Gomo kelate gomo!
KEL 2-1 P.P
Tahniah kepada pasukan The Red Warriors kerana memilih jalan yang mudah untuk layak ke peringkat yang seterusnya..Dua jaringan yang terhasil masing-masing dari Khalid Jamlus dan Indra Putra sudah cukup untuk membenam cabaran pasukan harimau kumbang di SSMV.
Tetapi apa yang menghairankan aku ialah corak permainan pasukan Kelantan. Kelantan seolah-olah bergantung kepada nasib untuk memenangi semua perlawanan Piala Malaysia ini. Kadang-kadang permainan yang ditonjolkan "meloyakan"!Itulah istilah yang terkeluar dari mulut pengulas sebuah radio internet yang membuat ulasan secara live..Mungkin itu cara untuk beliau menggambarkan betapa tidak menariknya corak yang ditampilkan oleh pasukan kelantan kali ini. Adakah pertukaran jurulatih telah memberi kesan kepada corak permainan kelantan?Memang boleh dikatakan betul kerana setiap jurulatih ada cara dan strategi masing-masing..Tetapi adakah sekarang masa yang sesuai untuk membuat eksperimen?Sudah terlewat!
Sathianathan harus melakukan sesuatu untuk layak sekurang-kurangnya ke final piala Malaysia pada tahun ini!Harapan kami amat tinggi kepada anda!Buktikan bahawa anda adalah jurulatih terbaik di Malaysia!
Gomo kelate Gomo!Kami tetap menyokong Pasukan The Red Warriors!
p/s: kawan aku kata, x kisah la main macamana pun,janji menang!....betul gak tu...hehehe

10/07/2009 12:46 am
kalu ikut ko caro meney maso lawe ATM aritu .. kawe tok letok harape sangat .. sapa semi final pun bertuah tu cekgu ..