"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories


Semak je depan rumah..Tunggu masa nak tebas..


Adik aku dok check rumah baru..

Alhamdulillah..Post ini ditulis di tangga rumah sewa baru di Taman Dato Ibrahim, Marang..Kat situ je line broadband laju..Kira ok la rumah baru ni..Cuma dapur dan laman dia kecik sikit berbanding rumah lama..Kadar sewa pun sama je dengan rumah lama kat Seremban..

Esok pulak aku akan hadiri mesyuarat di Sekolah baru aku..Kira pertama kali la aku bertugas di sekolah baru esok. Macam2 perasaan ada..Macam guru baru posting pun ada, macam naik pangkat pun ada, macam kena denda pun ada..hahaha..Apapun aku hepi bab balik kampung..Hanya 3 jam drive berbanding dengan 8 jam semasa berada di Seremban.Ada can balik tiap2 minggu kat kampung.Kasi muak orang kampung tengok muka aku..Hahaha..

Jarak rumah baru ngan sekolah agak jauh sedikit..15 min drive..Tapi kira ok la sebab pagi2 boleh layan panorama pantai sepanjang perjalanan ke sekolah..Tengahari boleh singgah solat kat Masjid Tuan Guru haji Hadi kat Rusila..Masjid tu dalam 5 minit perjalanan dari rumah aku..Jiran sebelah rumah pun sangat ramah dan baik..Dia yang banyak tolong pasal cari rumah sewa ni..

Lepas mesyuarat esok aku akan bertolak ke Seremban..Nak angkut barang sebab semua barang masih ada kat rumah lama..Pastu lusa terus balik Marang..Malam tu terus balik kelantan antar budak2 yang aku bawak teman angkat barang..Keesokan harinya terus datang balik Marang ngan Family..kira secara rasmi la tu dok kat rumah baru..Nampak macam penat je xtvt aku cuti kali ni..Habis,bila nak study?peksa lagi seminggu....emmm...

Hahahaahah..Pastinya tiada nama BB atau SR..yang ada hanya NIck Chan..Yang ni confirm punya list..

Pemain Kelantan 2011

Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Judtanna Eh Put

Pertahanan:

S.Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Daudsu Jamaludin
Zairul Fitree Ishak
Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (Baru)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Baru)
Nicholas Chan (Baru)

Tengah:

Mohd Badri Radzi
Shakir Shaari
Khairan Eroza Razali
Wan Zaman Mustapha
Zulyusri Che Harun
S. Chanturu
Solehin Kanasian Abdullah (Baru)
Nurul Azwan Roya (Baru)
Danial Fadly Abdullah (Baru)
Khairan Ezuan Razali (Baru)

Serangan:

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adnan
Nidzad Ayub
Khalid Jamlus (Kontrak Enam Bulan) (Baru)

Pemain Piala Presiden (Latihan dengan skuad Liga Super)

Mohd Aris Zaidi
Mohd Izuan Salahudin
Shafiq Haikal
Faiz Suhaimi
Nik Shahrul Azim

Senarai Persahabatan Penuh :

15 Disember : Kelantan mln Gabungan Empat Kelab Jajahan (PBJ Kota Bharu, Machang, Tumpat, Bachok)
- Padang Penjara, Pengkalan Chepa.

17 Disember : Kelantan mln Gabungan Empat Kelab Liga KAFA (Ismailian, Yusri P.Putih, Tualang, Hospital KB)
- Padang Maju, Ketereh.

19 Disember : Kelantan mln Samut Songkhla (Thai)
- Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
- 8.45 Malam

21 Disember : Kelantan mln Army Force (Thai)
- Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
- 8.45 Malam

22 Disember : Cambodia Club (Kemboja)
- Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
- 8.45 Malam

24 Disember : Kuala Lumpur mln Kelantan
- Stadium MBPJ, Selangor.
- 8.45 Malam

27 Disember : Harimau Muda mln Kelantan
- Stadium MBPJ, Selangor.
- 8.45 Malam

29 Disember : Felda United mln Kelantan
- Stadium MBPJ, Selangor.
- 8.45 Malam

31 Disember : Harimau Muda mln Kelantan
- Stadium MBPJ, Selangor.
- 8.45 Malam


Dan kejutannya ialah info yang boleh dipercayai mengatakan 2 pemain terbaik di Malaysia masakini sedang atau akan dibawa ke Kelantan sedikit masa lagi...!!Tunggu!

