"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

X tahu nak cakap macamana perasaan aku sekarang..Sehingga entry ini di tulis aku masih di awangan..Apapun aku sentiasa bersyukur atas anugerah dari Allah ini..

Aku sampai Seremban pukul 4 petang 30hb dari kampung..sampai je kat Seremban orang umah aku tel kata dah kena masuk wad.Katanya laluan untuk bersalin dah buka 3cm..Oleh kerana aku penat dan baru je sampai,aku bersikap tunggu dan lihat dulu..Tapi aku x tenteram dan aku ambik keputusan untuk bertolak dari seremban ke Kelantan 31hb lepas Asar..Walaupun penat tapi aku kena balik jugak sebab saat2 macam ni la seorang isteri perlu ditemani oleh suaminya..

Aku sampai kat HUSM Kubang Kerian pukul 1.30 malam..Kat hospital family aku dah berkumpul tapi x dibenarkan masuk kecuali suami.Aku terus je masuk dan tengok keadaan isteri aku..masa tu dia masih ok lagi..Bila masuk je pukul 4 pagi dah keluh kesah aku tengok..aku pun x tahu macamana nak tolong selain suruh dia bersabar dan selawat banyak2..Nasib baik la nurse yang jaga orang umah aku memang baik..kira yang terbaiiiik la..

Lebih kurang pukul 7.20 baru la jalan untuk bersalin terbukak 10 cm..Masa tu baru la doktor datang dan aku diminta untuk bersama-sama..Aku dah mula risau..maklum la pertama kali dalam situasi macam ni..Tapi Alhamdulillah aku dapat hadapi dengan tenang tanpa rasa takut dan loya..Malah aku bersama doktor menolong untuk memudahkan isteri aku bersalin..Memang mudah isteri aku bersalin.Pukul 7.45am lahir la seorang putera yang disambut oleh laungan azan oleh aku sendiri..Lepas tu dalam pukul 7.55 am lahir pula seorang lagi anakku..Kali ini seorang puteri..Alhamdulillah..keduanya sihat..cuma yang adik perlu perhatian sebb kekurangan gula..mungkin esok lusa boleh la balik..Kedua2nya 2.47kg..

Pengalaman yang betul2 menginsafkan aku..Terima kasih kepada Doktor, Nurse dan family aku yang x henti2 memberi sumbangan..

aku nak tido jap..penat x tidur seharian..banyk lagi nak cerita,tapi malas..penat sgt..Ada cerita aku tengok makhluk apa ntah dok mencangkung betul2 tepi jalan dalam hutan merapoh..Cerita nyaris nak langgar budak naik motor x pakai lampu..lain kali je la..



Puteri kedua aku..


Alat untuk melegakan kesakitan..


Putera sulung..

Akhirnya termakbul jugak doa aku nak berpuasa kat kampung halaman..Sudah lepas hajat nak berbuka dengan "LAWA" iaitu sejenis makanan kerabu orang kelantan..Dan masih lagi dapat berjemaah serta bertarawih di balaisah baru sebelah rumah aku..Alhamdulillah..Tapi aku rasa x puas sebab terlalu singkat masa aku kat kampung..

Walau cuti sekolah dah lama bermula,tapi aku terpaksa tunggu 3 hari untuk pulang ke kampung..Semuanya gara-gara Peperiksaan PTK yang terpaksa aku hadapi..Dah 3 kali sangkut,harap kali ni lepas la..Tapi rasa macam payah je..Ye la,x sempat nak baca dan bercampur dengan malas.hahahaha..

Pagi 25hb tu aku terus kemas barang, ambik gaji dan bayar hutang apa yang patut dan terus bawak orang umah aku gi kat pusat peperiksaan PTK. Kesian dia sebab terpaksa tunggu aku peksa. Peperiksaan bermula pukul 11.00-12.00, tapi aku dah keluar dewan x sampai setengah jam pun. Bukan nak berlagak tapi memang aku dah x boleh bagi tumpuan..Kat kepala aku dah sarat dengan bayangan kampung halaman..Nampak soalan pun macam papan tanda jalan, gambar-gambar dalam dewan dah nampak macam highway..Tu belum muka pengawas peksa..Nampak macam polis tengah buat speed trap je..hahahaah

Aku terus pecut je keta bila masuk highway..berenti sekali je kat R&R Rawang. Aku rasa aku dah kena satu speed trap..sebab aku tengok polis dok atas menara tu bukan main girang lagi dok hala kamera dia kat keta aku..dah dekat baru perasan..lantak la.bukan laju pun..130 je..Dalam pukul 5 lebih aku dah sampai umah mertua aku kat Pengkalan Hulu..Kira ok la tu..Dok kat situ sehari je.27hb pagi2 lagi aku bertolak balik kampung..Alhamdulillah jalan dan cuaca amat elok.x la terasa penat dan haus..
Aku sampai kat bachok lebih kurang pukul 2 petang..

