"gulaikawah" -rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..-

rempah dari cetusan Qolbi, resepi dari adunan Aqli..
Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih

IKLAN

NOTA

EPL

                   

LA LIGA

                   

MARI BERSAMA AMBO..

LAMAN ILMU

YM AMBO

KELAB AMBO..

Categories



Satu lagi sejarah terlakar tahun ini!GOMO KELATE GOMO!

Sesuatu yang indah dan tidak mampu untuk diluahkan oleh kata-kata!Jika selama ini aku beberapa kali menyaksikan perlawanan akhir Piala malaysia, tetapi bukan negeri aku sendiri!Kali ini peluang aku melibatkan diri dalam sejarah terbuka luas!InsyaAllah jika tiada aral, aku pasti akan menghadirkan diri ke Bukit Jalil nanti!Pasal game tadi, x perlu aku ulas sebab semua blh lihat dalam TV kan?hahahaah..


Doa Tok Guru mengiringi penyokong dari Kuala Lumpur-Sumber kelate.net

Dan malam ini aku nak cerita sedikit pasal penyokong Perlis malam ni. Lu penyokong Perlis yang buat hal kat stadium tu nak marah, aku peduli apa? Hati aku panas ngan LU orang yang x bertamadun!Aku panas jugak kat FRU!Aku panas jugak kat Polis!Aku hangin gak dekat FAM kalau buat x tahu pasal ni!

Lihat la Dunia! Macamana orang dok cakap penyokong Kelantan jahat,ganas!Tapi malam ni korang tengok sendirikan orang yang x leh terima kekalahan?hahahaah..Bangang!Yang baling mercun memang dah nampak dalam TV..Yang dok baling bata,pecahkan cermin bas, pecahkan semua cermin kete yang ada plat Kel apa kes? Walhal masa kat KB hari tu x de pun penyokong kel buat hal ngan penyokong Perlis. Sejarah pun memang x de fan kelantan buat hal ngan penyokong Perlis!

LAIN KALI JANGAN CAKAP RAKYAT ORANG JAHAT KALAU RAKYAT KITA PUN X BERTAMADUN!

Gambar akibat perbuatan segelintir penyokong x bertamadun PERLIS!


Lempar bata, sembunyi tangan..Dasar penakut dan x bermoral!Yang herannya macamana batu bata blh bawak masuk stadium?Jawab Shahidan woi!


Asal nampak kete penyokong kelantan je diorang baling..Ada yang sanggup sembunyi dalam sawah semata2 nak balin fan kelantan..x de batu punya orang!


No plat kelantan semua jadi mangsa..bangang!






Nak tunggu respon dari FAM dan Shahidan!




Amat menarik..Tiada isu UG di sini..


Pemain meraikan penyokong..

Tahniah Sang Kijang!

Aku lebih suka kembali menggunakan gelaran Sang Kijang kepada skuad Kelantan sekarang!Ini kerana sesuai dengan elemen kejutan yang ada pada skuad ini. Kemampuannya menundukkan pasukan yang berpengalaman dan lebih besar namanya amat mengejutkan!Singa Utara..Singa Utara dikalahkan oleh Kijang Muda! Kalau Singa Utara dibunuh oleh pahlawan Merah, nampak macam biasa je.Ye la, Red Giant disepak oleh penyu, bukankah juga satu kejutan?hahahaha.

Kalau dilihat dari keputusan perlawanan semalam, sudah dapat dicongak jalan mana yang patut untuk dituju ke Bukit Jalil nanti..Harap janganlah Sang Kijang memilih jalan hutan yang berliku lagi..Lorong dan denai sudah terbuka untuk ke final..Apatah lagi pasukan highway sudah membuka seluas-luas2 jalan buat Sang Kijang..Jadi perlu apa membunuh diri kepada Sang Singa "tepok"( tempang)?Seharusnya Sang Kijang menggunakan peluang ini dengan membalas jasa jaringan gol Indra yang agak cerdik dalam permainan politik bolasepaknya. Masakan kita tidak terfikir, jika rehat satu perlawanan seterusnya dalam situasi bekalan gol yang sudah agak selesa, pastinya perlawanan akhir beliau dapat beraksi kembali!Tapi jika beliau mendapat anugerah kad kuning pada perlawanan seterusnya, maka bersama-samalah kita bergambar dengan Indra ditempat duduk penonton!Bukan begitu?Kalau x betul maaf la..