Kredit to RedFC News


Al-fatihah..Luangkan sedikit masa untuk sama2 sedekahkan al-fatihah buat sahabat kita Mohd Raanorsyam @ Pakdo,seorang ahli Kelate.net dan penyokong setia Red Warriors yang terlibat dalam kemalangan di Pagoh pagi tadi..

Mengikut maklumat rakan-rakan KDN yang berada di hospital Batu Pahat, jenazah akan di bawa pulang ke Kelantan pada malam ini jam 9 malam.

Aku rasa amat terkejut..Arwah memang seorang yang ceria dan mudah mesra dengan orang..gurau sendanya masih lagi terlekat didalam wall di FB rakan2 membuatkan aku rasa kehilangan yang amat sangt walaupun tidak terlalu rapat..Semoga Rohnya dicucuri rahmat..

Senarai Pemain:

1. Khairul Fahmi Che Mat - 30
2.Mohd Shahrizan Ismail - 22
3. Azizi Mat Rose - 2
4. Subramaniam a/l Sooryapard - 3
5. Khairan Eroza Razali - 5
6. Mohd Farisham Ismail - 6
7. Mohd Nizad Ayub - 7
8. Mohd Shakir Shaari - 8
9. Norshahrul Idlan Talaha - 9
10. Mohd Nor Farhan Muhammad - 10
11. Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin - 12
12. S Chanturu a/l Suppiah - 13
13. Mohd Daudsu Jamaludin - 15
14. Mohd Badhri Mohd Radzi - 16
15. Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid - 17
16. Wan Zaman Wan Mustapha - 18
17. Zul Yusri Che Harun - 19
18. Indraputra Mahayuddin - 23
19. Zairul Fitree Ishak - 24
20. Mohd Zamri Ramli
21. K. Soley ( Baru )
22. Mohamad Abdul Aziz Ismail ( Baru)
23. Mohd Nurul Azwan Roya ( Baru )
24. Mohd Ramzul Zahini Adnan

BETUL KO DOK,X TAHU LA..TUNGGU DAN LIHAT!

Kami mengucapkan selamat menyambut aidiladha kepada semua pengunjung blog ni..



Kenderaan rasmi kami sempena perayaan hadiah dari tokwan..


Jalan2 kat seremban..tahun depan dah pindah..


Saje nak tunjuk gigi..hepii sangat..


Jom pegi beraya..

Di saat berjuta umat Islam melakukan wukuf di Tanah Suci,aku dikejutkan dengan berita gembira..Alhamdulillah..Permohonan aku untuk bertukar ke Terengganu(lebih tepat, Besut) diluluskan..

Ini bermakna, sebulan lagi aku akan meninggal bumi beradat yang telah aku diami selama 7 tahun dan berhijrah ke pantai Timur..Mungkin ramai yang agak pelik kenapa aku memilih untuk berpindah ke Besut dan bukannya ke kelantan..ramai yang tidak tahu bahawa SKPK besut lebih dekat dengan kampung halaman aku berbanding dengan SKPK LATI di kelantan..Lebih kurang sejam lebih je..x la jem sangt nak balik kampung raya nanti.hehehe.

Ramai jugak yang bertanya,apa jenis kabel yang aku guna sampai permohonan aku diluluskan..Mintak maaf la, aku x guna kabel je..just nampak peluang yang ada, dan rezeki berpihak kepada aku..Alhamdulillah..

Tentang perasaan pulak,aku rasa gembira campur ngan sedih..Dah lama tinggal kat Seremban ni..Orang tua kata dah "jatuh bulu" kat seremban ni..Dah ingat setiap lorong dan kedai..Dah ada kawan2 yang selalu main boling, ping pong dan sebagainya..Sayang pulak rasa nak tinggal..Tapi takpe la,semoga hijrah aku ini boleh memberi kebaikan kepada diri aku dan orang lain..

Ini juga bermakna Stadium rasmi aku pasni ialah Stadium Sultan Mohd ke 4!yehaaaaaa...


