang separa berani macam aku ni..Aku terus membuka mangga sambil mulut terkumat kamit membaca apa sahaja ayat Al-Quran yang terlintas kat kepala aku ni..Aku terus membuka pintu dan dengan jelas tercegat satu lembaga separas pinggang aku..di tangan kanannya terkepit seekor kucing putih bertompok hitam..AllahuAkbar!

Aku betul2 terkejut!Kaku tidak bersuara..Tapi sekejap je..Perasaan takut bertukar menjadi marah!aku betul2 marah..apalagi dalam keadaan aku yang x cukup tido ni..Betul2 buat aku naik angin!Aku terus tanya lembaga tu " Nak apa?"
Lembaga tu x menjawab..cuma senyuman terukir dibibir...Tenang..Tiba2 lembaga tu mengangkat kedua2 belah tangan ke kepala(seolah2 sedang mengangkat takbir)..Aku termenung sekejap..berfikir apa yang dimaksudkan oleh lembaga tu..Akhirnya aku buat kesimpulan bahawa lembaga itu mengajak aku sembahyang subuh!

Ceh,apada solat subuh pukul 4 pagi ni..Aku mintak dengan baik supaya lembaga tu beredar sebab aku nak sambung tido..Lembaga tu faham dan terus berlalu sambil mengejar kucingnya yang terlepas semasa dia angkat takbir tadi..Aku kunci pintu dan sambung tido sampai pagi..

Pagi esok baru la aku tahu siapa makhluk tu..Namanya Loo Shi Kong. Murid bermasalah pendengaran.Kat sekolah ni orang panggil dia Apek je..Berbangsa cina dan amat meminati kucing..Mengikut warden, Apek ni suka tido awal malam dan bangun merayau lebih kurang pukul 3 pagi hingga la waktu subuh..Dia akan sambung tido bila masuk je waktu pertama kelas!Waktu merayau tu, kucing warden la yang jadi mangsa permainannya..(Aku dengar kucing tu mati sbb kena kurung dala mesin basuh selama 3 hari oleh Apek ni!)

Apapun aku rasa bangga sebb dia cuba kejutkan aku solat subuh, walaupun dia x tahu bila waktunya!Ikut suka dia je bila dia nak ketuk pintu bilik aku..kadang2 pukul 3 dah ketuk!Mungkin dia tahu orang islam solat subuh pagi2 mengikut pemerhatiannya terhadap rakan2nya yang beragama islam....Semoga Allah memberi hidayah kepadanya..




Salam..



Sudah lama aku bercadang untuk menulis tentang pengalaman aku dengan kelompok manusia yang sentiasa aku hadapi setiap hari..Kelompok yang terlalu istimewa..kelompok yang mampu membuat aku rasa insaf dan bersyukur dengan anugerah dari Allah..


Kisah bermula pada tahun 2004 dimana aku dipostingkan disebuah sekolah di Bandar Seremban. Dengan kecetekan ilmu perguruan aku, aku rasa bersyukur kerana tidak perlu bersusah payah kerana bandar Seremban tidak asing lagi bagi aku kerana aku pernah praktikum di negeri ini. suatu ketika dulu.Aku juga rasa amat beruntung kerana tidak perlu mengikuti jejak rakan-rakan sekelasku yang dipostingkan dikawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.


Walaubagaimanapun, terdapat cabaran yang berbeza menanti aku di sini. Jika rakan-rakanku dicabar dengan onak duri hutan dan semak, dicabar dengan lautan luas yang tiada henti gelombangnya, diuji dengan alunan sungai yang penuh dengan buaya, diasak dengan perbezaan budaya dan amalan, aku pula dicabar dengan 2 kumpulan manusia yang tahu berfikir tanpa pandai mengolahnya, pandai bersuara tapi tiada iramanya, boleh ketawa tapi dalam kelompok sahaja..Kelompok manusia kedua aku ibaratkan sebagai manusia yang terlalu pantas belajar, dapat mendengar cepat mengingat, tidak mampu melihat tapi boleh merasa dan boleh berkawan tapi ada egonya, malah setiap mereka ada tabiatnya sendiri..Kedua-dua kelompok insan ini amat aku kagumi dalam beberapa aspek..



