Rasa bersyukur dengan kelahiran zuriat yang baru pada 20/1/2013..Alhamdulillah..tidak dapat digambarkan dengan kata2, betapa gembiranya hati dengan kehadiran NUR KHAULAH AULIA walaupun kehadirannya tidak terjangka apabila tersasar dengan tekaan doktor..Sepatutnya secara normal, Khaulah akan dilahirkan pada akhir bulan dua, tetapi doktor mengesan masalah uri di bawah dengan tahap 3 pada usia 35 minggu dalam kandungan..Umminya segera ditahan diwad pada 15hb untuk menglakkan dari berlaku tumpah darah..
Walaupun begitu, perkara itu berlaku juga pada petang 19hb setelah 4 hari umminya berada dihospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu..Umminya dibedah pada pukul 11.50 malam dan akhirnya tepat jam 12.11 pagi maka lahirlah Khaulah dengan berat 2.46 kg..Pada awalnya Khaulah ditahan diwad untuk jgaan rapi kerana nafas tidak stabil..kemudian pada esok harinya doktor memaklumkan bhawa ususnya masih belum sempurna berfungsi dan kuning juga agak tinggi..Maka bermulanya tugas abinya menghantar susu dari ibunya sendiri kerana ibunya telah dibenarkan pulang..setelah beberapa hari, kesihatanya semakin baik dan kuningnya juga semakin turun, maka Khaulah dibenarkan pulang pada hari Ahad 27hb..Alhamdulillah..
Pada hari tu barulah si kembar abang dan kakak (Khalef dan Khalefa) mengetahui bahawa mereka dah ada adik..Terima Kasih kepada semua doktor, nurse, jaga, dan semua yang memberikan bantuan..terima kasih..Allahuakhbar..
Jan
30
2 comments
Post a Comment
LIGA SUPER 2012
Gomo Kelate Gomo!



1/30/2013 6:43 pm
Alhamdulillah :)
2/06/2013 9:34 pm
x lama pah ni demo pulok..hahaha..