Akhirnya..aku di situ untuk menjadi sebahagian dari sejarah yang akan diceritakan kepada anak cucu..

Dari kiri : orang hensem RTM, orang kuat PERSADA, webmaster Kelate.net dan KDNers..


Aku, Abe Jera dan Nik Pejal..


Dengan org sekampung dan penyokong dari perak..


Gumbira..


Bersama lagenda kelantan, Hashim Mustapha selepas perlawanan..


Dengan Hafizal Ahmad..


KDNers..terbaikkk!!


Kdners..


Ambil feel dalam padang..hahahaha



GOMO KELATE GOMO!



- Alhamdulillah..Sekali lagi ke Final..Ulangan Final tahun lepas..Peluang untuk membalas dendam
- Agak terencat sebab kehilangan jurulatih sebab digantung 6 bulan oleh FAM..apa la FAM nih..
- Jangan bakar stadium, jangan gaduh, jangan tinggal solat..

gambar :userun KDN






Bodoh!

Itu ungkapan pertama apabila mendengar khabar ada pertempuran antara penyokong selangor dan kelantan di Stadium Shah Alam..Bergaduh sakan hanya untuk sukan bolasepak yang tidak langsung boleh dibanggakan adalah satu perbuatan yang bangang!!Bukannya kelayakan piala dunia, tetapi cuma perlawanan pertama Suku akhir Piala Malaysia!

Al- Fatihah..

Dikhabarkan juga seorang penyokong kelantan terkena serangan jantung dan meninggal dunia sejurus perlawanan berakhir..Mungkin sesak nafas setelah bersesak2 untuk keluar dari stadium..Ini kali kedua aku dengar kematian penyokong di stadium.Kejadian pertama ialah pada tahun lepas apabila penyokong N. Sembilan terkena serangan jantung akibat terkejut dengan bunyi mercun..

Astaghfirullah..

Terdengar juga khabar yang belum tentu sahihnya, seorang penyokong kelantan meninggal dunia dibelasah oleh penyokong selangor..Wahai peminat2 bolasepak, tidak bolehkan anda lupakan seketika kuman gedebe dan samseng dalam darah anda itu?Apa pulangan yang anda dapat?Mana maruah yang anda dapat tegakkkan?Bilakah masa anda pengiktirafan?

Peminat bolasepak yang "baik" sekalian..Lupakan hasrat anda untuk bersuka ria di Stadium..Silap haribulan anda yang terkena..

P/s: sape nak tengok gambar fan sel dan kel gaduh,tengok berita sukan TV1 dan FB..belambak dan pelbagai versi..


Penghibur TRW..hahaha


Semua teruja..


Aku x rela..awwww...hahahaha


Hahaha..lawak sungguh dua org ni..dengar cerita adik beradik..


Presiden KDN, orang hensem RTM dan penuda harapan bangsa..hahaha

Kredit: Jurugambar KDN..

Sudah lama aku tidak menulis di sini,dan sudah lama jugak aku x merasai kemeriahan bolasepak Malaysia di stadium. Sebelum ni aku terpaksa "menipihkan" diri aku disebabkan beberapa perkara yang lebih penting..Result game tu kira ok la..Kalau N. Sembilan main 11 orang harus kalah kelantan tadi..hehe

Malam tadi pertama kali aku kembali menjejaki ke Stadium Paroi untuk menyaksikan The Red Warriors beraksi setelah lama dok tengok dalam TV je..Dapat la berjumpa dengan rakan kelate.net yang terasa sudah berkurun tidak jumpa.hahhahaha..Dan malam tadi juga pertama kali aku rasa seperti "main tteri" atau "bageh" di stadium paroi..Dengan hanya bermodalkan RM8 sebagai umpan untuk mendapatkan sekeping kertas yang bernama tiket, aku bersama sehelai "supik rokrat" dengan jayanya berjaya masuk ke stadium dengan iringan paluan gendang dan "sunai"..Untuk makluman supik rokrat adalah sebagai persedian untuk menyimpan hanset yang diikat getah dan beg duit jika hujan turun macam malam2 sebelumnya..Dengan hanya bermodalkan RM8 dan RM4 untuk belanja air rakan-rakan, aku boleh melihat banyak perkara yang menarik berlaku dalam stadium..Macam2 ada..hahahah..Aku pun dapat la melompat2 lepaskan angin dalam badan..

