"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories


Adapun perbuatan berkecek (berborak-borak) ini telah di petik dan dizahirkan oleh aku dalam bentuk tulisan untuk tatapan kita bersama sekaligus mengisi masa boring aku dimusim bah(banjir) ini..Tatkala mula apabila tertubiklah(terkeluarlah) dari mulut anak-anak kembarku kecek berkira yang berbunyi….

Pengkalan Hulu, Perak

Isnin ( 23.11.2009 )

8.30am


Abang Khalef: Adik,pelik betul abang akan perbuatan ummi dan abi yang nampak kalut mengemas dan menyusun botol2 susu santapan kita pada pagi ini..


Adik Khalefa: Ye la abang wei..Entah kenapa tiba2 kekalutan melanda dalam rumah ini.Bukan saja abi dan ummi menunjukkan sifat itu, malah tok wan dan opah turut sama ke sana kemari..


Abang: Pasti kita akan berjalan jauh kali ini..Abang sudah dapat rasakan tatkala kita dimandikan dengan semberono oleh abi pada pagi ini..Biasanya pukul 9 baru kita disirami..Sampaikan ada air yang termasuk kedalam hidung abang ni..


9.30am


Adik: Macam tiada perkembangan saje adik lihat..Melihatkan saja sifat abi yang tenang dan sempat beradu disofa berwarna coklat..


Abang: Kita tunggu dan lihat..biasa abi suka berbuat demikian..bersusah dahulu dan bersenang kemudian.Tidak macam ummi yang agak perlahan gerak sifatnya..


Adik: Syyy…Sungguh berani abang berkata demikian..Tidakkah abang mahu merasa hidangan istimewa susu badan?Ummi dengar baru tahu..Terpaksala kita merasa bebelac sepanjang hari..Mahal pun x sedap sangat rasanya..Apatah lagi bila abi yang buat..Selalu x cukup sukatannya..


10.30am


Abang: Ha, kan abang dah kata..nampaknya kita akan menaiki Perodua kali ini..Kemana kita usah ditanya..sudah lama abang tidak merasa naik kenderaan ini..


Adik: ooo..Inikah kereta Alza yang abi selalu tuturkan?


Abang: Bukan..Mungkin itu perancangan abi dimasa depan..Itu buka urusan kita..Terasa mengantuk pula rasanya..Opah yang riba terasa selasa..Bagaimana adik di atas ribaan ummi?


Adik: Ok la..


5.55pm


Adik: Nampaknya sudah sampai kita ke destinasi mereka..Agaknya apa nama tempat ini ya?Nampak beradat pada luarannya..


Abang: Abang rasa inilah negeri tempat abi mencari rezeki..Negeri yang tewaskan pasukan kesayangan abi pada perlawanan menyepak bola baru-baru ini..


Adik: Mungkin betul juga. Tengok papan tanda terconteng nama muzium adat diseberang sana. Hanya ada satu negeri yang bercogankata biar "biar mati anak jangan mati adat"..


Abang: Habis kalau mati anak,siapa yang mahu menjaga adat?


Adik: Itupun bukan urusan kita berdua..Cuba fokus pada rumah didepan kita..Nampak macam abi ada kuncinya..Selamba sahaja membuka mangga..Adakah ini juga rumah kita?


Abang: Abang rasa begitu juga..Wah, cantik juga ya..Dua tingkat ada beranda..TV ada astro tersedia..Cuma sofa sahaja nampak macam tiada..Lagi satu yang menggusarkan hati..Kemana pergi buaian berkuasa kuda kita?


Adik: Entahlah..biarkanlah sahaja..Adik masih terasa lapar dahaga..bebelac sahaja tidak mengenyangkan adik..harap merasa dari ummi kita..


Abang: Beradulah kita sepanjang malam..Badan penat tidak hilang..Duduk atas ribaan x sama macam buaian..


Seremban, N.Sembilan

Selasa ( 24.11.2009 )

8.00am-1.30pm


TIDAK DAPAT AKU MENUKILKAN KATA2 MEREKA PADA WAKTU INI KERANA AKU BERTUGAS DI SEKOLAH..ENTAH APA YANG DIBUALKAN MEREKA BERDUA..MUNGKIN LEBIH NYARING SUARA MEREKA..APATAH LAGI SUSU LAMBAT TIBA..