Pasal game aku x leh nak ulas..Aku x tengok..Semalam aku membawa jasadku untuk menyaksikan perlawanan antara N9 vs Ganu di Paroi.Tapi hatiku tetap di KB..Terima kasih Poktar kerana berjaya menghabiskan prepaid untuk update keputusan semalam..

Ayuh Sang Kijang!Lakarkan kami satu lagi sejarah!Bawakan kami ke Bukit Jalil!

Gambar adalah ehsan dari USERUN ( Rakan dari kelate.net)


PAKAT GI BELAKO!

Masa: 19-22 ok 2009
Tempat Main : Endah Parade, KL
Tempat tido: Hotel Plaza KL
Tempat Lepak: Kedai Mamak Jalan Lorong haji Taib..

Berbaloi-baloi jadi guru pengiring Kejohanan Boling Pend Khas Peringkat Kebangsaan 2009 kali ni..Selain dapat merehatkan minda, dapat jugak aku merasa bermain boling dalam suasana sebenar yang melibatkan tekanan, harapan dan usaha yang bersungguh2..Maklumlah pertandingan katakan..biasanya main suka2 je ngan kawan2..Hari kedua pertandingan,ada acara untuk pegawai. Seronok betul main ngan guru2 dari negeri lain yang macam2 gayanya..Pegawai dari pahang antara yang paling kecoh..awal2 lagi dah saiko..last2 dia yang out..hahahahaha..Kontigen labuan pula antara yang paling meriah..Macam tengok bola diaorang bersorak..Tapi setakat sorak la kan..main belakang cerita..nampak macam selalu je bola menyapu longkang..hehehehe..Alhamdulillah team aku dapat no 4 dari 13 pasukan..Beza jatuhan pin memang x banyak..Apapun kejohanan kali ni memang best..Budak2 pun ada yang dapat hadiah tahun ni..Tahun lepas satu pun x dapat..


Murid Masalah Pendengaran..Yang hujung tu awek aku..hahaha


Budak aku tengah tunggu giliran..


Letih aku layan budak ni..dari pagi sampai malam asyik bercakap je..hahaha


Nak gi jamuan makan malam..rimas betul la pakai baju batik..rasa macam YB pulak..


Kontigen dari N9..


Budak aku ni ( dulu aku sempat mengajar masa sekolah rendah) dapat hadiah high score..rasanya 198 jatuhan pin..dasyat2..


Bergambar bersama pelajar yang mendapat tempat kedua(masalah pendengaran individu lelaki) dan tempat keempat(masalah pembelajaran individu perempuan)


Pasukan pegawai dari kontigen N9..dapat hadiah tu..Tempat keempat je..Ok la tu dari x dapat lgsung..hahahahah(ditujukan khas buat kontigen pahang yang terlebih saiko..hahahahah)

Sekali lagi aku diangkat sebagai jurulatih..kali ini bagi futsal pulak..malas nak cerita..Tengok gambar je la..


Budak Ld tengah tunjuk skil meng"outkan"bola..

Wakil sekolah aku..Futsal, bola jaring dan goalball..

Budak2 CP yang mewakili pasukan goalball..


Gelanggang perlawanan..


Goalball..Hanya pertunjukan..


Pemain-pemain futsal aku..macam biasa..Hadir untuk mencari taktikal dan strategi untuk cabaran peringkat kebangsaan..

Salah seorang murid menunjukkan kemahiran menendang bola..