Perkara pertama yang aku nak katakan ialah berkaitan dengan mercun.Jelas dan nyata balingan mercun bermula disebelah penyokong N. Sembilan. Ini adalah kenyataan dan perlu diakui kerana disaksikan berpuluh2 ribu mata di Stadium dan kaca TV..Tapi aku rasa balingan mercun dikawasan penyokong N.Sembilan tidak akan merubah pandangan penulis akhbar dan TV untuk mengatakan bahawa semuanya adalah dari pihak penyokong Kelantan..Penyokong Kelantan jugakkkk yang jahat..Sepatutnya kawalan di Stadium perlu diperketatkan kerana jumlah kehadiran penonton di Stadium malam tadi tidak la seramai mana..lebih kurang sama ramai dengan penonton di padang bola Daerah Bachok je..hehehhee..Yang aku nampak dari penyokong N.Sembilan,dua tangkapan telah dibuat..Kelantan pulak satu tangkapan..lantak korang la..orang gi tengok bola korang gi main mercun..

Yang keduanya adalah berkaitan dengan sikap Polis dan penonton..Rata2 penonton datang ke Stadium adalah untuk "bergalak" dan bersuka ria dengan cara melihat permainan bolasepak..Dalam keghairahan itu macam2 perangai boleh berlaku samada sengaja atau tidak sengaja..Contoh perlakuan sengaja ialah dengan memakai ala hawaaii dan berpakain ala perempuan..Yang tidak sengaja pulak macam aku terpeluk hasyim,presiden kelate.net kerana terlalu gembira..Perkara itu berlaku diluar jangkaan kerana aku bukanlah seorang yang GAY..hahahaah..Dalam keghairahan itu, terdapat segelintir penonton yang memanjat pagar dan duduk di atas pagar seolah2 duduk di kedai kopi. Jelas dapat dilihat betapa kurang ajarnya Pak Polisi yang akan berpangkat inspector sepuluh tahun lagi(prebet la tu..) menunjuk2 kearah muka penonton tersebut..Adakah itu caranya menegur budak2 yang sedang ghairah?Adakah pak polisi itu terasa dengan cara begitu budak2 tersebut akan mengikut cakapnya?Adakah pak polisi itu tidak sedar bahawa dalam darah budak2 kelantan ini ada kuman gedebe? Disitu bermula sifat penentangan penonton kelantan terhadap pak polisi yang bermuka bengis dan x puas bernafas setelah kena debik dua tiga biji dengan penonton..

Sikap polis yang menangkap budak bermain mercun juga boleh dipertikaikan..Budak itu hanya perlu ditangkap dan diurus mengikut undang2 bukannya dipukul..Apa lagi didepan penonton yang lain..Kan x pasal2 dapat habuan free..Jangan la terlalu over dengan pakaian seragam tu..Cuba ikut perangai Pak Polisi yang dah veteran tu..Tenang, bersopan dan bijak mengawal situasi..Lantak korang laa..

Sikap penonton kita juga boleh diubah..Jadikan bolasepak satu hiburan,bukan satu alat untuk melepas geram atau tunjuk gedebe..X de la glamer sangat pun keluar RTM jarang2 camtu..Pak Osman Kering tadi pun rilekk je layan bola..Hahahaha

Tapi aku betul2 puas walaupun seri..Dapat balas sorakan "kelantan Bodoh" dari penyokong N9..hahaha..cepat sangat nak over pun jang oii..hahahaha

P/S : korang x yah le komen den punyo blog kalau korang pun x poei tengok bola..harap time monang jo ngaku fan sejati..pembongak yo..hahahha



Selamat hari lahir untuk Kembar aku Abang Khalef dan Adik Khalefa..1 Sept 2010 dah genap setahun..
&
Selamat Hari Raya untuk semua!


Ya Allah Ya Tuhan kami, panjangkanlah umur kami supaya kami dapat bertemu sekali lagi dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan Rahmat MU..


Si Abang bercerita..