1.45pm


Adik: Nampaknya abi sudah pulang..Tapi nampak bukan berseorangan..Ada kawan lelaki dan perempuan.


Abang: Mungkin itu kawan abi.Mahu melihat kita pertama kali..


Adik: Mungkin juga..Tengok ditangan penuh barangan..Macam barangan keperluan kita..


Abang: Wah, banyaknya persalinan yang kita terima ye..Sampai pampers dua persalinan diberinya..


Adik: Alhamdulillah..Ada juga mainan berbunyi, botol minuman dan juga alat kecantikan kita..Nampak jenama seperti yang selalu tertayang di TV rumah opah kita..


Abang: Abang suka kasut beropol..Abang punya bergambar singa.Adik pakai sahaja berwarna hijau muda.Sesuai sangat hiasan binatangnya..


Adik: Terima ye makcik-makcik dan pakcik!


Abang: Terima kasih ye!








4.00pm


Abang: Lori apa pulak yang tiba tu?Nampak macam membawa sesuatu..Adakah ada lagi hadiah untuk kita?


Adik: Itu barangan ummi. Katanya almari kabinet dan almari persalinan..Mereka merahsiakan dari abi ketika membeli, takut abi murka kerana egonya tinggi..Asyik mertua sahaja yang beli.


Abang: Biar abi setelkan sahaja..Lebih baik kita beradu sahaja. Esok masih ada untuk berbicara..


9.00pm


TIADA PERBUALAN KERANA AKU TIDUR AWAL..HANYA BANGUN TENGAH MALAM..TETAPI X BERMINAT MENDENGAR PERBUALAN MEREKA..


Rabu ( 25.11.2009 )

9.30am


Abang: Nampaknya kita akan berkelana lagi..Entah kemana tujuan mereka..Dengar cerita ke rumah opah kembali rancangan mereka..


Adik: Beraya di Perak la abi kali ni.Mungkin helah sudah dihidu..Terpaksa mengikut kehendak ummi..Kesian abi..


Abang: Mungkin kita akan ke kelantan lagi..Hari raya bukan sehari..lagipun cuti abi panjang lagi..Raya ke 3 jumpa la kita dengan pengasuh kita di sana..Puas la kita di dukung nanti..


Adik: Itupun kalau banjir tidak melanda..Kalau tidak, jangan harap kita disana..Baju dibasuh akan kering berminggu lamanya..Sanngupkah kita pakai baju yang sama?


Abang: Harap2 tidak la..


6.00pm


Adik: Dah sampai pun kita..kesian abi penat jadi nakhoda..baik kita jangan ganggu dia..Biarla abi beradu dengan lena..


Abang: Kita lupa sebenarnya..Hari ni istimewa buat ummi kita..Mari kita ucap SELAMAT HARI LAHIR BUAT UMMI KESAYANGAN KITA!


9.00pm


AKU DAH TUMBANG..


P/S: Adapun perkecepan ini hanya dapat didengar dan di rakam dengan alat khas yang berteknologi tinggi..Dari pendengaran biasa hanyalah nada uhh..ekkk..aukk..wekkk..uaaaaa…uaaa..waaa..sahaja kedengaran dari mulut diaorang..aduuhhh penatnya melayan diorang..hahahhaahhaahahahhaaha


Senarai Pemain Kelantan 2010 :

Penjaga Gol

1. Syed Adney Syed Hussein
2. Mohd Shahrizan Ismail
3. Mohd Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan

1. Ahmad Azlan Zainal
2. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
3. Mohd Farisham Ismail
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Zamri Ramli
6. S. Subramaniam
7. Sharudy Aziz
8. Azizi Mat Rose

Tengah

1. Mohd Badhri Muhd Radzi
2. Khairan Eroza Razali
3. Mohd NorFarhan Mohamad
4. Mohd Shakir Shaari
5. S. Chanturu
6. Wan Zaman Wan Mustapa
7. Mohd Daudsu Jamaludin

Penyerang

1. Norshahrul Idlan Talaha
2. Indra Putra Mahyuddin
3. Che Hishamuddin Hassan
4. Mohd Nizab Ayub
5. Akmal Rizal Ahmad Rakhli
6. Mohd Ramzul Zahini Adenan
7. Zul Yusri Che Haron

Jurulatih: B. SATHIANATHAN

Nama yang bertulisan merah ialah pemain baru yang dibawa masuk..

