Terkejut!Panas hati!Geram!Malu!
Betul2 x sangka benda macam ni blh berlaku kat malaysia!kat kelantan pulak tu!aku ingatkan hanya berlaku kekecohan dalam padang je,tapi rupanya pasukan pemberontak terus mencemarkan nama kelantan kat luar dengan membakar trak polis!Ganasssss!
Aku rasa kecewa dan sedih..selama ini kita dok berbangga dengan kehadiran penyokong yang ramai kat stadium tapi sikap dan mentaliti tidakk berubah!walauapapun punca dan alasan,kita tetap akan dilihat sebagai orang yang tidak bertamadun. "orang kelantan memang jahat"..aku terima kata2 dari seseorang individu kat sekolah aku pagi2 lagi..aku rasa x mampu nak terangkan lagi,hanya mampu mengiayakan walau dalam hati terus memberontak untuk betulkan tanggapan mereka..
ni petikan dari tulisan seorang yang melihat kejadian semalam..Saudara betterman..
"kita tak salahkan segelintir penyokong n9 yang marahkan kita disebab kan kita mengkritik pemain mereka yang bermain seperti mana yg kita ketahui, namun dalam bolasepak cara sebegitu dibenarkan. kita tak salahkan penyokong negeri sembilan melenting bila pemain mereka dipukul. tetapi biarlah persoalan pergaduhan sesama pemain tidak membawa kepada pergaduhan sesama penyokong yg pro. kita kebanyakan membela halim napi, dan pastinya mereka membela kembar mereka. itulah signifikan bolasepak.
saya ingin jelaskan beberapa fakta disini yang disalah anggap oleh mereka yg tidak hadir ke stadium semalam dan disalah anggap oleh media. sebenarnya rusuhan berlaku tiada kaitan dengan pergaduhan diatas padang selepas perlawanan tamat. rusuhan sebenarnya bermotifkan tidak puas hati kepada fru dan pihak pengawal. emosi mereka menggelegak bila fru bersikap ingin bergaduh dengan mereka, dan mereka yang terdiri dikalangan pencacai ini semakin naik angin. perkara ini tiada kaitan dengan halim.
pihak merusuh terdiri dari kalangan muda mudi kelantan yang hanyut dilanda arus kemodenan. mereka yang benar-benar ingin merusuh cuma bilangan sedikit, namun bila ramai pencacai ini memberi sokongan kerana ingin melihat show lain yang lebih hebat dari bolasepak, mereka mula mengapi-apikan beberapa individu yang sudah over dose ketagihan untuk menjahanamkan apa yang ada disekeliling. bila kawalan fru dan polis agak lewat dan lemah, mereka bermaharaja lela, dan mereka memandang situasi semalam adalah satu show atau persembahan yang mereka tunggu-tunggu. mereka sudah lama mendendami pihak penguasa.
saya keluar sebaik tamat 'show' dipadang, saya keluar dari pintu astaka, dan saya lihat berpusu-pusu remaja datang kearah astaka dengan sorakan mengarahkan semua dikalangan mereka kesana. berpusu-pusu yang datang dari arah scoreboard dan saya memerhatikan muka mereka semua ceria dan wajah-wajah mereka semuanya dikalangan mat rempit, mat fit, mat pecah rumah dan sebagainya. wajah mereka riang ria kerana mereka kesana bukan untuk bersedih atau marah dengan situasi yang berlaku. mereka ingin melihat show pencacai menentang polis dan fru. itu niat mereka, tiada kaitan dengan bola sepak sebenarnya. kebetulan sahaja, polis dan fru menjadi-jadi dengan keadaan huru-hara bolasepak, mereka mengambil kesempatan ini untuk berperang dengan pihak penguasa. inilah waktunya mereka melampiaskan dendam mereka terhadap polis. mereka bukannya peminat bolasepak."
Lagi..
" kalau ada individu-individu yang dimarahi cuma segelintir sahaja. pengadil tidak mahu diusik mereka kerana tahap pengadilan semalam agak bagus. pemain kelantan juga tidak dihendaki. pemain negeri sembilan juga tidak menjadi sasaran mereka. pengurusan kafa juga tidak dimarahi. mereka mencari polis dan fru. mereka marah tatkala polis dan fru tersilap tangkap remaja yang tidak bersalah. itu dendam mereka. "
Aku bertambah sedih bila lihat sendiri gambar2 dan berita tentang kejadian semalam..bertambah2 sedih apabila MB kelantan sendiri yang menyatakan amat memalukan negeri kelantan kejadian semalam..Semoga Allah memberikan keinsafan dan kesedaran pada mereka yang tidak dapat mengawal kelakuan mereka semalam...semoga iman mereka bertambah..
Biarlah hanya gambar yang berbicara..(terima kasih Poknik, betterman dan rakan KDNers yang lain...)

Trak polis yang dibakar..

Kereta yang turut menjadi mangsa..

Pemain negeri sembilan..yang terbaring tu wira mereka yang gugur dikaki HN..

Macam kat ceramah@kawasan pilihanraya..

Lagi kereta jadi mangsa..