Petang tadi Ummi sangat boring..Ummi ajak Abi jalan2 kat Bangi..Kami seronok sangat sebab kami dah lama x pergi kat bangi ni..Masa kami pergi bangi dulu pun kami kecik lagi. Nak menirap pun x boleh lagi masa tu..Sekarang kami dah kuat..Kami dah 10 Bulan! Dah boleh berdiri sekejap2..Setakat nak pecahkan botol rempah ummi selamba je kami buat..Kami suka betul main barang2 Abi dan Ummi. Kami x berapa minat nak main mainan kami ni..Hobi kami masa lapang ialah berdiri di depan TV..Sambil tu kami akan buat buih dengan mulut..Cantik gak kesan air liur kami kat skrin TV 29 inci Abi tu..Kami selalu bermain kejar2 kat ruang tamu..Tadi adik kejar abang sampai jatuh tersembam muka abang kat lantai..Abang nangis kejap je..ala, 20 minit je..x lama pun abang nangis..


Cerita Si Adik..

Seronok pergi jalan2 kat bangi tadi..Pergi jumpa Ayah Chik kat KUIS, pergi pasar malam bangi, pergi pasar malam depan KUIS..Abi beli nasi kerabu..Ummi pulak beli nasi Dagang..Untuk kami abi beli bebola ikan je..Abang seronok la makan sebab dia dah ada gigi. Adik belum tumbuh gigi lagi..Sebab tu kat rumah adik pantang jumpa benda2 kecil kat lantai.Terus adik nak masuk mulut sebab nak berlatih mengunyah. Adik paling suka gigit kertas dan buku Abi..Pagi tadi adik tersalah gigit..Adik tergigit rempah yang abang tumpahkan..wekkk..Adik juga suka betul dengan Laptop dan Hanset Abi..Adik ketuk2 hanset abi sebab hanset abi selalu berbunyi dan kacau adik tido..Ala,rosak sikit je..Dah la kami tido sekejap2 je..Terpaksa la kami bermain sampai pukul 1 pagi..Nasib baik Abi ngan Ummi selalu temankan..


Kata Abi dan Ummi..

Adoiii..nak tercabut tangan kami dukung diaorang..Lain kali dah x nak bawak jalan2 lagi..Penat!!





Abang dan Adik kata :

Pelik..nape abi beli 3 pasang kasut kecik?untuk sape lagi satu pasang?Kami nak dapat adik ke?




Abang dah tumbuh gigi..
adik belum lagi..
dah berani nak panjat2 tangga..
Lasak sangat2..
Aku bersyukur diorang sihat..
dan hepi sentiasa..

Hati tengah tenang..




Kita semua adalah guru....
Guru kepada anak-anak kita..
Guru kepada kawan-kawan kita..
Guru kepada Ibu Ayah..
Guru kepada diri sendiri..





Bukan aku suka sangat nak tulis pasal politik,walau jiwa aku penuh politik..Tapi aku rasa terkejut dengan kelantangan budak ni..Dulu, sorang budak dok kutuk Arwah Din Beramboi pun bising satu Malaya, ni kan pulak seorang Menteri Besar dan seorang yang berilmu tinggi..X nak panggil ulamak pun x pe la, yang penting memang ilmunya tinggi kalau nak dibandingkan dengan budak baru lepasan U ni..Apa lagi nak dibandingkan dengan Dajjal...Kalau dilihat dari rupa paras,budak ni bukan seorang yang berani pun..Dan sudah terbukti apabila dia terus menutup akaun FB nya..ngan Fb aweknya pun terus tutup kot..

Abang2 polis, pihak2 yang berkuasa,sila la ambik perhatian ugutan ni..Jangan calarkan imej kalian yang sedang tercalar akhir2 ini..Kepada kawan2, jangan la dok kutuk dia lagi..Mari la kita doakan semoga budak ni insaf dan meminta maaf kat Tok Guru..Sesungguhnya ugutan ini amat berat untuk diterima oleh Rakyat KELANTAN!

Gambar :epiq Kelate.Net

PAKAT TURUN BELAKO!

