"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Dah lama x update blog ni..bz betul..naik rumah baru, nak peksa, mesyuarat dan macam2 lagi..tak lama lagi dah nak masuk tahun baru..ntah apa azam tahun baru pun aku x pasti lagi..Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku setiap awal tahun baru ni..he2..Bukan orang miskin macam aku je yang tertarik pasal ni aku rasa.ramai yang dok nanti2..nak buat bajet..he2.Dalam dok tunggu2 tu,dapat pulak sms dari kawan aku pasal benda ni..jadi, x salah aku kongsi kan?penting gak ni..hahahahahaha..(ntah betul atau tak..)

JADUAL GAJI 2009

Januari -19hb ( Isnin )
Februari -25hb ( Rabu )
Mac -25hb ( rabu )
April -23hb ( Khamis )
Mei -25hb ( Isnin )
Jun-25hb (khamis )
Julai-23hb ( Khamis )
Ogos-25hb ( Selasa )
September-10hb ( Khamis )
Oktober-08hb ( Khamis )
November-25hb ( Rabu )
Disember-17hbhb ( Khamis )

Ok, Selamat bajet dan cepat2 beratur kat ATM..he2..

Alhamdulillah, masuk ni dah 10 hari aku bergelar suami orang..buat masa sekarang tanggungjawab dah bertambah.bulan ni jugak rasa amat memenatkan.Majlis kenduri sebelah perempuan 23hb 11,rumah aku pulak 27hb 11( tQ pada sape2 yang hadir majlis tu..)..pas kenduri terus pergi bangi sebab ada kuliah..penat betul.nasib baik ada abe d ngan jaha.diorang yang drive..Habis kuliah hari ahad terus bertolak pulang.kali ni tambah sorang lagi driver,rizi(kawan abe d)..masa nak turun risau gak sebab dengar cerita dah banjir kat kuala krai.jalan dah di tutup.takut x blh lalu jalan tu..lama dok bincang, kami ambik keputusan tel balai polis kuala krai..alhamdulillah jalan dah dibuka..lega rasanya.

kami bertolak pukul 6 petang dan sampai lebih kurang pukul 3 pagi..banyak tempat jugak la kami redah air kat tengah jalan.kat sawah2 air dah mula naik.pagi ni aku tengok air makin naik.jalan kampung aku dah x boleh lalu kenderaan kecuali basikal..he2.aku awal2 lagi pegi letak keta kesayangan kat tempat tinggi.risau la..nampak gayanya jap lagi main air la aku..he2..
jalan kat kg aku..

akum..esok pagi2 lagi mybe akan bertolak ke Perak..lusa,23hb 11 2008 bermula la episod baru dalam hidup aku..macam2 perasaan ada..berdebar,takut,excited...hahahaha..macamana la nak hadapi semua tu..harap semua berjalan lancar dan dipermudahkan Allah segala urusan..amin..

Sekarang ni semua family dok sibuk buat persiapan untuk esok..aku pulak demam kena hujan semalam.Risau gak kenduri kat rumah 27hb ni hujan..macamana nak sambut tetamu..berserah je pada Allah..harap2 x hujan macam sekarang..insyaAllah semua akan berjalan lancar..


akum..lama x update..bz sebab dah nak akhir persekolahan..macam2 nak buat..nak selesaikan keje tahun ni,nak buat perancangan tahun 2009 lagi..pening kepala jugak la..tapi dok fikir nak cuti,jadi semangat la..tapi cuti pun macam x cuti la..tiap minggu ada kelas kat UKM..berulang alik..cuti ni dah lari tune..dari sorang dah nak berdua..he2..15 hb balik kg..23 hb ada majlis..jemput semua datang ek...

tarikh:27hb 11 2008
hari :khamis
tempat:kg dusun durian,beklam
16070, bachok,kel..

