"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories

Kelantan 1-1 Selangor
(selangor menang penentuan sepakan penalti 4-1)

Walaupun sedikit kecewa tapi aku rasa amat berpuashati dengan corak permainan pasukan kelantan semalam!Cuma nasib sahaja tidak menyebelahi kelantan..Tahniah kepada seluruh pasukan kelantan samada pemain dan pengurusan!Tahniah dan terima kasih!Kalau pasukan kelantan terus mempamerkan permainan seperti ini,tidak mustahil Liga Super dan Piala Malaysia milik kita!Rasanya tidak perlu ulasan pasal perlawanan semalam kerana sudah ada ulasan siaran langsung dalam TV..lagipun separuh dari peminat bolasepak kelantan berada di stadium semalam..hahahaha

Kepada seluruh penyokong pasukan kelantan yang hadir semalam,anda memang terbaik dan layak untuk berada bersama2 dalam sejarah bolasepak kelantan!Seawal jam 1 tengahari,sudah ada ribuan penyokong kelantan berada di setiap ceruk Bukit Jalil!Tahniah!Ayuh rakan2 ku,marilah kita gegarkan stadium pada setiap perlawanan pasukan kelantan selepas ini!Jangan berputus asa untuk berikan sokongan!Pastikan Liga Super dan Piala Malaysia milik kita!

Antara yang menarik semalam:

1. Gelagat penyokong kelantan memakai pakaian ala hawaii..hahahahah
2. Pihak media x blh salahkan penyokong kelantan macam biasa,sebab penyokong selangor pun baling mercun..siap baling flare sekali!
3. Pemain selangor gaduh sama sendiri dalam padang( Khairul anuar ngan Surendran)
4. Aksi pegawai media terlompat2 bila serpihan mercun masuk bajunya..hahahah..apa la korang..sian dia..
5. Aksi panas luar stadium bila penyokong selangor keluar selepas selesai upacara penyampaian piala!
6. Aksi lagi panas di pintu keluar kawasan parking stadium!entah berapa orang la yang koma!x de keje betul la diorang ni..
7. Aksi kereta peronda polis driff untuk kejar penyokong yang menggila kat luar!
8. Aksi 4 orang bisu yang datang tengok bola semalam..3 kel 1 selangor..ok je diorang..
9. Kami kena halau kat SB suruh balik segera..bodoh betul!mcamana nak balik kalau dah tersumbat kat pinti keluar!
10. Ramai yang x sembahyang maghrib semalam..( rasanya ini kategori x menarik kan?)


Cukup teruja!

Tiada kata2 yang dapat menggambarkan perasaan apabila the red warrior atau sang kijang berjaya membunuh spesis terdekatnya sang rusa!Dengan pelbagai tekanan akibat dari rusuhan pada perlawanan pertama,apatah lagi bertandang ke paroi dengan ketinggalan 1 gol,the red warrior dapat buktikan bahawa kita adalah layak berada di puncak bolasepak malaysia!Dari petang aku bertandang ke Alson Kelana Resort bersama presiden KDN untuk urusan tiket.Kelibat Indra,ropi dan beberapa orang player kelantan cukup menggambarkan keyakinan bahawa mereka akan berjuang habis-habisan untuk menang pada malam ini!

Setuju atau tidak,hanya nasib yang memihak pada pasukan kelantan pada malam ini!Jangan ada yang melatah kerana ini adalah rumusan dari minda aku yang terhasil setelah melihat aksi kelantan yang agak mengarut pada separuh masa pertama!Apatah lagi dengan jaringan awal oleh pasukan negeri sembilan yang mengecewakan aku pada mulanya!Ditambah lagi dengan percubaan pasukan negeri sembilan yang nyaris2 membuatkan penonton sakit jantung.Tetapi semuanya berubah dengan pertukaran pada separuh masa pertama dengan memasukkan che hisamuddin..Jaringan dari Farhan dan indra putra membawa kelantan ke final bukit jalil menentang selangor nanti!satu sejarah!