Info dari Webmaster KDN sebentar tadi..(SMS dari Pengurus Pasukan kepada Presiden kelate.net)

Mungkin ada beberapa pemain yang sedang dalam rundingan seperti K.Soley dan Nazru Erwan..

Pemain yang digugurkan ialah sebanyak 9 orang..

Gomo Kelate Gomo!

Sekarang memang tengah hangat peminat2 bolasepak tanahair membuat spekulasi tentang pasukan masing2..Ada spekulasi yang telah pun menjadi kenyataan..Dan ada yang melampau sehingga menimbulkan sakit kepala dan perut pada aku setelah membaca spekulasi yang x putus2 menjelma di Kelate.net.hahahaha.Tapi biar la..Memang masing2 tengah bersemangat dan secara tidak langsung mencerminkan harapan diaorang terhadap KAFA supaya segera mengikat pemain yang mereka gemari..Bagi aku, x kisah la siapa pun yang datang menabur bakti, cuma aku harap skuad 2010 lebih mantap dan cantik permainannya..

Setakat ni yang aku betul2 confirm akan menabur bakti bersama Kelantan tahun depan ialah Akmal Rizal Rakhli, Shahrul Idlan Talaha dan Shakir Shaari..Yang dilepaskan pulak yang pastinya ialah Khalid Jamlus dan Ezri Shafize. Halim Napi pula kemungkinan besar akan menjadi jurulatih penjaga gol. Bravo Abe Lim!

Selain nama di atas, ada beberapa nama yang dikaitkan dengan pasukan Kelantan tahun depan..Antaranya ialah:

Azizi Che Ros ( Perlis )

-Komen peribadi aku: Ok gak kalau ambik dia ni..Memang agak keras cara dia main. Sesuai la ambik dia ni sebab Kelantan sekarang agak tempang bahagian pertahanan selepas Nazrul Erwan kembali ke pasukan asalnya.

S. Chanturu ( Penang )

-Aku pernah tengok sekali je mamat ni main masa siaran langsung kel vs PP hari tu. Laju gak la dia ni main..Tapi hati aku rasa x berkenan sangat..Aku lebih suka kalau Razali Umar Kandasamy main ngan Kelantan.

Syed Adney Hussien ( MyTeam )

-Aku x minat.Kakak dia aku minat la.hahahah.. Untuk jadi penjaga gol ke 3 blh kot..Sharizan
( Mat Chah) lagi bagusss!

Farderin Kadir ( KM Naza )

- Yang ni aku harap sangat KAFA cepat2 ikat kontrak. Selain dari umur yang masih muda, budak ni juga berpengalaman dalam skuad kebangsaan!

Nurul Azwan Roya ( Johor )

- X pernah tengok dia ni main..dengar cerita dia ni memang asal dari Kelantan.Kalau ok, ambik je la.

Hardi Jaafar ( Selangor )

- Boleh ke? Aku dengar Hardi ni dah sambung kontrak dengan Selangor..Dengar gosip lain pulak memang dia ni nak balik sangat ke pangkuan Perak..Tapi Perak pulak sedang dalam masalah kan?Tapi apapun aku memang minat kat Hardi ni..

Subramaniam ( Perak )

- Tak minat.Malas komen.

Ahmad Fakri Saarani ( Perlis )


- Yang ni memang bagus. Harap Kafa buat sesuatu untuk mengikat budak ni.


Norhafiz Zamani Misbah ( KL Plus )

- Rasanya x dapat kot. Dalam paper dah tulis kata majikan dia x lepas..X dapat pun takpe.. Cari yang muda2 je Tan Sri..

Shukor Adan ( Negeri Sembilan )


- Agak mustahil ni. Tapi x blh nak kata la. Kalau dia main ngan Kelantan pun ok gak. Hidup la sikit tengah Kelantan nanti..

Setakat ni tu je yang aku tahu..Mungkin ada lagi..Aku ada juga dengar khabar yang Indra Putra dan Farhan sudah berkira-kira nak mengikat kontrak bersama pasukan T-Team..Harap-harap tidak benar la..Aku rasa Pasukan Kelantan masih memerlukan khidmat mereka..