Hari pertama persekolahan aku masuk ke kelas tahun 6. Entah mengapa aku rasakan seperti mengajar disebuah sekolah menengah. Dengan susuk tubuh yang besar dan tinggi, malahan bermuka matang seolah2 mereka adalah bukan dari sekolah rendah. Ada yang lebih besar dan tinggi dari aku.. Rupanya mereka berumur 14 tahun,bukan 12 tahun macam sekolah biasa!Ini kerana murid khas macam mereka dibenarkan mengambil UPSR semasa berumur 14 tahun!


Aku tidak mengajar. Aku cuma duduk dan memerhati tingkahlaku mereka dengan penuh minat.Ada yang diam tanpa banyak bergerak..ada yang mengacau rakan-rakan lain.Ada yang berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dengan menggerak-gerakkan tangan mereka. Sepatah pun aku x faham. Siapa yang cacat dan pelik kat sini?aku atau mereka?Adakah mereka cacat kerana tidak dapat bercakap?adakah aku yang pelik kerana tidak faham apa yang mereka bualkan?ntah la..


Akhirnya aku cuba menulis beberapa perkataan di papan putih dan suruh mereka membuat isyarat berdasarkan perkataan tersebut.Ada yang meletakkan tangan ke kepala dan menggeleng2..Ada yang berebut2 nak jawab dan ada yang buat x kisah seolah-olah aku x wujud pun kat situ..Akhirnya aku tahu beberapa perkataan dalam bahasa isyarat seperti GURU, SEKOLAH, AYAH, IBU dan beberapa perkataan lagi. Malah ada perkataan yang kita sedia maklum tanpa perlu belajar seperti MAKAN( letakkan tangan ke mulut seolah2 menyuap nasi), TIDUR( letak tangan kat telinga, sengetkan kepala dan pejamkan mata).



Tiba-tiba aku melihat mereka membuat bahasa isyarat sesama mereka dan menunjuk-nunjuk kearah aku. Aku langsung tidak faham tetapi aku tidak sempat bertanya kerana masa sudah habis..Tapi aksi bahasa isyarat tersebut sempat aku ingat ( Mengepal tangan kanan dan meletak betul2 kat dahi).Walau aku tidak faham tetapi hati kecil aku rasa macam seolah2 mereka memberi penghargaan kepada guru baru macam aku ni..Hati aku berbunga2 dan gembira sekali..Keesokan harinya barulah aku tahu makna bahasa isyarat tersebut.Itupun setelah terdetik dihati nak Tanya guru-guru lama. memang aku takkan lupaka isyarat itu.Maknanya adalah BODOH!hahahahaha..padan muka aku..Barangkali mereka bosan aku asyik bertanya saja.hahahahaha


Itulah uniknya mereka..JUJUR, BERTERUS TERANG DAN SELAMBA..Rasa bersalah? Nak jaga hati?Jauh sekali!Mereka tidak dapat mengolah apa yang difikirnya..Tidak tahu=BODOH..Tenung=GATAL!..Paksa buat

kerja sekolah=JAHAT..Pakai baju x cantik atau nampak murah=MISKIN!..Malah mereka

juga tidak segan silu mengatakan bahawa gurunya berwajah hodoh atau

gemuk!Hahahaha..Tapi pada aku x pulak kata hodoh( mungkin aku hensem pada mata mereka..hehehehe) Merekalah pengkritik yang agung bagi aku!tiada belas kasihan dan

agak kejam.hahahahaha


Aku juga diberi tanda nama mengikut bahasa Isyarat..Mereka yang letakkan nama baru mengikut pemerhatian mereka.Mereka melihat aku berjanggut..Nama bermula dengan huruf A..Jadi mereka buat isyarat kepalkan tangan tetapi ibu jari diatas..letakkan ke dagu dan tarik kebawah.. Bangganya aku!Tapi kadang-kadang terbayang macaman jika guru yang datang itu berhidung luas atau bergigi jongang?Apa isyarat yang diberi mengikut pemerhatian mereka?hahahahaahahha..






Nantikan sambungannya..Mungkin aku akan ceritakan keunikan setiap orang dari mereka mengikut pandangan aku..



Antara yang masih ada di sana..Perhatikan wajah yang terlalu istimewa ini..Renungkan pada mata mereka, dan beri satu sebb mengapa perlu kita membantu mereka tanpa rasa prejudis dan rasa terbeban..

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..