Pelukan dari kawan2 dan laungan "gomo kelate gomo" cukup menyentuh hati dan menggembirakan hati aku pada malam ini!Dengan penyokong kelantan yang agak berdisiplin dan kurang provokasi dari pihak lawan membuatkan perlawanan ini bertambah manis dan menyenangkan!Tahniah penyokong kelantan dan negeri sembilan!

Ayuh penyokong kelantan!Jadikan diri anda satu sejarah dalam bolasepak kelantan!Hadirlah beramai2 di stadium bukit jalil ini pada perlawan akhir piala FA antara Kelantan dan Selangor nanti!Kepada pemain2 kelantan,selamat berjuang dan terima kasih kerana memberi aku satu nikmat dalam bolasepak!Masuk final sudah memadai tetapi membawa pulang piala FA ke Kelantan adalah satu bonus!BUNUH SAJA GERGASI MERAH ITU!

gambar akan berbicara untuk anda..


Pemain dan pengurusan meraikan kemenangan bersama penonton


Dari kota Bharu bersama isteri dan anak,betterman memang hebat!



Bersama abe jera..


Rakan baik dari kota bharu..terima kasih untuk jasa anda dimasa silam..


Betul2 teruja dan gembira..

Berasama-sama dengan forumers n9futbol.com..terima kasih kawan..


KDNers..anda cukup hebat!

Sebahagian dari wira merah!

Terkejut!Panas hati!Geram!Malu!

Betul2 x sangka benda macam ni blh berlaku kat malaysia!kat kelantan pulak tu!aku ingatkan hanya berlaku kekecohan dalam padang je,tapi rupanya pasukan pemberontak terus mencemarkan nama kelantan kat luar dengan membakar trak polis!Ganasssss!

Aku rasa kecewa dan sedih..selama ini kita dok berbangga dengan kehadiran penyokong yang ramai kat stadium tapi sikap dan mentaliti tidakk berubah!walauapapun punca dan alasan,kita tetap akan dilihat sebagai orang yang tidak bertamadun. "orang kelantan memang jahat"..aku terima kata2 dari seseorang individu kat sekolah aku pagi2 lagi..aku rasa x mampu nak terangkan lagi,hanya mampu mengiayakan walau dalam hati terus memberontak untuk betulkan tanggapan mereka..

ni petikan dari tulisan seorang yang melihat kejadian semalam..Saudara betterman..

"kita tak salahkan segelintir penyokong n9 yang marahkan kita disebab kan kita mengkritik pemain mereka yang bermain seperti mana yg kita ketahui, namun dalam bolasepak cara sebegitu dibenarkan. kita tak salahkan penyokong negeri sembilan melenting bila pemain mereka dipukul. tetapi biarlah persoalan pergaduhan sesama pemain tidak membawa kepada pergaduhan sesama penyokong yg pro. kita kebanyakan membela halim napi, dan pastinya mereka membela kembar mereka. itulah signifikan bolasepak.

saya ingin jelaskan beberapa fakta disini yang disalah anggap oleh mereka yg tidak hadir ke stadium semalam dan disalah anggap oleh media. sebenarnya rusuhan berlaku tiada kaitan dengan pergaduhan diatas padang selepas perlawanan tamat. rusuhan sebenarnya bermotifkan tidak puas hati kepada fru dan pihak pengawal. emosi mereka menggelegak bila fru bersikap ingin bergaduh dengan mereka, dan mereka yang terdiri dikalangan pencacai ini semakin naik angin. perkara ini tiada kaitan dengan halim.

pihak merusuh terdiri dari kalangan muda mudi kelantan yang hanyut dilanda arus kemodenan. mereka yang benar-benar ingin merusuh cuma bilangan sedikit, namun bila ramai pencacai ini memberi sokongan kerana ingin melihat show lain yang lebih hebat dari bolasepak, mereka mula mengapi-apikan beberapa individu yang sudah over dose ketagihan untuk menjahanamkan apa yang ada disekeliling. bila kawalan fru dan polis agak lewat dan lemah, mereka bermaharaja lela, dan mereka memandang situasi semalam adalah satu show atau persembahan yang mereka tunggu-tunggu. mereka sudah lama mendendami pihak penguasa.

