"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories


Antara hidangan malam tu..

Tetamu khas..he2

Ngan Khalid Jamlus..

Ngan Kapten the reds Worriors..Piya(badhri Radzi)


Otai..Halim Napi
Daudsu Jamaludin

Indra, kawe, paan (farhan)
Ropi(Zairul Firi)

Dengan lagenda bolasepak kelantan...hashim mustapha..


Majlis makan malam gala the reds warriors anjuran KAFA bersempena pelancaran tabung 'we care' telah berlangsung pada 15 Februari 2009 di LEE MARQUE, HOTEL PALACE OF THE GOLDEN HORSES, Seri Kembangan Selangor.Ramai yang hadir pada malam tu.Antara tetamu VVIP yang hadir ialan PM sendiri, isterinya, menantunya,presiden KAFA( Tan Sri Anuar Musa), Sathianathan, ketua menteri melaka dan ramai lagi..memang meriah..

Aku gi kat majlis tu ngan Abe Jera dan Matzu. Kat sana kami dok semeja ngan akujatt,abebudin,matjogho dan merio..Meja kami memang meriah..Al-maklumlah x biasa majlis grand macam ni..hehehe..Sebelum masuk kami sempat bergambar dengan beberapa player pilihan masing2..ada yang agak mesra..ada gak yang macam artis je lagaknya..nak ambik gambar ngan Jamal Abdillah (Penyanyi malam tu) x dapat..ntah mana peginya.Akub x kisah pun..janji dapat ambik gambar ngan otai the reds warriors..x lain x bukan Abe Halim Napi kita..tinggi wooo..abe halim ok je..steady je layan kami..Selain tu dapat gak aku ambik gambar ngan player lagenda Kelantan suatu masa dulu..Hasyim Mustaha..fuhhh...

Banyak perkara yang menarik berlaku malam tu..tapi aku malas nak cerita..Tgk je la gambar2 pasni..bersambung..

Salam..dah lama x update blog aku nih.Aku agak sibuk awal tahun ni.Banyak kerja yang perlu aku buat dan akan aku buat.maklumlah jadi cikgu sekarang ni ada pakej tambahan.Cikgu + Kerani + Pegawai Banci + Ahli Sukan = Aku la...hehehe..Ye la sekarang bukan je mengajar tugas cikgu tapi kena isi data, pegi kursus, jurulatih sukan budak2 dan macam lagi la..tapi nak buat mcamana,dah nama keje..Kena la ikhlaskan diri dan tabahkan hati.Aku rasa orang lain lagi teruk kot..

Hari ni 14/2/2009 aku pagi2 lagi pegi sekolah.Kena buat mural kat dinding sekolah..Dari pagi sampai le petang.Orang rumah aku tinggal kat rumah sorang2.Risau gak sebab sekarang ni dia asyik tak sihat je.Hari ni jugak mertua kau dari perak datang nak antar adik ipar aku kat PD.Singgah jap rumah aku.Dalam pukul 3.30 Orang umah aku sms cakp dia nak gi klinik ngan abah ngan mak dia(mertua kau ler tu..)..aku ok jer..Sian dia asyik dok umah je.lagipun aku pukul 4 baru balik.

Dah maghrib baru diaorang balik..Dan aku dapat satu perkhabaran yang membuatkan perasaan aku bercampur baur..gugup,gembira,risau dan gelabah..tapi aku cuba buat rilek..Orang umah aku dah pragnent lbh kurang 2 bulan!!Terjawab la persoalan ku selama ni yang mana aku pelik ngan sikap dia yang x boleh tgk telur itik!usahkan makan,tgk pun dah muntah!hahahaha..

Alhamdulillah..aku rasa amat bersyukur..semoga semuanya akan selamat.Sampai sekarang aku x leh nak gambarkan perasaan aku ni..bagaimana nak hadapi hakikat yang aku bakal jadi ayah..

petikan dari sebuah blog..ntah betul atau tidak dari TGNA..

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!


WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..