Yang pasti, tunggu je la Majlis Memperkenalkan Pemain Pasukan Kelantan 2010 di KB MALL pada 21hb. 11. 2009 ini..Pakat gi ramai2 kalau ada kesempatan..


"Siapa pun yang datang dan pergi, matlamatnya tetap sama!Aku menagih sekurang-kurangnya SATU Piala pada tahun hadapan!"


Gomo Kelate Gomo!

Satu je sebabnya..

SEBAB SEGELINTIR PENYOKONGNYA YANG X BERTAMADUN DAN ZALIM!DOA ORANG YANG DIZALIMI AKAN TERMAKBUL!DAN SEMALAM SUDAH TERMAKBUL DOA KANAK2 DAN PEREMPUAN YANG DIHUJANI MERCUN DAN BOTOL TANPA SEBAB!

KORANG FIKIR LA SENDIRI!

TAHNIAH PASUKAN KELANTAN..CUBA LAGI TAHUN HADAPAN DENGAN TAKTIKAL YANG SEBAGUS PERANCANGAN PETER BUTLER!TIADA LAGI EKSPERIMEN YE!

Itu adalah keputusan muktamad!Walaupun N.9 mendahului Kelantan 4-0 pada separuh masa pertama, tetapi semangat juang pasukan kelantan tidak pernah padam malah semakin membara!Hasilnya kelantan berjaya membenam N9 dengan jaringan yang agak besar!

Jangan silap faham ye..Itu adalah keputusan pertandingan futsal pendidikan khas peringkat kebangsaan 2009, bukannya keputusan final Piala Malaysia antara Kelantan dan N. Sembilan!hahahahah.Semua orang yang hadir masa perlawanan tu dok kata ni adalah perlawanan bayangan final nanti.Tapi aku harap keputusan itu menjadi benar pada malam sabtu ini walaupun aku adalah jurulatih pasukan kontigen N9..Jumlah jaringan x kesah tapi janji Kelantan menang! Aku dah muak dah kena kutuk dengan member N9..Geram betul la..Hahhahaha..Tapi aku betul2 teruja dengan kontigen Kelantan!Diaorang x balik dan sanggup tunggu untuk bersama2 tgk bola malam esok bersama2 budak2 diaorang yang separuhnya x tahu pun apa yang berlaku..Hahaha..Bravo!Siap beli belon panjang lagi yang tulis " The Red Warriors"..Mung meme kelah cikgu din! Terima kasih sebb bagi aku pau gelang Red Warriors mung!hahaha

Petang ni aku baru je sampai rumah setelah berkampung di Klang sejak dari Selasa lepas..X putus-putus rakan2 menalifon supaya tlh ejas tiket..X kurang juga yang mintak nak tumpang..Aduh, pening!Tapi maaf la..Bukan x nak tolong tapi memang susah nak tolong..Supaya gambaran lebih jelas bahawa memang payah nak dapatkan tiket tu, aku pinjam kata2 kawan2 aku.." sekarang ni nak beli dadah lebih senang dari nak dapatkan tiket final!!




Bersama bekas pelajar aku dulu..Budak masalah pendengaran..Sebagai seorang guru pend. Islam,aku dah banyak bagi nasihat dalam soal aurat, tapi dia x dengar pun.. Nak buat macamana kan..


Budak2 tengah lawan futsal..


Panaskan badan sebelum lawan..Tapi hati aku panas sampai habis..Ye la, asyik kena belasah je!

Ya Allah, berilah kami kejayaan, supaya kami lebih bersemangat dan tenang pada hari-hari mendatang..Ya allah, berikanlah kami semangat dan akhlak yang baik semasa perlawanan nanti..Berikanlah pasukan kami kemenangan sebagaimana engkau memberi kemenangan kepada tentera-tentera Islam pada masa yang lepas. Engkau tetapkan hati2 mereka dengan kekuatan, Engkau peliharakanlah pergerakan mereka, dan Engkau permudahkanlah urusan mereka di dalam padang nanti...Hanya Engkau tempat kami bermohon..Amin..
-Gambar ini adalah dari ahli kelate.net

Esok ada midterm..x baca pun..dok latih buat ombak nak tunjuk kat Bukit jalil nanti..hahahah

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..