saya keluar sebaik tamat 'show' dipadang, saya keluar dari pintu astaka, dan saya lihat berpusu-pusu remaja datang kearah astaka dengan sorakan mengarahkan semua dikalangan mereka kesana. berpusu-pusu yang datang dari arah scoreboard dan saya memerhatikan muka mereka semua ceria dan wajah-wajah mereka semuanya dikalangan mat rempit, mat fit, mat pecah rumah dan sebagainya. wajah mereka riang ria kerana mereka kesana bukan untuk bersedih atau marah dengan situasi yang berlaku. mereka ingin melihat show pencacai menentang polis dan fru. itu niat mereka, tiada kaitan dengan bola sepak sebenarnya. kebetulan sahaja, polis dan fru menjadi-jadi dengan keadaan huru-hara bolasepak, mereka mengambil kesempatan ini untuk berperang dengan pihak penguasa. inilah waktunya mereka melampiaskan dendam mereka terhadap polis. mereka bukannya peminat bolasepak."


Lagi..

" kalau ada individu-individu yang dimarahi cuma segelintir sahaja. pengadil tidak mahu diusik mereka kerana tahap pengadilan semalam agak bagus. pemain kelantan juga tidak dihendaki. pemain negeri sembilan juga tidak menjadi sasaran mereka. pengurusan kafa juga tidak dimarahi. mereka mencari polis dan fru. mereka marah tatkala polis dan fru tersilap tangkap remaja yang tidak bersalah. itu dendam mereka. "



Aku bertambah sedih bila lihat sendiri gambar2 dan berita tentang kejadian semalam..bertambah2 sedih apabila MB kelantan sendiri yang menyatakan amat memalukan negeri kelantan kejadian semalam..Semoga Allah memberikan keinsafan dan kesedaran pada mereka yang tidak dapat mengawal kelakuan mereka semalam...semoga iman mereka bertambah..

Biarlah hanya gambar yang berbicara..(terima kasih Poknik, betterman dan rakan KDNers yang lain...)



Trak polis yang dibakar..
Kereta yang turut menjadi mangsa..
Pemain negeri sembilan..yang terbaring tu wira mereka yang gugur dikaki HN..
Macam kat ceramah@kawasan pilihanraya..

Lagi kereta jadi mangsa..

Kedua-duanya amat menarik perhatian dan minat aku..dari petang sampai malam dok mengadap laptop..mencari sesuatu yang benar tanpa terpengaruh dengan mana2 unsur penipuan..Walau orang anggap berita dari blog adalah picisan,tapi aku lebih percaya blog dari akhbar dan berita tv..(x semua Blog..)

Bersilih ganti mouse berjalan mencari maklumat terbaru dari Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai..dari blog politik beralih ke web Kelab penyokong Siber Bolasepak Kel..Seperti juga blog politik,KDN juga memaprkan maklumat terkini tetapi dengan subjek yang berbeza;bolasepak..

Seperti yang dijangka,keputusan Pilihanraya kecil telah diketahui..sebelum Tv buat pengumuman aku dah jangka sape yang menang,sape yang makan asap..esok blh aku tengok Tv dengan tenang skit..Cuma aku rasa agak tidak selesa dengan apa yang berlaku dengan Pasukan kegemaran aku..Kelantan..agak kecoh dengan pergeseran dalam padang..aku dengar berakhir dengan tumbukan padu otai Kelantan Halim Napi..fuhhh..x tahu nak cakap..berbaur perasaan aku..nak kata bangga macam menggalakkkan keganasan pulak..x bangga rasa bersalah sebab halim bertindak selepas dilontarkan kata2 agak kurang enak dari anak muda kebanggaan bolasepak negara.eemm...mungkin kata2 itu mengguris perasaan seorang yang berusia macam halim tu..apapun kita tunggu laporan dari kawan2 yang berada kat SSM4 nanti..buat Halim,walau apapun tindakan anda,anda sudah menjadi Lagenda Bolasepak Kelantan..

Kepada Player kel,tingkatkan usaha kalian..jangan putus asa!kepada penyokong Kel,kita penuhkan Stadium Paroi dengan semangat dan disiplin yang tinggi!

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..