Hari raya hari tu x gi mana2 pun.Tunggu orang ziarah je..lagipun dari hari raya kedua lagi dah start cirit birit.Teruk gak la kena.Muntah2..Layu je badan.Tu yang x larat nak gi mana2.Tapi raya ke-4 dah ok dah.Alhamdulillah la dapat gak gi Majlis Hari Raya Kelate.Net (KDN)Kat Juita Inn KB.Syok jumpa kawan2 yang selama ni jumpa kat alam maya je..Ramai gak la yang baru kenal.Makan pun sedap kat sana..Selain dapat jumpa kawan2,dapat jugak info terbaru pasal pasukan bolasepak Kelantan.Harap tahun ni Pasukan Kelantan akan bertambah cemerlang lagi..Ni ada gambar skit dari kamera KDN dan kawan2( TQ poknik,adib_n70,dklate dll..)



Raya dah dekat..mybe 26hb pas semayang jumaat terus balik kg..x sabar rasanya.Tahun ni x tahu la balik ngan sape.harap suhaimi blh temankan..boring sorang2.tambah2 kalau jalan jem..

Tahun ni x buat persiapan pun..bz pasal benda lain..Baju raya pun x beli.beli biskut je bawak balik kat family..Apapun, pas raya ni pasti makin banyk keje..keje sek,keje majlis..pasal majlis,saya cerita kemudian la..

Raya ke 4 ni Kelate.net(KDN) wat majlis hari raya kat hotel juita inn..x sabar woo nak jumpa warga kdn yang lain..kali terakhir jumpa pun kat family Day PD hari tu..Kali ni mesti meriah punya..Tapi majlis tu kena pakai baju melayu..Baju raya x buat taun ni..bantai je la baju taun lepas..hahaha

sambungan...

ni cerita kawan baik saya lagi..tapi bukan mengumpat.dah mintak kebenaran nak tulis pasal dia.Dalam bulan puasa ni dia selalu ikut saya gi terawih.Tapi malam ni tak.Gi KL la cuti2 ni.Yang bestnya,dia suruh antar kat komuter.Orang ramai kat komuter time hari jumaat macam ni.Beratur sampai luar stesen.Saya gi letak dia belakang skali.Nak letak depan nanti orang marah pulak.Saya terus balik.Baru je saya start enjin keta,dia tel..ngan berlagaknya dia cakap "hahahha,aku dah ada kat dalam komuter.Aku redah je.Orang bagi jalan kat aku dulu"..saya gelak je.Nak cakap apa lagi..Hahahaha.

Nak balik raya ni dia nak tumpang.memang slau kami balik sama-sama.tapi saya kena balik lambat kali ni.ada kelas kat UKM.dia x nak tggu.dia beli tiket 25hb.padahal cuti 26hb.hahaha.Pandai cari jalan nak balik awal.Tgk la apa dia kelentong bos.

Apa2 pun,selamat berjaya buat kawan saya yang punyai nama yang paling panjang ni, Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mohd Zawil Abidin..seorang buta mata,tetapi tidak hatinya,insan yang rasa dirinya tidak perlukan banyak pertolongan dari sape2..selagi dia mampu buat,dia akan usahakan..tahniah..anda mentor kepada murid-murid cacat penglihatan SKPK Seremban..Andalah hero mereka..didiklah mereka menjadi insan berani dan tabah seperti anda..