Budak aku macam biasa la..setakat peringkat negeri pergi terima hadiah je..hehehehe

Tiba2 je aku dilantik menjadi guru pengiring merangkap jurulatih boling budak2 aku setelah guru asalnya ada komitmen lain yang lebih utama. Dua orang budak bermasalah penglihatan sekolah aku berjaya dipilih ke Pertandingan Boling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur minggu depan..Dengan ini secara automatik aku adalah seorang jurulatih kebangsaan!hahahaha..gelihati aku rasa..Bukan nak merendahkan kemampuan diri malah jauh sekali nak bersikap low profil yang munafik, tapi kalau diibaratkan dengan percintaan, aku dan boling ni baru je berkenalan tahun lepas..Tu pun baru berapa kali dating.x jatuh cinta sangat pun berbanding ngan bolasepak..hahahaha..walau banyak jugak la peningkatan, tapi aku rasa jatuhan pin itu bukannya dengan kehebatan skil balingan aku, tapi lebih kepada sifat nasib. Bayangkan lah jika balingan manusia lain di lane sebelah boleh mencecah 130 km sejam kelajuannya, bola aku pulak masih terhegeh2 ditengah2 lorong..Tu pun kira bernasib baik kalau bola itu tidak memilih longkang ditepinya..lantak la..hahahaaah.

Apapun amanah tetap aku jalankan..Jurulatih tidak semestinya hebat main..Tapi perlu ada strategi dan percaturan yang baik..Oleh yang demikian aku telah menyertai latihan pusat di pusat boling Jaya Jusco Seremban dari pagi sampai petang hari ni..Penat wooo..Kira boleh la budak2 aku main..Aku pun kira ok la..Berjaya tidak memalukan diri didepan budak2 aku dan cikgu suhaimi..Walaupun buta, cikgu Suhaimi mampu jugala buat kejutan pada aku.ok gak jatuhan pinnya..kadang2 ada la jugak tanda pangkah kat monitor tu..x la panjang macam pembaris kat sekolah je..hehehe.Woi mi, Jangan berlagak lama2..nasib je tu..hahahahaha..

Apapun dengan amanah inilah yang membawa aku jauh dari peluang untuk aku memenuhkan Stadium Cheras nanti..Geram betul la..Tapi yang pasti aku akan dapat baju free..Jabatan bagi..hehehehe

Layan gambar jap..



Wakil sekolah aku..Naim dan Hidayah.."Ekau nampak ko pin yang ekau nak baling tu?Asyik longkang yo poinya!"


Kata je buta, main boling macam orang celik!Guna aura ke auta mi?hahahah


Den dok ushar cikgu sekolah menengah..cun gak..hahahahha


Semua x muat tangan aku..hampeh..saiz budak2..


Mungkin sebab kualiti lane yang tidak elok membuatkan prestasi aku merudum..hehe


Beg aku..x de kena mengena ngan boling pun..

Budak2 bisu ni semuanya bekas murid aku dulu..sekarang diaorang dah kat sek menengah..


Aksi posing yang melebihi prestasi balingan..


Cikgu Halim..Orang kuat Pend Khas N9 cuba menghasut Cikgu Suhaimi supaya baling ke longkang supaya beliau tidak merasa malu kerana beliau x pernah mendapat markah lebih dari 80 pun..hahahha

Cikgu Suhaimi cuba menjampi bola supaya tidak menuju ke longkang..Jin apa kau pakai mi?



Lupakan seketika kemenangan membenam ATM semalam, kerana itu hanyalah sekadar pencetus semangat untuk cabaran yang seterusnya yang awal2 lagi sudah disahkan layak! Umpama cicah buah pauh putik nga garam, x cicah pun masam dah abe weiii!!Yang pasti, Stadium Cheras sekali lagi akan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Pahlawan Merah!Yang pasti Penyokong Pahlawan Merah akan lebih ramai kerana jika dihitung,berapa keratkah penyokong pasukan tol itu?Tapi itu tidak bermakna penyokong kita boleh menunjukkan sikap kurang ajar atau gedebe yang sememangnya susah nak dibuang!Jauhkanlah sikap buruk seperti membaling botol, mercun dan aksi2 yang boleh memualkan orang lain! Jadikan perlawanan ini sebagai hiburan, bukannya medan pertempuran!

Aku berharap benar kelantan akan mara sehingga ke final pada kali ini..Dan aku rasa itulah juga harapan seluruh peminat bolasepak kelantan setelah beberapa lama terpaksa menunggu untuk merasai nikmat ini..Tapi awal2 lagi aku sudah kecewa..Kecewa dengan peluang yang tidak hadir dalam hidup aku..Anugerah masa tidak memihak pada aku kali ini..Kerja aku pastinya tidak akan menjadikan aku sebahagian dari penyokong mahupun penonton bagi perlawanan tersebut! Pastinya aku rasa amat kecewa kerana tidak dapat bersama2 dengan warga kelate.net lain di Cheras nanti..Apapun. GOMO KELATE GOMO!

