"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Siri Mari Bercakap Dengan kembar Episod 2: Kereta Baru Kami!

Klik sini untuk baca episod 1...


Petang semalam Tok Wan datang dari Perak..Tok Wan Hepi je dok layan kami.Pagi tadi Tok Wan ajak kitaorang pergi jalan-jalan kat Seremban Parade..Kitaorang rilek je..Ummi je nampak lebih2..Abi ketat je muka..Takleh tido le tu..hehehehe..

Abang:Padan muka Abi kan adik..Ingat dia boleh tido la tu pagi ahad camni..
Adik:A'a..Selalu ummi je yang jaga kita pagi2..
Abang:Bestnya jalan2..dah lama terperap kat rumah kita..Asyik tengok TV je..Naik MPV kita pun dalam rumah je..x best langsung..
Adik:Dengar cerita kita nak dapat kereta baru hari ni?
Abang:Ye la kot..Tapi bukan Abi yang nak beli..Tok Wan yang nak sponsor.Abi bukan banyk duit sekarang ni..hehehe
Adik:X sabar la nak suruh diaorang habiskan piza ni..Nak balik cepat2.Boleh la kita try kereta baru kita..Apakata kita nangis kuat2..Ok tak?
Abang:Ok jom!

Dapat jugok kitaorang balik cepat2..Kami bantai menangis je sampai semua orang tengok..He2..Jom layan gambar kami..




MPV lama..Untuk perjalanan jauh je..


Abang cool sementara tunggu pizza..


Ummi dan adik..Cerah le mata ummi dapat cermin mata baru..Siap order spagetti lagi..Sedap ke?eeeee...lagi best mee bandung..



In progress..


Dah siap pun Abi pasang!


Nak tumpang ke?Sori la..kaki x sampai lagi..Tolong tolak boleh?



Bagi adik pulak try..Nape la diorang beli satu je..kena gilir pulak tu..x best..


Nasib baik ada airbag ni..kalu tak luka la dahi kita..

Abang:Nape adik rosakkan pelapik kaki kereta baru kiat ni?Geram betulll la..

(oleh kerana terlalu excited, pelapik kaki telah rosak di tendang oleh adik..hehehe..kena jahit la Ummi..)

Pagi tadi aku bangun dengan konfiden sebab hari ni hari jumaat..Esokkan sabtu..cuti wooo..Lagipun hari jumaat ni rilek sikit..Setelah menggeliat lebih kurang aku bangun nak gi bilik air..Tiba2 bunyi sesuatu yang kurang menyenangkan...Praakkk..Aku tengok kat kaki dah berkecai cermin mata bini aku..

Padan Muka Aku!Sah aku yang kena ganti!Gaji lambat lagi..Sambil mandi aku dok bebel la lebih kurang kat bini aku supaya jangan letak merata-rata cermin mata dia..Tapi aku musykil je tgk muka dia..rilek je..Adakah beliu sengaja letakkan kat tepi tilam supaya blh dapat cermin mata baru?

Aku kena pergi buat cepat2 untuk mengelakkan aku makan nasi atau lauk yang x cukup masak..maklumla,mata bini aku kan dah kelabu..Garam pun nampak macam gula..Parah le aku nanti...hahahah. Kami pergi kedai dekat je..Kat Ampangan..MUTIARA OPTICAL CENTRE..Ok gak harga tempat tu..



Abang Khalef rilek je tengok pekerja kedai cermin mata yang cun2..hehehe


Adik Khalefa sengih2 kena dukung ngan pekerja kedai tu..

Siap ada air sirap ngan kek..Limau pun ada..macam datang beraya lak kat kedai tu..Bagus tol kedai ni..


Ummi tengah tunggu cermin mata baru..


Sengih la dapat cermin mata baru..Taun depan letak merata-rata lagi kalau nak cermin mata baru ek..


Buat semua penyokong bolasepak kelantan khususnya dan peminat bolasepak seluruh Malaysia amnya..Jadikan diri anda seorang yang bertamadun..Kami pasti anda tidak mahukan anak-anak anda mengikut jejak langkah anda sebagai pengganas bolasepak..Jadikan diri anda contoh pada generasi seterusnya..GOMO KELATE GOMO!


Dah 4 bulan lebih..Dua-dua dah boleh menirap..Tapi menirap x lama..sakit dada kot,tengkuk x kuat..Dua-dua ada 'angin' tersendiri..siang tido sekejap..Malam selalu bangkit..maknanya masa tido aku makin pendek..Ummi dia x yah cakap la..teruk..Tapi aku seronok...Bini aku nampak hepi..semua orang hepi..Mungkin jiran aku x hepi..Bising dimalam hari..Kembar bangun menangis mintak susu..Ummi dia kejut aku tolong pegang sorang..5 minit kemudian baru aku bangkit..hehehehe..Petang bawak jalan..Depan rumah..Tolak sorang dukung sorang..x larat nak beli dua kete tolak..harga satu sama macam nak servis kete...emm..


Home


Away




Gambar oleh: Userun dan Betterman dari KDN

Secara peribadi aku rasa agak kecewa dengan design terbaru jersi kelantan musim 2010 ini..Seolah-olah mengundur ke belakang dari segi rekabentuk dan identiti.Yang maju hanyalah dari segi jenama dan mungkin kualiti agaknya (belum dapat merasa kualiti kain..Dengar kata selesa dipakai).Selain itu yang tinggal hanya warna bendera kelantan sahaja yang kekal..Tetap merah dan garang..Tahun lepas lagi cantik dan menunjukkan kebangkitan identiti yang jelas dan sejajar prestasi pasukan kelantan itu sendiri..Siap dengan batik lagi..Tapi tahun ini digantikan dengan petak2 ala jersi crotia dan di hiasi dengan lambang ideologi parti politik yang kononnya tidak perlu x campur adukkan dalam sukan..

Tapi itu semua benda kecil yang x perlu aku dan semua penyokong The Red Warriors fikirkan.Dah tempah pun..hehehe.Yang mahu aku lihat ialah prestasi dan gaya permainan yang menarik..Sekurang-kurangnya satu piala dapat dibawa balik ke Kota Bharu!Dan penonton pulak x yah la merusuh sampai merugikan pasukan!Kitakan satu Malaysia!hahahaha

- Kemenangan didahulukan, penonton diutamakan-

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..