Assalamualaikum..Ni kawan baik saya.Muda lagi.masih bujang..Dia spesel skit..Mula2 jumpa dia saya pun pelik.semua blh buat..main komputer,main sms,baca paper,buat surat,buat kertas kerja,jadi imam solat,baca tahlil,keluar duit kat atm,naik komuter pergi KL(tiap2 minggu)..pendek kata semua dia blh buat la..Respek betul.Yang terbaru pulak, dah pandai masak!Dengar pulak cerita dah jadi pengerusi sebuah pertubuhan di Negeri sembilan( PERTIS)..Ntah apa lagi dia buat pasni..Saya tunggu dan lihat je..
Kalau bab cakap,bagi kat dia je..macam wakil rakyat..jelas,lantang,bernas dan yakin.Cuma x la pandai menipu..Baca doa lagi la..panjang berjela..siap dengan bahasa melayu.Lagi satu,dia ni garang..kalau dia jalan,orang halang jalan dia,kena la orang tu..hahahaha..Ramai yang lari ke tepi bila tengok dia datang.Kadang-kadang, saya pun takut.
Lupa nak bagitau,dia ni asal Kelantan..tapi umur 9 tahun dah gi belajar kat Johor.Sorang2..Sampai masuk sekolah menengah pun kat Johor..Yang bestnya, naik bas sorang2 dari Johor ke Kelantan!tak kira siang ke,malam ke,dia tak kisah..janji balik kampung katanya.Sekarang balik kampung ngan keteapi..sorang2 gak..Pahtu dia masuk maktab.Cikgu2 dia marah suruh masuk Universiti.Dia pandai,bijak,berwawasan.Tapi dia nak jugak masuk maktab.Dia masuk Maktab kat Cheras.Pastu tahun 2006 dia posting kat sekolah saya..masa tu la saya kenal dia.Mula2 cakap,sebijik macam orang johor cakap.Bila saya bagitahu saya asal kel,terus dia tukar loghat kelantan.Dia tumpang rumah saya beberapa bulan.Hari pertama kat rumah saya,dia dah kenal semua tempat.tak payah tunjuk pun.
Sekarang ni dia dok kat asrama sek.Sorang2.Bilik dia lengkap ngan dapur,peti ais,katil,mesin basuh(sek punya),cerek,laptop,broadband,TV,Radio dan macam2 lagi.Alat2 dia pelik..timbang berat dia pelik,jam dia pelik,pendek kata semua pelik la..hahaha.Sekarang dah ada kereta.Proton Wira.ada kat kampung.Bagi ayah dia pakai.Kira banyak duit gak dia ni.Ada bisnes kecil2..
bersambung...


Semoga ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa, mengajar nafsu...



Mesin Braille


Al-Quran cetakan Braille



Abjad dalam tulisan Braille



Nombor dalam braille




Sejarah

Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor. Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon René Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique. Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya. Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.

Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibubapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas di mana dia mendahului rakan-rakannya yang celik. Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, dia tidak dapat membaca atau menulis. Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institut Kanak-Kanak Buta. Pengasas institut tersebut, Valentin Haüy, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi. Keadaan di sekolah tersebut amat tegas. Bangunan sekolahnya lembap dan melaksanakan sistem displin yang tegas sebagaimana sekolah-sekolah lain pada masa itu. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung, dan diberi roti keras dan air. Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau dalam lombong arang batu.

Di sekolah di Paris, pelajar buta akan diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. Sekali seminggu, mereka akan dibawa bersiar di taman dengan diikat di pinggang dengan tali. Mereka diajar membaca tetapi tidak untuk menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Dia mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap dan Loius Braille menggemarinya.

Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupun sonography menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.

Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelematan sistem Sonography seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada dibengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik. Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Louis Braille terus memajukan penulisan braille selama beberapa tahun, memajukan kod mathematik dan muzik.

Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah salah seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan braille dan membakar buku braille yang ada. Bagaimanapun tulisan braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar dengan secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima. Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku Cara Menulis Perkataan, Muzik, Dan Lagu Dengan Menggunakan Titik Untuk Kegunaan Orang Buta Dan Disusun Oleh Mereka "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them" .

Dengan menggunakan tulisan braille, sekarang orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis dengan menggunakan peralatan tajam menyerupai penebuk 'awl' yang membutakan mata Louis Braille dahulu. Mereka kini dapat berdikari. Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu. Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar- pelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.

Pada permulaannya sistem tulisannya hampir terkubur tetapi beberapa orang penting menyedari kepentingan ciptaan Louis Braille dan pada tahun 1868, Dr. Thomas Armitage (1824-1890) dan tiga rakannya mengasaskan 'British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind'. Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan menjadi Institusi Negara DiRaja Untuk Orang Buta 'Royal National Institute for the Blind', pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British. Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu.

Di Perancis pencapaian Louis Braille diakui ditahap kebangsaan dan pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana dia dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.

Abjad Braille

Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:



Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.

Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.

Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..