Mampukah kijang melepasi tol di lebuhraya Kuala lumpur nanti?
Mampukah lebuhraya menyekat laluan sang kijang untuk ke destinasi seterusnya?

Sama2 kita nantikan..

Bangga dapat mendengar ucapan yang terkeluar dari mulut orang tua ini..Tutur kata yang lemah lembut, penuh dengan kiasan-kiasan yang cukup mudah untuk difaham oleh manusia2 yang mahu berfikir..Setiap patah perkataan langsung tiada terlontar perkataan yang sia2 malah setiap yang terhambur pastinya mengundang akal untuk berfikir sekaligus dapat merumuskan sesuatu persoalan..Kata-katanya yang membuatkan manusia terus berfikir tentang kekuasaan Allah dan tanggungjawab kepada agama Allah..Setiap hujahnya bersulamkan ayat al-Quran, setiap pandangannya berlandaskan As-Sunnah..

Aku bersyukur kerana dihayat aku ini aku bertembung dengan manusia seperti ini..Aku pasti akan menceritakan kisah manusia ini kepada anak cucuku suatu hari nanti seperti mana datuk nenek ku bercerita perihal ulama tersohor masa dulu seperti Tok kenali, Tok Khurasan, Tok Selehor dan ramai lagi..Setiap perkataannya terkesan dihati walau pidatonya tidak sesinis Mat Sabu, tidak selantang Ustaz Nasarudin Daud, malah tidak sepetah Anuar Ibrahim..Tapi bagi ku, percakapannya adalah lebih hebat dan berisi dari sesiapapun di Malaysia pada hari ini!Bukan aku taksub,bukan aku fanatik malah jauh untuk memuja, tetapi aku perlu mengakui setiap kata2nya amat indah kalau kita cuba untuk menghayati!Tidak salah jika aku meminati dan taat kepada ajaranya kerana ajarannya aku yakin adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah.Lebih baik dari meminati Siti Nurhaliza kan?

"Saya bukan memerintah, tapi saya hanya mentadbir kelantan. Bila sebut kelantan, bukan negerinya,tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu manusia. Kita mesti jaga qalbu manusia, kerana qalbu manusia ini sengaja Allah ciptakan untuk diisi dengan baik dan buruk. Dengan kita jaga qalbu manusia, automatik terjaga habis ekonomi manusia,sosial manusia, budaya manusia dan aqidah manusia"

Kata2 inilah yang menjadi contoh bahawa orang tua ini tidak mengejar kemewahan dan pangkat semata2, tapi mempunyai misi dan pandangan yang jauh terhadap penyembuhan aqidah manusia..

Wahai orang tua, aku kagum dengan segala tindak-tanduk dan strategi politik mu..Seperti mana yang telah disebut oleh kamu sendiri, kamu berjaya mencampak budaya kapak kecik dan tongkat 69 yang telah sekian lama bertapak di Kelantan!Bukan dengan kekuatan fizikal, tapi dengan pemurnian jiwa dan usaha kamu mendekatkan manusia kelantan dengan ajaran Al-Quran..Syukur Alhamdulillah kamu dilahirkan di Kelantan,bukan dimana2 negeri lain..Caramu yang unik mudah untuk diterima..Pondok diatas jalan setiap hari jumaat di kota bharu, cukup untuk menarik ribuan pendengar. Bukan untuk mencari publisiti, malah jauh untuk mengeji, tetapi untuk menyampaikan ilmu2 dengan kuliah yang ringkas..

Ayuhlah wahai manusia, mari kita mengenal dulu manusia tua ini sebelum kita mengeji, mencaci dan mengejek..Cuba lah mengkaji dan menilai apa yang telah dibuat, dilaksanakan..Janganlah dengan sedikit pembangunan yang kamu dambakan, kamu rela menukar seorang yang berilmu dengan perkataan yang buruk dan hina..Kalau kita tidak mengikut ulamak, siapa lagi yang harus kita ikut? Pemakan rasuah? Penipu? Pencipta maksiat? Pembuka aurat? Fikirkan lah..






