Keadaan agak menyeramkan dengan cermin tingkap yang pecah dan lampu koridor yang tidak menyala..Keadaan asrama pada masa itu tidak lah elok seperti sekarang..Malah tandas yang aku gunakan untuk mandi pun tidak berfungsi lampunya.Malah tiada langsir dan pemandangannya tembus terus ke luar yang dihiasai oleh pokok buluh serta kegelapan malam...(sekarang asrama sudah cantik dan lengkap).
Pada malam pertama aku kat situ,aku x dapat tido dengan aman..biasala,tempat baru..macam2 terfikir kat kepala..dengan keadaannya yang sunyi dan pokok buluh berdekatan asrama mengingatkan semua cerita-cerita seram yang pernah aku tengok..adusss..masa ni la semua benda karut dan seram dok berlegar kat fikiran aku..Aku tido dalam 5 minit mesti terjaga..tension betul la..Seingat aku, aku betul2 dapat tido lena pukul 3 pagi..Itupun dapat bertahan 1 jam sahaja!
Dalam pukul 4 pagi lebih kurang,ketukan kuat kat pintu betul2 mengejutkan aku!Bukan ketukan biasa tetapi yang betul2 kuat!Seolah2 pintu tu diketuk dengan tukul..Untuk pengetahuan semua, pintu tu aku kunci sebelah dalam dengan mangga..Betul2 terkejut dan menakutkan!SAH, memang sah apa yang aku dengar siang tadi!Sebelum masuk asrama memang warden ada cerita yang asrama ini berhantu dan keras!Memang aku telah jadi mangsa pada malam ni..
Aku buat tak tahu je..cuba tido sekali dengan peluh jantan keluar walau cuaca amat sejuk..Tapi mata aku tetap tak mahu lelap..Tiba2 pintu diketuk sekali lagi dengan ketukan lebih kuat dan lama..kali ini aku sudah bersedia!Aku cuba beranikan diri buka lampu dan melihat makhluk apakah yang cuba nak menguji orang yang separa berani macam aku ni..Aku terus membuka mangga sambil mulut terkumat kamit membaca apa sahaja ayat Al-Quran yang terlintas kat kepala aku ni..Aku terus membuka pintu dan dengan jelas tercegat satu lembaga separas pinggang aku..di tangan kanannya terkepit seekor kucing putih bertompok hitam..AllahuAkbar!
Aku betul2 terkejut!Kaku tidak bersuara..Tapi sekejap je..Perasaan takut bertukar menjadi marah!aku betul2 marah..apalagi dalam keadaan aku yang x cukup tido ni..Betul2 buat aku naik angin!Aku terus tanya lembaga tu " Nak apa?"
Lembaga tu x menjawab..cuma senyuman terukir dibibir...Tenang..Tiba2 lembaga tu mengangkat kedua2 belah tangan ke kepala(seolah2 sedang mengangkat takbir)..Aku termenung sekejap..berfikir apa yang dimaksudkan oleh lembaga tu..Akhirnya aku buat kesimpulan bahawa lembaga itu mengajak aku sembahyang subuh!
Ceh,apada solat subuh pukul 4 pagi ni..Aku mintak dengan baik supaya lembaga tu beredar sebab aku nak sambung tido..Lembaga tu faham dan terus berlalu sambil mengejar kucingnya yang terlepas semasa dia angkat takbir tadi..Aku kunci pintu dan sambung tido sampai pagi..
Pagi esok baru la aku tahu siapa makhluk tu..Namanya Loo Shi Kong. Murid bermasalah pendengaran.Kat sekolah ni orang panggil dia Apek je..Berbangsa cina dan amat meminati kucing..Mengikut warden, Apek ni suka tido awal malam dan bangun merayau lebih kurang pukul 3 pagi hingga la waktu subuh..Dia akan sambung tido bila masuk je waktu pertama kelas!Waktu merayau tu, kucing warden la yang jadi mangsa permainannya..(Aku dengar kucing tu mati sbb kena kurung dala mesin basuh selama 3 hari oleh Apek ni!)
Apapun aku rasa bangga sebb dia cuba kejutkan aku solat subuh, walaupun dia x tahu bila waktunya!Ikut suka dia je bila dia nak ketuk pintu bilik aku..kadang2 pukul 3 dah ketuk!Mungkin dia tahu orang islam solat subuh pagi2 mengikut pemerhatiannya terhadap rakan2nya yang beragama islam....Semoga Allah memberi hidayah kepadanya..