"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Sekarang memang tengah hangat peminat2 bolasepak tanahair membuat spekulasi tentang pasukan masing2..Ada spekulasi yang telah pun menjadi kenyataan..Dan ada yang melampau sehingga menimbulkan sakit kepala dan perut pada aku setelah membaca spekulasi yang x putus2 menjelma di Kelate.net.hahahaha.Tapi biar la..Memang masing2 tengah bersemangat dan secara tidak langsung mencerminkan harapan diaorang terhadap KAFA supaya segera mengikat pemain yang mereka gemari..Bagi aku, x kisah la siapa pun yang datang menabur bakti, cuma aku harap skuad 2010 lebih mantap dan cantik permainannya..

Setakat ni yang aku betul2 confirm akan menabur bakti bersama Kelantan tahun depan ialah Akmal Rizal Rakhli, Shahrul Idlan Talaha dan Shakir Shaari..Yang dilepaskan pulak yang pastinya ialah Khalid Jamlus dan Ezri Shafize. Halim Napi pula kemungkinan besar akan menjadi jurulatih penjaga gol. Bravo Abe Lim!

Selain nama di atas, ada beberapa nama yang dikaitkan dengan pasukan Kelantan tahun depan..Antaranya ialah:

Azizi Che Ros ( Perlis )

-Komen peribadi aku: Ok gak kalau ambik dia ni..Memang agak keras cara dia main. Sesuai la ambik dia ni sebab Kelantan sekarang agak tempang bahagian pertahanan selepas Nazrul Erwan kembali ke pasukan asalnya.

S. Chanturu ( Penang )

-Aku pernah tengok sekali je mamat ni main masa siaran langsung kel vs PP hari tu. Laju gak la dia ni main..Tapi hati aku rasa x berkenan sangat..Aku lebih suka kalau Razali Umar Kandasamy main ngan Kelantan.

Syed Adney Hussien ( MyTeam )

-Aku x minat.Kakak dia aku minat la.hahahah.. Untuk jadi penjaga gol ke 3 blh kot..Sharizan
( Mat Chah) lagi bagusss!

Farderin Kadir ( KM Naza )

- Yang ni aku harap sangat KAFA cepat2 ikat kontrak. Selain dari umur yang masih muda, budak ni juga berpengalaman dalam skuad kebangsaan!

Nurul Azwan Roya ( Johor )

- X pernah tengok dia ni main..dengar cerita dia ni memang asal dari Kelantan.Kalau ok, ambik je la.

Hardi Jaafar ( Selangor )

- Boleh ke? Aku dengar Hardi ni dah sambung kontrak dengan Selangor..Dengar gosip lain pulak memang dia ni nak balik sangat ke pangkuan Perak..Tapi Perak pulak sedang dalam masalah kan?Tapi apapun aku memang minat kat Hardi ni..

Subramaniam ( Perak )

- Tak minat.Malas komen.

Ahmad Fakri Saarani ( Perlis )


- Yang ni memang bagus. Harap Kafa buat sesuatu untuk mengikat budak ni.


Norhafiz Zamani Misbah ( KL Plus )

- Rasanya x dapat kot. Dalam paper dah tulis kata majikan dia x lepas..X dapat pun takpe.. Cari yang muda2 je Tan Sri..

Shukor Adan ( Negeri Sembilan )


- Agak mustahil ni. Tapi x blh nak kata la. Kalau dia main ngan Kelantan pun ok gak. Hidup la sikit tengah Kelantan nanti..

Setakat ni tu je yang aku tahu..Mungkin ada lagi..Aku ada juga dengar khabar yang Indra Putra dan Farhan sudah berkira-kira nak mengikat kontrak bersama pasukan T-Team..Harap-harap tidak benar la..Aku rasa Pasukan Kelantan masih memerlukan khidmat mereka..

Yang pasti, tunggu je la Majlis Memperkenalkan Pemain Pasukan Kelantan 2010 di KB MALL pada 21hb. 11. 2009 ini..Pakat gi ramai2 kalau ada kesempatan..


"Siapa pun yang datang dan pergi, matlamatnya tetap sama!Aku menagih sekurang-kurangnya SATU Piala pada tahun hadapan!"


Gomo Kelate Gomo!

0 comments

Post a Comment

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..