sambungan...
ni cerita kawan baik saya lagi..tapi bukan mengumpat.dah mintak kebenaran nak tulis pasal dia.Dalam bulan puasa ni dia selalu ikut saya gi terawih.Tapi malam ni tak.Gi KL la cuti2 ni.Yang bestnya,dia suruh antar kat komuter.Orang ramai kat komuter time hari jumaat macam ni.Beratur sampai luar stesen.Saya gi letak dia belakang skali.Nak letak depan nanti orang marah pulak.Saya terus balik.Baru je saya start enjin keta,dia tel..ngan berlagaknya dia cakap "hahahha,aku dah ada kat dalam komuter.Aku redah je.Orang bagi jalan kat aku dulu"..saya gelak je.Nak cakap apa lagi..Hahahaha.
Nak balik raya ni dia nak tumpang.memang slau kami balik sama-sama.tapi saya kena balik lambat kali ni.ada kelas kat UKM.dia x nak tggu.dia beli tiket 25hb.padahal cuti 26hb.hahaha.Pandai cari jalan nak balik awal.Tgk la apa dia kelentong bos.
Apa2 pun,selamat berjaya buat kawan saya yang punyai nama yang paling panjang ni, Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mohd Zawil Abidin..seorang buta mata,tetapi tidak hatinya,insan yang rasa dirinya tidak perlukan banyak pertolongan dari sape2..selagi dia mampu buat,dia akan usahakan..tahniah..anda mentor kepada murid-murid cacat penglihatan SKPK Seremban..Andalah hero mereka..didiklah mereka menjadi insan berani dan tabah seperti anda..