Gambar yang sempat aku ambil semasa di Bagan Pinang dengan hanset buruk..

P/s: Terima kasih kepada pejuang2 kerana sudi merebahkan badan di teratak aku semalam..InsyaAllah setiap usaha dan zikir anda sekalian semalam mampu merebahkan kemungkaran di muka bumi ini..

" gmbr ni diambil pd jaml 4.18 ptg. 3.10 ptg kaunter jaul tiket bukok, 3.20 ptg tiket astaka dah habis!!! Sapa jadi dalang sindiket nih????? celakosS"

Itu antara petikan dari facebook kawan aku.Gambar ini diambil sebelum berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan dan P.Pinang di Stadium Sultan Mohd Ke4 Selasa lepas. Gambar ini juga mengesahkan bahawa orang kelantan memang pandai meniaga.Tapi adakah dengan cara yang halal?Memang meragukan status halalnya.Sebabnya:

1.Menipu!Sepatutnya tiket astaka hanya RM 15, tetapi dijual dengan harga dua kali ganda!RM30!

2. Berbohong!Penjaga kaunter tiket mengatakan bahawa tiket astaka telah habis walaupun baru setengah jam dibuka!Ini bermakna ulat dan penjaga kaunter telah berpakat!

3. Menyusahkan orang!Ramai yang bersemangat datang untuk menonton bolasepak seawal pukul 12 tghari tapi kecewa apabila tiket telah habis walau kaunter baru dibuka!

Ingat, kita sendiri yang merosakkan industri bolasepak kita jika kita berterusan melakukan perkara yang tidak bermoral ini.Elakkan dari membeli tiket dari "usahawan2" ini walau anda melihat wajah mereka terpancar riak keimanan orang yang sudah berusia..



Gomo kelate gomo!

KEL 2-1 P.P

Tahniah kepada pasukan The Red Warriors kerana memilih jalan yang mudah untuk layak ke peringkat yang seterusnya..Dua jaringan yang terhasil masing-masing dari Khalid Jamlus dan Indra Putra sudah cukup untuk membenam cabaran pasukan harimau kumbang di SSMV.

Tetapi apa yang menghairankan aku ialah corak permainan pasukan Kelantan. Kelantan seolah-olah bergantung kepada nasib untuk memenangi semua perlawanan Piala Malaysia ini. Kadang-kadang permainan yang ditonjolkan "meloyakan"!Itulah istilah yang terkeluar dari mulut pengulas sebuah radio internet yang membuat ulasan secara live..Mungkin itu cara untuk beliau menggambarkan betapa tidak menariknya corak yang ditampilkan oleh pasukan kelantan kali ini. Adakah pertukaran jurulatih telah memberi kesan kepada corak permainan kelantan?Memang boleh dikatakan betul kerana setiap jurulatih ada cara dan strategi masing-masing..Tetapi adakah sekarang masa yang sesuai untuk membuat eksperimen?Sudah terlewat!

Sathianathan harus melakukan sesuatu untuk layak sekurang-kurangnya ke final piala Malaysia pada tahun ini!Harapan kami amat tinggi kepada anda!Buktikan bahawa anda adalah jurulatih terbaik di Malaysia!

Gomo kelate Gomo!Kami tetap menyokong Pasukan The Red Warriors!

p/s: kawan aku kata, x kisah la main macamana pun,janji menang!....betul gak tu...hehehe


SEKALI LAGI AKU RASA TERHINA DENGAN KENYATAAN ORANG YANG SEAGAMA DENGAN AKU..

K'tan contoh kegagalan PAS: TPM
Okt 6, 09 10:56am
Rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu.

"Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di Port Dickson semalam.

Katanya, pada pilihan raya kecil Manik Urai, BN hampir menang dan di situ sahaja sudah terbukti bahawa rakyat kecewa dengan PAS yang kononnya hendak jadikan Kelantan sebagai Serambi Mekah dan maju.

Ia sebaliknya menjadi contoh kemunduran dan kemiskinan dan ini membuktikan bahawa amat penting untuk rakyat memilih sebuah parti yang berpengalaman, katanya.

Muhyiddin berkata parti lain tidak mempunyai pengalaman dan mengaku kononnya berpakat tetapi sebaliknya tidak sehaluan malah kenyataan mereka sentiasa bercanggah antara satu sama lain.