Dah lama x keluar rumah hujung minggu..Jadi bila akak2 PPM sekolah ajak gi berkelah kat air terjun, aku pun rasa teruja la..Ye la,dulu selalu camping pengakap kat Jeram pasu..Dah lama dah x mandi air terjun..Syok jugak la air terjun kat perkampungan orang asli Pantai tu.X ramai orang dan agak bersih kawasan dia..Cuma bagi yang nak cari lubuk dalam2 nak berenang x de la.. Paras dada je paling dalam..

Layan gambar je la..penat..


Pagi2 lagi adik bangun..Sengih je..Macam tahu je nak gi berkelah..



Abang pun x sabar2..Nasib baik x jatuh buai..


Jalan yang sangat mencabar..Ala,lebih kurang kampung aku je la..hahah


Abang sedang belajar berenang..


Abang ngan Ummi..Ummi x mandi..takut tanggal make up..hahahaha


Adik ngan Ummi


Ramai gak orang..


Akhirnya..Kembar tertidur sebb penat..


Tiba2 aku ditagkan dengan gambar ni di laman sosial MukaBuku(FB)..X sangka cute jugak aku zaman kecik2 dulu.hahahahaha..Sekarang gambar ni berada dalam simpanan mak saudara aku yang berada di Maran Pahang..Secara kebetulan gambar ni ditemui oleh abang aku yang menziarahi mak sedara aku tu minggu lepas..Mungkin inilah satu2nya gambar semasa aku kecil yang tinggal..Sangat bernilai bagi aku walaupun bukan berada dalam simpanan sendiri.

Jika dilihat pada gambr tersebut, jelas tercetak "March 1982"..Ini bermakna aku berumur setahun semasa gambar ini "dipukul" (diambil gambar). Apa yang menarik perhatian aku ialah keadaan sekitar yang agak nostalgia bagi aku..Aku rasa gambar tu diambil di jalan masuk utama ke kawasan rumah aku. Jalannya masih tidak bertar dan hanya muat2 motosikal sahaja(seingat aku la)..Apa yang masih tidak berubah sekarang hanyalah hamparan bendang@sawah sahaja..Yang lain 100% berubah..Jalan sudah bertar dan agak luas untuk sebuah kereta..

Aku masih ingat,semasa aku mula2 pandai keluar bermain dari rumah, jalan ini lah yang mengorbankan sebatang gigi aku setelah aku tersungkur dari basikal roda 3 milik kawan aku Ise Pokloh(Wan Razirul Hisyam). Bayangkan kelasakan seorang budak lelaki yang sedang membesar sedang melakukan aksi2 rempit, tersembam ke tanah yang dipenuhi dengan batu..kira ganas la tu..Tapi aku cukup hairan, pada umur sebegitu itulah satu2nya peristiwa yang aku ingat sampai sekarang..Mungkin betul la peribahasa yang berbunyi "tempat jatuh lagikan dikenang...".

Gambar ini menggamit seribu nostalgia bagi aku..Mungkin dilain masa aku akan cuba curahkan kenangan aku di blog ini..



Agak2 la, sama tak muka aku ngan anak aku yang lelaki ni?



1hb hari tu kami genap 6 bulan..Dah boleh makan nestum,bubur nasik...Susu pun kami nak botol besar..yang botol kecik blh la Abi dan Umi simpan untuk adik kami pulak nanti..hehehe

Abang x leh merangkak lagi..baru boleh buat gaya berenang je..Tapi x gerak2..Adik pulak dah merata-rata perginya..x payah umi sapu rumah dah..Adik dah sapu dengan baju adik..

Alhamdulillah abang dan adik sihat je..Ceria je selalu..Hari tu abang dan abang kena cucuk kat misi..Abang dan adik x nangis pun..

Hari tu kakak Haziqah ngan abang Hanzalah datang..Pastu Tokwan,Opah ngan Maksu datang..Bawak kami jalan2..Seronok..nanti minggu depan kami nak balik kampung kat Kelantan pulak..Nak jumpa ayah ngan mak..maklong, Mak Cik Ja, Mak Cik Ha, Pokji, Pokjir, Maksu Mira..Semua laaa..X sabar rasa..

Dah, Abang ngan adik nak tidur dah..Assalmualaikum semua..

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..