"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories


Semak je depan rumah..Tunggu masa nak tebas..


Adik aku dok check rumah baru..

Alhamdulillah..Post ini ditulis di tangga rumah sewa baru di Taman Dato Ibrahim, Marang..Kat situ je line broadband laju..Kira ok la rumah baru ni..Cuma dapur dan laman dia kecik sikit berbanding rumah lama..Kadar sewa pun sama je dengan rumah lama kat Seremban..

Esok pulak aku akan hadiri mesyuarat di Sekolah baru aku..Kira pertama kali la aku bertugas di sekolah baru esok. Macam2 perasaan ada..Macam guru baru posting pun ada, macam naik pangkat pun ada, macam kena denda pun ada..hahaha..Apapun aku hepi bab balik kampung..Hanya 3 jam drive berbanding dengan 8 jam semasa berada di Seremban.Ada can balik tiap2 minggu kat kampung.Kasi muak orang kampung tengok muka aku..Hahaha..

Jarak rumah baru ngan sekolah agak jauh sedikit..15 min drive..Tapi kira ok la sebab pagi2 boleh layan panorama pantai sepanjang perjalanan ke sekolah..Tengahari boleh singgah solat kat Masjid Tuan Guru haji Hadi kat Rusila..Masjid tu dalam 5 minit perjalanan dari rumah aku..Jiran sebelah rumah pun sangat ramah dan baik..Dia yang banyak tolong pasal cari rumah sewa ni..

Lepas mesyuarat esok aku akan bertolak ke Seremban..Nak angkut barang sebab semua barang masih ada kat rumah lama..Pastu lusa terus balik Marang..Malam tu terus balik kelantan antar budak2 yang aku bawak teman angkat barang..Keesokan harinya terus datang balik Marang ngan Family..kira secara rasmi la tu dok kat rumah baru..Nampak macam penat je xtvt aku cuti kali ni..Habis,bila nak study?peksa lagi seminggu....emmm...

3 comments

  1. Izzah Al-Maliziyyah  

    Assalamu'alaikum wbt cikgu.
    Tahniah sudah dapat bertukar ke tempat baru. Berapa kadar sewanya? Nampak luas. Cikgu masih mengajar murid khas masalah pendengaran?

    Tambahan: Saya masih di sekolah lama. Sayang hendak tinggal anak-anak BD. Oh ya, dekat posting saya ada doa yang boleh diamalkan untuk kebaikan kediaman kita dan sekelilingnya.

  2. baduk  

    wslm..dalam 370 sewa..Ye,di skpk kuala terengganu..Mana2 sekolah sama..murid tetap istimewa..T.Kasih bg link..

  3. hani@debumelukut  

    Alhamdullilah..dapat ngajar di Ganu tu lebih kurang jer dgn Kelate..dekat doh tu.Kira boleh makan kropok lekor sedap sokmo doh tu.
    tq kerana follow.akak suka tgok photo anakanda berdua tu.cute.

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..