"Saya tidak hairan Selangor misalnya akan tertinggal jauh ke belakang, sebab itu kita nak bagi tahu rakyat, pilihan raya kecil ini nak rakyat faham bahawa ini adalah kesempatan untuk pengundi buktikan bahawa dasar kerajaan BN masih sesuai dan diterima rakyat jelata," katanya.

Katanya, pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Okt ini, walaupun kecil, tetapi signifikan kerana hendak buktikan kepada dunia bahawa BN dan UMNO tetap mendapat sokongan rakyat. BERNAMA

BAK SINI LA DUIT ROYALTI MINYAK.NAK BINA PASARAYA KHAS UNTUK JUAL ETAK DAN GORENG PISANG..BARU LA ORANG PANGGIL MAJU KELANTAN.(kalau itu ukuran kemajuan).HAHAHAHAHA

Aku x heran jika kelantan tukar pemerintahan baru x sampai 2 hari akan diumum kelantan adalah negeri yang termaju..Macam ganu le,baru setahun tukar pemerintahan ari tu dah jatuh negeri paling miskin..hehehehe

Pagi tadi sampai lewat kat sekolah dengan kepala serabut dengan kerja2 mengarut yang perlu diselesaikan segera..Masuk tempat lepak,terdengar cerita pasal PRK Bagan Pinang..antara ayat2 yang menarik yang aku dengar "aku sedih betul tengok diorang dok maki2 sesama islam..bukan orang lain pun.." Ntah tuju kat Penyokong mana, x tahu le aku...hehehe..malas aku nak campur..Tapi hati aku dah buat kesimpulan dah..Mana boleh marah,tegur orang tempatan yang banyak berjasa..walau dia makan rasuah sekalipun.Ala,bukan duit kita..hehehehe..lantak la..Janji kerja aku siap..Kalau orang tanya aku jawab..Tapi aku jawab pakai dalil akal je la..Dalil ayat Al-Quran payah nak hurai..Ulama hurai pun x paham2..apa lagi aku yang x berapa pandai ni..

Tapi betul ke maki?

ke Takbir tu maki?atau jerit " hapuskan rasuah" itu maki?ooo...x leh la maki dia kata dia rasuah..sebab dia orang islam..redha je la..hehehehe..

Tapi yang menariknya cerita pasal orang kebal..mula2 aku percaya..tapi bila tengok gmbar hari ni, dah jadi x percaya..Terlampau sangat..he2..Tgk sini..dan sini..

Yang nak komen, komen je la..tapi ni bukan blog politik.Tapi luahan rasa seorang yang nak belajar ilmu kebal, tapi kecewa calon mahaguru dah x kebal..dah masuk wad kena "belasah"..adoi..

Aduhhh...2-3 hari ni takde apa yang membuatkan hati aku terhibur..TV pun jarang2 tengok. Tengok masa ada bola je..Internet pun dah boring nak layan..x tahu nak tengok apa.Paling tidak pun baca blog pasal pilihanraya kecil Bagan Pinang..Tu pun bosan baca pasal tulisan2 diaorang pasal rasuah salah sorang calon..Sia2 je tulis. Orang pilih gak..Maknanya orang sokong dia walau sah2 dia ambik rasuah kan? Korang rasa betul ke camtu? Macam la kat situ takde orang
"bersih"..Imam kat situ lagi elok jadi calon..Tok Siak pun ok kot..Bak kata Nabil, Luuu pikir la sendiriiikkkkk..Ada orang nak bangkang fakta aku ni? Blh ke sokong calon rasuah? lantak korang la. Aku dah boring..ikut suka la aku nak tulis apa pun..hehehehe..

Sebetulnya hati aku rasa nak sangat balik kg tengok bini dan anak2 aku..Tapi x leh balik sebb ada kelas kat UKM..



Makan malam aku..rezeki orang bujang..


Layan sup ketam..sedap wooo..(aku rasa la..)

LIGA SUPER 2012

Gomo Kelate Gomo!

Gomo Kelate Gomo!

WAL 'ASR

PENGUNJUNG

MARI KECEK KIRO..

SAING-SAING AMBO..