Tapi aku terpaksa balik seremban esok..aku ada kelas kat UKM hari ahad..aduuuh..x puas dok kat kg..Dok kat seremban nanti pun mesti boring sebab jadi bujang..Sebabnya aku tinggal orang umah aku kat kg..Tunggu due date dia nak bersalin.InsyaAllah dekat raya nanti jadi ayah le aku..Semoga semuanya selamat dan semoga aku dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah nanti..amin..





Aku sempat join budak2 kampung aku main bola waktu petang..Pose pun diorang hentam main..teruk betul la.


Kuih yang jadi sebutan di bulan Ramadhan ni..


Nekbat..Aku x berapa minat sangat kuih ni..manis..


Aku sedang memujuk beruk ni supaya panjat pokok kelapa muda..Oleh kerana beruk ni degil, aku panjat sendiri la..hahahahaha


Padang bola kampung aku..Aku tabik kat budak2 ni..Sanggup bersihkan semak samun demi membina stadium tertutup ni..Tapi x leh sepak kuat2. Takut masuk dalam hutan atau jatuh dalam sawah kat belakang tu..Rumputnya x berapa ada dan tanahnya berbojol-bonjol..Sesuai untuk player yang berkaki ayam macam aku ni..Hahaahahaha..Main x sampai lima minit dah pancit bola terkena duri nibung..hahahaha

Sejak sukan sekolah hari tu, ramai murid-murid aku yang demam.Ada yang demam biasa dan ada juga yang teruk.Malah ada pelajar asrama yang terus balik dan tak datang sampai la hari ni..Aku rasa mungkin terus sambung cuti sampai 31 ogos nanti kot..Hari ni saje ada 6 orang murid yang dibawa ke klinik kerana demam. Majoritinya adalah pelajar yang tinggal di asrama.Tapi Alhamdulillah, doktor mengesahkan hanya demam biasa sahaja. Mungkin musim demam kot. Cuma apa yang aku risau ialah takut2 ada jangkitan H1N1 kat sekolah tu..Maklumlah dengan keadaan sekarang yang agak tinggi kadar kematian disebbkan H1N1..

Aku cukup risau dengan keadaan sekarang. Setiap hari berdepan dengan pelbagai jenis orang dan yang pastinya, aku x pasti dan x kenal siapa yang berkemungkinan pembawa virus H1N1. Buat masa sekarang, aku cuma bersikap berhati2 dan menjauhkan diri dari sesiapa sahaja yang agak kurang sihat..Tapi kalau la murid aku ada H1N1, macamana aku nak elak? Setiap hari ada je yang tidak segan silu menjadikan peha aku sebagai kerusi empuk diaorang..Biasanya murid lelaki darjah 6 atas ( nama di rahsiakan) yang selalu mengada-ngada membodek.Malas nak menulis la tu..Apapun aku biarkan sahaja kerana aku lebih suka dia mengacau aku dari berlari kesana kemari dan mengacau murid-murid lain. Kesian kat PPM diaorang yang mengejar dari pagi lagi..nasib le..hahahahaha

Dua hari lepas pihak sekolah mengagihkan topeng kepada semua murid untuk pencegahan H1N1..Tapi cikgu x dapat sebab x cukup. Menurut cikgu sekolah aku, rata-rata kedai kat seremban sudah kehabisan stok topeng ni. Aku x pasti murid-murid aku ni faham ke tak tujuan pakai topeng ni.Tapi aku tengok semua mematuhi arahan malah ada yang enggan buka pada waktu makan..hahahahaha..macam2 gaya aku tengok..tapi rata-rata murid menunjukkan aksi yang sama selepas memakai topeng!Kesimpulannya, mereka rasa mereka telah jadi hero kartun dengan gaya "bertukar!!!"..aduh..pengaruh TV la ni..

Antara gaya pemakaian mereka setelah masuk hari ke 2..esok lusa ntah la macamana...








Yang pasti aku takkan pakai macam ni pegi sekolah..

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..